01

1.3K 37 0
                                    

Langkah kakinya menjengket perlahan agar tidak diketahui ayahnya yang sedang tidur nyenyak didalam bilik sendiri .Kasut tumit tinggi dipeluknya ketat .Sesudah menutup pintu pagar rumah, dia memakai kasut tumit itu lalu mengemaskan dirinya sebelum masuk ke kereta teman lelakinya ,Zaid .

Jam menunjukkan pukul 11 malam .

"Hi ,sayang!" Bibir melakar senyuman gembira tatkala bertemu dengan kekasihnya .

"Hi ,baby.." Si lelaki juga menyambut kekasihnya ,Sumaira Shafi .Tetapi dikenali sebagai Aira .

Langsung pipi mereka bertembung satu sama lain setiap kali bertemu .Mengeratkan silaturrahim katanya .

"You nak pergi mana?" Zaid bertanya sambil melirik ke teman wanitanya .

"Ish! You ni macam tak biasa pula ." Sumaira gelak kecil lalu memukul pelan lengan Zaid .

"Hehe .I saje nak test you ." Gurau zaid .Macam dia tak tahu perangai Sumaira . Sebenarnya Zaid nak uji Sumaira gadis jenis apa .Jenis kikis ke playgirl ke .Dia takkan lepaskan orang jenis macam ni .

Sumaira pula feel heaven .Iyelah ,lelaki kaya , orang berada .Takkan nak sia-siakan lelaki macam ni .Mana tahu boleh jadikan suami .Berduit tu berduit ,tapi kalau bab agama memang lemah .Sama saja mereka dua .

° ° °




Dalam situasi yang sangat bising .Lagu remix  yang diputarkan oleh dj memenuhi ruang kelab hingga masuk ke gegendang telinga .Kelab Malam Zhen dipenuhi dengan mereka yang terperangkap dalam dunia yang fana .Jiwa mereka tersesat didalam jalan yang lurus .

"Wei .Tu ." Seorang lagi lelaki dengan secawan alkohol di tangannya menunjukkan seorang gadis yang baru sahaja masuk ke ruang kelab itu .Mata tidak kedip walau sesaat ,malah melihat gadis itu dengan penuh keghairahan .

"Cis." Zeo berdecit melihat sahabatnya bersama teman wanita gelak ketawa memasuki ruang kelab sambil beramah mesra menyapa orang disitu .

"Dia bukan ke-"

"Yes .Anak uncle Ishaq Hariri ."

"Uncle tu kawan kepada bapak kawan universiti aku ,Hashim Jabbar ." Terang Pian , sahabat baik Zeo .

Pantas mata Zeo terbuntang .

"Wei .Hashim Jabbar tu ..."

"Yup! Pendakwah terkenal dalam sosial media .Eh- apahal kita cakap pasal dia pulak? Buang masa je ." Pian mengguling biji matanya .

"Haih .. tengoklah . Pandang kita pun tidak .Nampak sangat dah berbahagia dengan girlfriend baru dia." Pian masih bersuara .

"Eleh .Kejap je tu .2 3 minggu hilang ah tu ." Seteguk cawan alkohol diminum Zeo .Sudah menjadi kebiasaan dia terpuruk dalam maksiat ini .Zamaruddin ,disebabkan namanya terlalu kekampungan dia menukar nama panggilannya .Zeo .

° ° °


Kedengaran suara merdu melafazkan ayat Al-Quran didalam masjid ,tempat orang muslim datang untuk mendekatkan diri kepada Allah swt .Serban berwarna putih yang mulia itu disarung elok menutupi rambut seorang lelaki .Hanya dia yang masih berada didalam masjid itu .Sebuah lampu yang memancar dari luar tingkap masjid membantunya untuk membaca Al-Quran dari dalam .Seketika dia memahami setiap bait-bait ayat dari Al-Quran .Air mata bergenang disaat hatinya merindui Nabi Muhammad saw .

'Apakah yang diinginkan umat zaman sekarang?'

'Tidakkah mereka sedar ini semua hasil usaha orang Islam pada zaman Rasulullah saw .'

'Mereka mengatakan mereka Islam ,tetapi tidak dengan tindakan .' Dia kecewa dengan generasi zaman sekarang .Mudah lupa kepada Allah Yang Maha Esa .

"Assalammualaikum! Siapa dalam tu?" seorang ahli jawatankuasa masjid baru selesai meronda di sekeliling masjid bagi memastikan masjid dalam keadaan tiada orang sebelum pulang ke rumah .

"Waalaikummussalam ,pakcik ." senyuman melebar memandang wajah suci pakcik tersebut .Pakcik itu turut membalas senyuman jejaka itu .

"Masyaallah .Bilal Hashim rupanya ." pakcik itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman .Hashim menyambut huluran itu lalu selawat ke atas Nabi sebelum meleraikan tangan pakcik itu .Pakcik itu turut selawat .

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya :

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه فيصافحه فيصليان على النبي إلا لم يتفرقا حتى تغفر ذنوبهما مما تقدم منها وما تأخر

artinya : "Daripada Nabi saw baginda bersabda : Tiadalah dari dua orang hamba yang berkasih sayang kerana Allah yang bertemu keduanya lalu berjabat tangan dan mengucap selawat kepada Nabi saw melainkan sebelum berpisah telah diampunkan dosa keduanya yang telah lalu dan yang terkemudian."

(Hadith riwayat Imam Ibnu Sunni pada kitab Amalul Yaumi Wal lalilah dan Imam Abu Ya'la pada kitab Musnad dan sanadnya dhaif)

° ° °













4 jam sudah berlalu dia di kelab malam itu .Bermesra dengan lelaki bukan mahramnya ,minum arak ,menari dan berseronok .Dia menghabiskan perkara yang sia-sia di tempat haram itu .

Zaid melihat kekasihnya baring diatas sofa panjang disuatu sudut kelab itu selepas hampir 3 jam berseronok .Dia tersengih .Bukan main tadi berseronok enjoy

Tarian 'gelek' atau boleh dikatakan 'goyang' mengikut rentak muzik .Sumaira berasa pening dengan sorakan dan jeritan seronok mereka disitu .Dahinya dipicit agar dapat menghilangkan rasa pening ,hasil tariannya yang entah apa-apa .

Zaid mendekati gadis itu .

"Sayang ...i dah kata tadi jangan terlalu berseronok .You tengok sekarang,you yang pening ." lengan Zaid melingkari bahu Sumaira .Nafsu menguasai diri .Sumaira memeluk tubuh kekasihnya dari tepi .

"Sorry lah sayang .Best sangat tadi menari ." Sumaira hanya tersenyum manis walaupun masih tersisa rasa peningnya . Zaid tersenyum rahsia .

° ° °





















































' Well , kau berlakon dengan baik ,sayang .Aku nak tengok sampai bila kau akan stay dengan aku.' - z




























- end chap 1 -
Thanks for read ♡
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now