06

332 10 2
                                    

Keadaan sangat tegang .Sumaira dan Zaid berhadapan satu sama lain .Sumaira tunduk melihat lantai .Wajah Zaid bengang selepas diberitahu bahawa Sumaira akan dikahwinkan jikalau dia tidak berhenti berjumpa dengannya .

"Seriously? Like why tho he wanna do that?" biji matanya digulingkan keatas . Sumaira mencebik .

"Sayang ...i pun tak suka actually dengan keputusan bapak i ." dagunya ditongkat .

"Saya bukan tak nak kahwin dengan awak ,tapi saya tak bersedia lagi jadi suami ,nak bimbing awak lagi .Tengoklah diri saya macam mana. Tak sesuai langsung untuk dijadikan seorang suami even bapak sekalipun." keluh Zaid .Sumaira faham perasaan Zaid .

"You ..."

"You loves me?" soal Sumaira .Zaid memandang dalam anak mata kekasihnya .

"Orang yang mencintai seseorang takkan beritahu bahawa dia mencintai seseorang ." Zaid senyum sinis . Sumaira bermain dengan rambutnya , blushing katanya .

"I pun tak ready lagi nak jadi isteri orang. Nak jadi isteri solehah pun lambat lagi." Sumaira menghembus nafasnya .Zaid memandangnya .Dia berfikir .

"You tak nak berubah ke?" soalan itu diajukan kepada Sumaira .Tidak pernah Zaid berfikir kearah ini .Sumaira mula menjadi panas .Bila mention 'berubah' ,mesti tak boleh terima .

"Hey! You ingat i ni teruk sangat ke macam pel*c*r?!" amarahnya .Otaknya sudah mendidih .Asap putih keluar dari telinganya .Biji mata digulingkan keatas ,marah dengan pertanyaan Zaid .

"Okay okay ,sorry .Maksud saya ,berubah jadi baik? What they say? Hijrah? Istiqomah .Like that lah ." Zaid memberi penerangan . Sumaira berdecit .Apahal pula laki ni ,nak jadi macam adik dia? Adifaah?

"Sudahlah ,Zaid .Tak pasal-pasal kau jadi macam perempuan tu ." secawan air sirap lemon diteguknya .Zaid mengangkat alis kening .

"Perempuan? Siapa?" soalnya ingin tahu .

"Adik i lah! Banyak tanyalah you ni ." Zaid mengangguk faham .Tiba-tiba ringtone phone Zaid berbunyi .Dia mengangkat panggilan itu .

"Hm?" Zaid menggulingkan biji matanya apabila dapat panggilan dari abangnya .

"Assalamualaikum ,adik .Ni abang .Adik sihat?" pemilik suara itu tidak didengari jelas oleh Sumaira .Dia hanya melihat wajah Zaid yang sepertinya tidak suka dengan panggilan itu .

"Kau nak apa ni call aku? Aku banyak kerjalah nak buat daripada melayan panggilan kau ni!" Zaid benar-benar tidak suka dengan pemanggil tersebut . Sumaira terkejut dengan balasan Zaid terhadap pemanggil tersebut .

"Ohh .Abang minta maaf kalau ganggu adik masa bekerja . Sebenarnya ,abang--" pantas talian terputus .Zaid menyimpan telefonnya kembali didalam poket .Sumaira pelik .Apa yang dicakap orang tu sampai Zaid marah begini?

"You? Macam tak okay je? Why? " soal Sumaira ingin tahu .

"Abang tiri i tulah .Tahlah ,i tak suka cakap dengan dia .I really hates him! ." Sumaira mengangguk .Sebelum ni pun Zaid pernah beritahu Sumaira tentang kisah keluarga angkatnya .Tapi dia tidak pernah pula beritahu tentang abang tirinya itu .

"It's okay .Just ignore him if you able ." Sumaira senyum pahit .Dia masih fikirkan dengan kata-kata ayahnya .Entah betul entah tidak .

° ° °

Encik Ubadah duduk disebelah anaknya Hashim di atas buaian halaman rumahnya .

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now