Bab 2

2.8K 148 1
                                    

"Ryan Andrean?" Mata Juliana terbeliak.

"M-hmm. Ryan Andrean." Bayangan lelaki itu terlayar semula di ruang ingatan. Ryan sememangnya mempunyai aura yang sangat kuat. Penampilan lelaki itu amat menarik perhatian walaupun ke mana saja lelaki itu pergi. Lelaki itu mempunyai mata helang.

"Aku dah cakap dah. Kau tak nak percaya."

"Aku tak percaya sebab aku tak sangka. Tapi entahlah, aku kecewa dengan expectation aku sendiri," balas Alisa sambil mengeluh. Dia berharap awal pertemuannya dengan Ryan lebih baik.

"Lah. Kenapa?"

"Aku tak expect first time aku jumpa dia, dia ni err... annoying. Kau tahulah kan apa yang dah jadi," ujarnya. Dia memasukkan Mister potato chips ke dalam mulutnya sambil menonton saluran drama di TV3.

Juliana ketawa kecil. Ya. Dia sudah tahu apa yang telah berlaku kepada Alisa. Alisa sudah memberitahu kepadanya. Dia pun tak sangka semua tu boleh jadi. Macam novel haha.

"Tapi kan, kenapa keluarga Razaleigh ni famous eh? Diorang famous sebab apa? Diorang ni selebriti ke?" soal Alisa seketika kemudian. Walaupun dia sudah tahu kenapa keluarga Razaleigh sangat terkenal, tetapi dia masih tertanya-tanya.

"Banyak sebab. Sebab utama, diorang ada pengaruh besar dalam negara terutamanya dalam bidang ekonomi. Kalau kau tengok brand dari negara kita yang famous, banyak yang diasaskan oleh keluarga Razaleigh. Dari dulu sampai sekarang diorang memang power buat bisnes," jelas Juliana.

Alisa memutarkan bola matanya ke atas. "Tu semua orang dah tahu."

"Sebab lain... konspirasi."

"Ceh... Dah berapa kali kau cerita kat aku. Vampire tu tak wujudlah, Ju. Kau ni addicted sangat dengan benda-benda macam ni." Dia tahu dari dulu lagi kalau bab-bab konspirasi ni Juliana memang nombor satu. Banyak konspirasi yang dia tahu daripada Juliana.

"Aku cakap ni berdasarkan konspirasi yang aku dengar tau. Tapi aku rasa konspirasi ni memang betul. Kalau kau selidik pasal keluarga Razaleigh dengan lebih mendalam..."

"Dah. Dah. Dah. Aku tak nak dengar dah. Cerita aku pun dah habis. Aku nak masuk tidur. Good night," cantasnya sebelum Juliana sempat menghabiskan ceritanya.

"Ala... Dengarlah dulu."

"Ugh. Aku tak nak dengar dan tak kesahlah siapa keluarga Razaleigh tu. Aku... Whatever. Aku masuk tidur dulu. Bye." Tanpa menghiraukan apa-apa lagi, dia terus masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya yang penat dan terasa sedikit sengal direbahkan di atas tilam.

"Vampire. Ceh... Mengarutlah semua tu. Vampire tu tak wujud," getusnya. Matanya dipejam rapat, cuba berlayar ke ruang mimpi. Sekejap saja dia sudah terlena.

.

Alisa membuka matanya. Sebaik saja matanya dibuka, dia menyedari dia berada di tempat yang asing. Matanya diliarkan ke sekeliling. Dia berada di sebuah lorong yang gelap. Bulu romanya menegak. Dia dapat merasakan aura jahat daripada lorong itu.

Sedang meliarkan pandangan, dia terlihat figura seseorang. Melalui pemerhatian fizikal, dia dapat mengagak figura itu adalah milik seorang lelaki. Apabila diperhatikan betul-betul, baru dia perasan lelaki itu sedang memandang ke arahnya. Dia cuba melihat dengan lebih jelas lagi dan kali ini dia dapat melihat wajah lelaki itu yang bengis.

Eee! Menakutkan.

Apa yang lebih menakutkannya, lelaki itu sedang berjalan mendekatinya. Perasaan takut mendorongnya untuk segera berpaling dan pergi dari situ. Apabila tubuhnya dipusing 180 darjah ke belakang, dia pun mulai membuka langkah untuk pergi dari situ. Baru selangkah dua dia melangkah, tiba-tiba ada satu bayangan hitam yang melintasinya dengan laju dan berhenti betul-betul di hadapannya. Bayangan hitam itu tidak lain dan tidak bukan ialah figura lelaki yang dilihatnya tadi.

Langkahnya termati serta-merta. Dia menoleh ke belakang. Jarak lelaki itu tadi memang agak jauh dengannya untuk lelaki itu menyaingi langkahnya dengan sepantas itu. Dia menoleh semula ke hadapan.

"Macam mana...?"

"Kau masih ingat aku?" Jap. Dia kenal suara tu.

"Si... Siapa kau?"

Lelaki itu mendesis sinis. "Kau nak tahu?" Kain hoodie yang menutupi hampir separuh daripada wajah lelaki itu dijatuhkan ke belakang. Dia terpempam. Matanya terbuka dengan luas.

"Encik, macam mana...?"

"Kau nak tahu?" Lelaki itu memandang tepat ke dalam matanya dengan mata yang tajam bak pisau belati. Pandangan itu benar-benar membuatkan dia kecut perut. Lelaki itu sedang mendekatinya.

"Encik...?" Dia berundur setapak demi setapak ke belakang.

"Sebab aku vampire..." Lelaki itu dengan sepantas kilat terus menerkam ke arahnya. Lehernya terus menjadi sasaran.

"Ahh!"

"Alisa, bangun!"

Dia segera bangun daripada lenanya. Tubuhnya terus didudukkan di atas katil. Tangannya terus naik ke lehernya lalu diraba-raba. Syukur cuma mimpi. Apalah. Mimpi dengan realiti pun tak boleh bezakan ke?

"Aku masih hidup kan?" soalnya kepada Juliana.

Pap!

"Ouch! Kenapa kau tampar aku?!" marahnya. Lengannya yang ditampar oleh Juliana disentuh. Pedih jugalah sikit.

"Haa... Sedar pun. Lebih baik kau bangun, kau bersiap sekarang. Kau dah lambat tau tak."

Matanya terbuntang. "Apa?!" Cepat-cepat dia melihat ke arah jam. 8.00 pagi! Matilanak! "Kenapa kau tak kejutkan aku, Ju?!"

"Aku tengah kejutkan kaulah ni. Ingatkan kau dah turun kerja dah. Tengok-tengok masih terpekik terlolong kat sini," balas Juliana.

"Argh..." Dia segera turun dari katil, mencapai tuala dan terus keluar menuju ke bilik mandi. Isy! Semuanya gara-gara Juliana. Kalau Juliana tak mencarut pasal vampire semua benda tu, taklah dia mimpi buruk pagi ni.

.

"Mak Cik Serah?" tegur Alisa.

"Apa dia?"

"Bos kita tu memang dia cerewet ke?" tanya Alisa.

Mak Cik Serah memandang Alisa, terkejut. "Eh. Ye ke? Mak cik tak tahu pula. Mak cik tak kenal dia sangat. Setakat terserempak je. Tapi mak cik adalah dengar bos tu nak semua benda perfect. Tapi taklah sampai dia selalu nak marah-marah staf kat pejabat dia. Tu jelah yang mak cik tahu," ujarnya.

"Oh..."

"Mak cik tengok hampir setiap hari kamu asyik kena suruh buat kerja kat pejabat bos je. Tak pernah bos tu nak suruh cleaner masuk pejabat dia. Dia takut ada barang dia yang hilang. Tapi selalu pula dia panggil kamu masuk pejabat dia. Kenapa?"

Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal "Err... Kalau mak cik nak tahu bos tu saja je nak sakitkan hati saya. Dia nak balas balik sebab saya letak nota kat depan cermin kereta dia. Masa tu, saya tak tahu pun dia ada kat dalam kereta," jawabnya, memulakan gosip.

"Eh. Ye ke? Kamu takde pun cerita dengan mak cik."

Alisa tersengih bak kerang busuk. "Sebab dia tu bos. Saya nak jaga nama baik dia. Tapi saya memang tak boleh tahan dengan bos tu."

Mak Cik Serah terkejut lagi. "Eh. Baru first time mak cik dengar ada pekerja dia tak tahan dengan perangai dia."

"Hari tu, saya hampir kemalangan disebabkan bos kita tu. Tu yang saya tak puas hati sampai nak letak nota kat kereta dia. Nak bagi peringatan. Tapi tak sangka pula dia tu bos kita. Jadi macam tulah kisah dia," jelas Alisa.

Terangguk-angguk Mak Cik Serah mendengar penjelasannya. "Tapi dia tu bos. Nanti kalau bos pecat kamu nanti macam mana?"

"Ah, saya tak kesah. Saya rasa bos tu memang tak boleh terima kalau dia salah. Nak dia je yang betul."

Begitulah hari-harinya di bekerja di situ. Hampir setiap hari dipanggil naik ke atas. Kadang-kadang kerja yang berada di luar skop kerjanya sebagai cleaner pun dia kena buat. Contoh, hidangkan air dengan klien yang datang. Mentang-mentanglah sebelum ni dia dah biasa kerja jadi barista.

Kerja di luar skop kerja tapi gaji sebulan dia masih sama. Apa punya bos. Sekurang-kurangnya gaji dia bagi naik sikitlah. Baru ikhlas dia nak buat kerja. Ni tak. Ni yang buat semangat dia nak kerja takde. Nasib badan.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now