Oh ya! Golden Brain! baru Jungkook teringat tentang saintis yang ingin menculik Kim Minjung. Pasti ada kena mengena dengan kehilangan Minjung sekarang ini.

Kim Minjung POV💚

"Lepaskan aku lah!" teriak Minjung semasa dirinya diangkat secara paksa oleh jejaka yang mempunyai wajah yang sebiji sama seperti Jungkook itu.

"Awak, jangan gerak-geraklah, nanti jatuh macam mana?" balasnya dengan nada yang prihatin.

"Ah, tak kira nak gerak juga! turunkan aku lah!" teriak Minjung lagi.

Sempat gadis itu melihat ke arah sekelilingnya, seluruh tempat ini di hiasi dengan lantai dan dinding putih serta kaca lutsinar.

Tiba-tiba sahaja Minjung dapat menjejakkan kakinya ke lantai, atau erti kata lain, jejaka itu menurunkannya di situ.

"Ah, dah sampai pun kau" satu suara garau datang dari arah belakangnya membuatkan gadis itu berpusing ke belakang.

Nafas milik Minjung mula menjadi tidak teratur sebaik sahaja melihat wajah kedua-dua orang saintis gila itu. Dia dapat meramal yang dia dalam keadaan yang tidak selamat sekarang.

"Jadi, macam mana? muka dia sama bukan dengan Jeon Jungkook yang sebenar?" soal saintis yang mempunyai badan yang kurus serta tinggi itu.

"Tak, langsung tak sama. Aku tengok pun boleh tahu yang dia bukan Jungkook sebenar" balas Minjung dengan nada mendatar. Namun sejujurnya jantungnya berdegup kencang.

Jeon Jungkook POV💚

Jejaka itu berlari ke arah belakang sekolah kerana menurut GPS itu, Minjung berada di situ.

Tetapi Jungkook tidak dapat menemukan apa-apa kecuali hutan di belakang sekolahnya itu.

Dia mengeluh kasar sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Kim Jisoo kembali.

"Jisoo-ah, panggil Jimin, Jaehyun dengan Eunwoo datang belakang sekolah sekarang, tolong ambil barang yang aku beli ni" kata Jungkook.

"Ok, kejap lagi diorang sampai" balas Jisoo tanpa mempersoalkan apa-apa.

"Terima kasih" balas Jungkook lalu panggilan itu dimatikan.

Dalam tiga minit selepas itu, ketiga-tiga pelajar lelaki tiba di kawasan  belakang sekolah itu.

"Kau buat apa duh dekat belakang ni?" soal Jimin sebaik saja tiba.

"Kau merokok eh?" soal Eunwoo pula.

"Eish, mana ada. Nah ambil barang ni bawa naik letak dekat almari belakang kelas tu" kata Jungkook sambil menyerahkan barang-barang yang dibeli tadi kepada Jimin dan Eunwoo serta Jaehyun.

Apabila melihat wajah Jaehyun, baru Jungkook teringat yang Jaehyun pernah bertanya tentang Golden Brain padanya.

"Jaehyun kau, stay. Jimin dengan Eunwoo korang boleh naik dulu" arah Jungkook membuatkan Jaehyun menyerahkan barang di tangannya kepada Park Jimin.

"Oh ya, sekarang dah pukul tiga petang, pastikan korang sampai kelas sebelum pukul 8 malam tau, aku takut cikgu tanda korang semua ponteng kelas malam" pesan Jimin lalu Jungkook hanya mengangguk tanda memahami.

"Kau, tahu apa tentang golden brain?" soal Jungkook sebaik sahaja Jimin dan Eunwoo sudah beredar dari situ.

"Urmm" Jaehyun sedikit teragak-agak untuk menjawab membuatkan Jungkook menarik kolar kemeja sekolah milik Jaehyun secara kasar.

"Minjung hilang! kau faham tak?! dia diculik!" marah Jungkook.

Jung Jaehyun menghela nafas sebelum bersetuju ingin memberitahu hal sebenar membuatkan Jungkook perlahan-lahan melepaskan kolar baju milik Jaehyun.

"Aku dilahirkan dengan kelebihan boleh selesaikan puzzle dalam masa yang singkat, coding, algorithm computer, analisis komputer, semua tu aku boleh selesaikan" Jaehyun mula berkata.

"Jadi, kau pun kena aim untuk masuk eksperimen ni?" soal Jungkook.

"Iya" balas Jaehyun dengan nada rendah.

"Kau terlibat ke?" soal Jungkook.

"Saintis tu ada pujuk aku, tapi aku belum bagi jawapan lagi sama ada nak sertai atau tak" balas Jaehyun.

"Kau tahu dekat mana makmal tu?" soal Jungkook lagi.

Jaehyun mengangguk lalu menghalakan jarinya  ke arah hutan di belakang sekolah itu.

"Makmal tu ada dekat dalam hutan tu, makmal tu ada dekat bawah tanah, kita cuma kena cari pokok yang akar dia berlingkar, bawah tu ada makmal" balas Jaehyun.

Kim Minjung POV💚

"A-apa kau buat dengan Jungkook dulu hah?!" soal Minjung sebaik sahaja melihat gambar-gambar eksperimen 'golden physical' yang berada di bingkai gambar tergantung pada dinding makmal itu.

"Boleh kira, yang dia antara orang pernah terlibat dengan eksperimen lama" balas saintis itu sambil berjalan mendekati Minjung.

"J-jangan dekat!" 

TBC

Okay, maaf untuk chapter hambar ni. Like, aku tulis, aku yang bosan.

So, next chapter agak comel aku rasa. Rasanyalah. Ok, hint dia, bikar. Ok baii


Golden Brain vs Golden PhysicalDär berättelser lever. Upptäck nu