09

323 10 0
                                    

Kakinya berhenti di hadapan pagar rumah seseorang .Menunggu seseorang menjemputnya masuk .

"Assalamualaikum! Abang dah datang ni ,adik ." Menunggu dan menunggu salam dibalas .Kediaman rumah banglo ini sangat sunyi .Rumah banglo di lihat Hashim dengan teliti .

"Mana dia ni .." telepon dikeluarkan untuk mendial nombor adiknya .

"Assalamualaikum,adik ..." Terdengar suara adiknya di corong telepon .Lega panggilannya diangkat .

"Apa?"

"Kalau ye pun adik ,jawablah salam .Wajib tau jawab salam ." senyum Hashim ,tidak sabar ingin bersemuka dengan adiknya .

"Waalaikumsalam .Dah .Kau kenapa call aku ni?"

"Haritukan abang nak jumpa adik ...adik lupa?" tidak lepas senyuman di bibir Hashim .

"Ohh .Kau nak jumpa aku ke? Hm ...kau boleh datang sini tak? Nanti aku send location ." Terus panggilan dimatikan .Sebenci inikah dia terhadap abangnya?

Namun Hashim tetap bersabar dengan dugaan ini .Dia melihat ruangan sembang di Whatsapp ,mesej lokasi dari adiknya .

Terkejut Hashim dibuatnya apabila lokasi itu adalah di kelab menari .

"Astaghfirullahalazim ..." Hashim memegang dadanya terkejut .

Zaid tersenyum melihat lokasi yang dihantar baru tadi .

"Biar dia tahu apa aku buat selamani ..." Zaid senyum sinis memikirkan apa yang abangnya akan katakan .

Hashim turun dari kereta selepas mengikut lokasi yang menghantar dirinya ke sebuah bangunan kecil .

Terdapat beberapa orang gadis berpakaian mendedah aurat berjemur di hadapan bangunan kelab ini .Lagu genre pop yang diputarkan dari dalam dapat didengar dari luar .

Hashim cuba mendial nombor adiknya lagi sekali agar berjumpa diluar sahaja .Tiba-tiba sahaja ada dua orang lelaki berbadan sasa menghampiri dirinya .

"Hei ,ustaz buat apa disini?" tanyanya seolah memerli Hashim . Seorang lagi menyampuk .

"Hah ...ini tempat orang berdosa je .Orang alim macam kau tak boleh jejak kaki disini .Nanti Tuhan kau marah pula ." gelak mereka berdua .

Hashim tidak dapat mengendahkan apa yang mereka katakan kerana mereka telah pun mempersendakan agama Islam .

“Jangan nak mempersendakan agama Islam .Jangan lupa yang dalam I.C. encik pun sudah tertera beragama Islam .” nada suara Hashim tidak meninggi malah hanya lembut kerana mereka yang masih belum mendalami ilmu agama harus diberi tunjuk ajar secara lembut .Jika mengajar secara  bekeras maka mereka juga akan membalas secara berkeras .

Pengawal berbaju hitam seperti gangster itu memandang satu sama lain .Hashim tidak takut dengan kata-kata yang akan mereka keluarkan ,tidak kisah kecaman atau hinaan .

Demi agamanya ,dia sanggup memberi kebenaran .Malah mereka berdua hanya ketawa dengan kata-kata diberikan Hashim .

Sedar tidak sedar ,Zaid sudah pun berada tidak jauh dari pintu bangunan itu .Zaid melihat abangnya ,menjelingnya ke tempat lain .Apalah yang dia nak sekarang ni?

“Jadi ustaz nak kata kami agama Islam tapi tak hidup secara Islam? Hey ustaz! Ustaz sedar tak ustaz dah pun jejak kaki ke tempat haram ni? Jangan lupa yang ustaz ju-”

“Woi!” jerit Zaid .Bergaduh bagai nak rak hinggakan orang keliling mereka pun mengumpat pasal mereka bertiga .

Langsung kedua pengawal itu berhenti bercakap .Hashim melihat Zaid dari jauh .Terukir senyuman manis di bibir seorang abang .

“Zaid …”

Zaid membuka langkah menuju ke abangnya .Nafas berat dihembus ,mustahil dia tidak merindukan abangnya walaupun dia sering dibandingkan dengan abangnya oleh ayahnya .

“Assalamualaikum ,adik .” tangan kanan Hashim dihulur untuk berjabat dengan adiknya .Zaid menjeling lagi .Huluran itu diendahkan begitu saja .

“Benda apa kau nak bincang dengan aku? Tolong cepat sikit ,aku ada hal lain nak buat .” Hashim tersenyum lagi .

“Lagi beberapa hari lagi ,abang akan-”

“Kahwin?” Hashim mengangguk .Pelik ,bagaimana adiknya boleh tahu tentang hal ini walaupun belum diberitahu .Zaid telah mengagak .Betullah ,ustaz yang dimaksudkan Sumaira ialah abang tirinya .

Jantung Zaid berdegup kencang ,entah mengapa situasi ini membuat dirinya berdebar .Tetapi wajahnya tenang saja .

Dia hampir melupakan Sumaira tetapi bila lelaki ini memberitahu bahawa dia akan berkahwin ,dia berasa tidak adil .

“Dengan?” soal Zaid merenung bawah .Hashim pelik dengan renungan Zaid ,seperti tidak sihat .Wajahnya tidak bermaya .

“Su-Sumaira Shafi .Adik? Adik okay t-”

“Tahniah .Jangan jumpa aku lagi .” Hashim mengejar Zaid kerana masih belum memberi penerangan tetapi kedua pengawal itu menghalangnya .

“Kejap ,tolong ketepi .Saya belum habis bersembang dengan adik saya .” pengawal itu menolak Hashim .Hashim bangun semula membuang kotoran di baju .

Melihat dari kejadian ini mungkin belum masanya Zaid ingin berjumpa dengan abangnya .Hashim bersabar dengan dugaan ini .

° ° °

Selepas melaksanakan solat subuh ,Hashim merenung melihat sejadah di surau berhampiran kawasan rumahnya .Kepalanya masih terngiang-ngiang mengapa Zaid begitu marah apabila dia memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Sumaira .

Apakah Zaid mengenali Sumaira? Tidak mungkin tetapi boleh jadi .

Encik Ubadah bersalaman dengan para jemaah yang ingin pulang ke rumah .Tinggal sepasang selipar yang masih seseorang belum dipakai .Encik Ubadah melihat anaknya di dalam surau bersendirian .

“Ayah …” wajah ayahnya dilihat dari tepi .Encik Ubadah menyahut panggilan anaknya .

“Ya ,nak?”

“Hashim nak bekerja boleh?” Encik Ubadah membuat wajah tidak setuju .

“Kamu tak cukup dah jadi imam dan penceramah ?” Encik Ubadah melihat tar jalan sepanjang berjalan kaki pulang dari surau . Bukan tidak cukup ,tapi tidak mencukupi wangnya untuk diberi nafkah kepada bakal isterinya nanti .

Pekerjaan yang menjadi imam bukanlah suatu perkara yang mudah .

“Setakat jadi imam angkat takbir tu apalah sangat ,orang ikut solat .Dah habis”

Mungkin betullah apa yang mereka katakan itu .Tanggungjawab imam bukanlah hanya mendirikan solat bersama para jemaah ,banyak lagi tanggungjawab imam contohnya seperti membaca khutbah Jumaat dan Khutbah Hari Raya serta menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan jawatankuasa Kariah masjid .

Pasti masyarakat menganggap tugas imam hanyalah mengetuai setiap solat fardhu .Tetapi banyak lagi tugas imam yang mereka tidak mengetahui .

Hashim redha .Tak mengapalah ,mungkin takdir pekerjaannya hanya disini saja .Bekerja dengan Allah  sesuatu pekerjaan yang mulia .

Dia patut bersyukur kerana mendapat nikmat bekerja di masjid mahu di surau .Dia tidak tahu bahawa masih lagi ramai golongan orang yang tidak mampu bekerja menginginkan pekerjaan yang mulia ini .
















































































































































- end chap 9 -
Thanks for read ♡
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now