Bab 21

1.4K 104 3
                                    

Alisa sedang menjemur pakaian apabila telefonnya yang tergantung di lehernya berbunyi. Akibat silau, dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyambut panggilan itu.

"Hello. Assalamualaikum."

"Hey, Alisa... This is me, Aryan." Satu suara garau menyapa gegendang telinga.

Alisa terdiam sejenak. Peringatan daripada Ryan untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu berputar semula di ruang ingatannya.

"Err... Ada apa encik?"

"I was wondering kalau you boleh temankan I keluar. Maybe keluar makan, jalan-jalan. Are you free?"

"Kalau dia ajak kau keluar, jangan ikut. Cakap je aku tak bagi kau keluar. Faham?"

Hesy, kenapalah aku bagi nombor telefon aku dengan mamat ni? Alisa menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. "Err... Hari ni tak bolehlah. Lagipun Encik Ryan tak bagi saya keluar."

Senyap seketika.

"What about tomorrow?" Ternyata Aryan masih tidak mahu mengalah.

"Err..." Otaknya ligat mencari alasan untuk diberikan kepada Aryan."Esok pun tak bolehlah. Saya keluar jumpa kawan saya esok. Encik, saya minta maaf sangat-sangat..."

"Takpe. Understandable..."

"Tapi Cik Adelea kan ada. Why not encik ajak dia keluar dengan encik." Tak ke pelik si Aryan ni tiba-tiba nak ajak dia keluar. Kenal pun kenal nama je. Pelik sungguh Encik Aryan ni, bisik hatinya.

"Adelea... You tahulah dia tu always busy dengan kerja. I balik pun dia takde masa nak temankan I," balas Aryan dengan nada yang hampa. Dia pula yang rasa bersalah.

"Err... Ada apa-apa lagi ke? Saya ada kerja ni."

"I think no. Teruskan kerja you."

"Okay. Assalamualaikum." Belum sempat dia menghabiskan salamnya, panggilan sudah dimatikan oleh Aryan.

"Aik. Tak nak jawab salam aku sudah."

Wajah Aryan bermain di ruang ingatan diselangi dengan nasihat Ryan untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Dia menggelengkan kepala. "Keluarga Razaleigh ni memang macam ni ke? Hisy. Ada-ada jelah diorang ni. Pening aku nak fikir."

Sementara itu...

Aryan melemparkan telefon di atas meja kopi. Pandangannya dilemparkan ke arah kolam ikan di depannya.

"Huh. Cakap jelah Ryan memang tak bagi kau keluar dengan aku. Macamlah aku ni bodoh sangat nak kena tipu. Nak keluar jumpa kawan konon," getusnya. Dia mendengus nafas, geram.

"Let's see esok kau keluar ke tak?"

.

"Alisa, ni Kak Huda dah sediakan bahan-bahan yang perlu dibeli. Ni kad kredit. Jangan hilangkan tau," pesan Kak Huda sebelum wanita itu pulang ke rumahnya. Alisa sendiri yang menawarkan diri mahu keluar untuk membeli barangan dapur memandangkan waktu kerja Kak Huda sudah tamat di sebelah pagi.

Grocery list dan kad kredit itu disimpan di dalam dompetnya. Dia sempat bersiap sebelum dia meminta Khairi untuk menghantarnya ke bandar. Sewaktu sedang membelek grocery list itu di depan kedai, tiba-tiba satu suara yang dikenali menegurnya dari belakang.

"Alisa?"

Dia terus berpaling ke belakang dan terkaku seketika. "Err... Encik Aryan?" Malaysia ni besar, macam mana dia boleh terserempak dengan Aryan kat situ pula? Kebetulan ke apa? Takkan Aryan ikut dia pula?

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now