Setia Yana suap Aryan walaupun dah banyak kali sumpah seranah si Aryan. Sabar jelah Yana. Yana memejam seketika matanya. Beristighfar bila dia dah banyak buat dosa memaki Aryan dalam hati.

Aryan senyum. Meliar mata lelaki itu pandang muka Yana. Tersungging senyuman manis bila Yana menyuapnya. Berbunga hati kalau Yana selalu buat macam ni. Rasanya dia akan terus terlekat di rumah saja. Dengan Yana. Lepastu Yana suap. Haih...

" Comot dekat mulut. Lap." Yana menghulurkan tisu pada Aryan tapi...

" Ala... Yana tolonglah buatkan untuk Aryan." Aryan buat mata berkaca dengan muka penuh mengharap. Disua bibirnya pada Yana. Muah! Muah! Muah!

Yana buat muka. Senyum sinis tersungging di bibir. Laju mulut Aryan dilap kasar. Puas hatinya bila dia buat sebegitu. Geram sangat. Beginilah jadinya. Padan muka. Biar sakit bibir. Nak menggedik sangat dekat aku kan? Hahaha

" Yana tak ikhlaslah. Sakit tau bibir Aryan. Macam mana nak cium Yana kalau bibir sakit." adu Aryan manja.

" Aku pelangkung jugak kau dengan sudu ni Aryan." gumam Yana penuh geram. Cukup perlahan. Tapi sayang telinga lelaki itu terlalu besar sehingga...

" Yana nak pelangkung Aryan? Hiks... Hiks..."

Gelabah jadinya Yana bila Aryan menangis. Terhenti keluarga Yana dari berbual dengan Mama Aryan. Risau jadinya Datin Sharifah.

" Kenapa ni Ayan?" soal Mama Aryan.

Aryan menggeleng. Kerusi ditolak dan Aryan membawa lari tubuhnya keluar dari ruang dapur. Dikerling sekilas Yana dengan muka sedihnya sebelum tubuh itu naik ke tingkat atas. Memujuk diri sendiri.

Telapak tangan Yana sudah berpeluh. Sudu yang di pegang dilepaskan dan diletakkan pada pinggan Aryan. Bibir diketap beberapa kali bila Babah dan Ummi tengok dia lain macam. Pastinya tak puas hati bila dia dah buat Aryan menangis. Salah dia lagi. Aduh! Memang malang hidup aku!

" Boleh jelaskan dekat Ummi kenapa Aryan jadi macam tu? Sampai menangis si Aryan. Kenapa ni Yana? Ada masalah ke dengan si Aryan?" lembut Ummi menyoal.

Yana mengemam rapat bibirnya. Jarinya diturunkan di bawah meja. Jarinya bermain antara satu sama lain. Serba salah jugak sebenarnya. Tapi dia hanya cakap saja. Bukan betul-betul nak pelangkung Aryan. Aduh!

" Yana tak buat apa-apa. Aryan menangis tanpa sebab. Serius Yana tak tahu kenapa." Hanya itu yang mampu Yana meluahkan.

Gelisahnya hanya Allah yang tahu bila semua mata sudah pandang Yana dari tadi. Rasa macam pesalah yang ada di dalam penjara pun ada.

" Boleh Yana tolong pujukkan Aryan? Susah kalau Aryan merajuk. Dia takkan makan selagi orang yang buat dia sedih pujuk dia." pinta Datin Sharifah.

Yana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rumitnya rasa bila kena pujuk si Aryan tu. Dah besar tapi perangai macam apa. Yana tak suka pujuk orang. Bukannya Yana pandai sangat bab pujuk memujuk ni.

" Yana cuba."

Datin Sharifah tersenyum senang.

" Hujung sekali bilik Aryan. Masuklah. Mama percaya Yana takkan buat benda bukan-bukan dengan Aryan. Pergilah pujuk dia." Datin Sharifah memberi sepenuhnya kepercayaan pada Yana.

Yana mengeluh bila dapat anggukan daripada Ummi dan Babah. Penuh keterpaksaan Yana angkat punggung naik ke tingkat atas. Longlai saja kaki diangkat untuk naik. Tak sedar Yana yang dia sudah tercegat berdiri di depan pintu bilik Aryan.

" Kenapalah kau merajuk Aryan. Susah aku macam ni." gumam Yana sendiri.

Keluhan berat dilepaskan. Dengan bismillah Yana mengetuk pintu bilik Aryan.

Tok! Tok! Tok!

" Mama nak apa? Aryan tak nak dikacau." suara laungan Aryan dari dalam bilik.

" Ni bukan mama. Yana ni. Bukaklah pintu."

Senyap saja. Tak ada suara lelaki itu. Mati kutu Yana jadinya. Buntu bagaimana harus dia pujuk. Diundur langkahnya ke belakang. Nak pusing balik tapi bunyi pintu dikuak membuatkan Yana cepat-cepat mengintai.

" Yana nak apa?"

Aryan menonjolkan sedikit kepalanya. Tak bukak penuh pun pintu. Cukup muat separuh badannya. Merajuk sangat tu. Terkejut Yana bila mata lelaki itu sudah memerah macam baru lepas menangis. Seriuslah kau? Sudah!

" Erm... Ya-yana... Nak minta maaf." serba salah Yana menuturkan bicara.

Kepala yang tidak gatal digaru. Kekok pulak rasa bila bercakap dengan Aryan. Mungkin kerana dia penyebab Aryan menangis.

" Kenapa nak minta maaf? Yana tak ada salah dengan orang pun." 

Setia Yana melihat lelaki itu. Sedih muka Aryan menatap dirinya. Yana mengetap beberap kali bibirnya. Mencari topik untuk berbual dengan Aryan.

" Aryan tak nak makan lagi ke?" Topik yang mungkin sesuai disuarakan. Yana gigit bibir. Cuba jelah bercakap dengan Aryan. Mana tahu nanti Aryan akan okay.

Aryan menggeleng lemah. Sesekali mata itu mengerling Yana.

" Tak nak. Aryan tak nak kena pelangkung dengan sudu lagi."

Uishh deep!

Yana sengih kekok. Andai bukan sebab Datin Sharifah memang dia tak akan rajinkan diri naik tingkat atas ini. Nasib malang betullah si Yana ni.

" Yana tak pelangkung dah. Jom. Nak makan tak?" ajak Yana.

" Nak... Tapi tangan Ayan sakit." adu Aryan mengada.

Aryan buat muka sedih. Tangan yang berbalut itu dipandang sayu. Yana mengeluh lembut.

" Tak apa. Yana boleh suap Aryan." Tak tahu nak cakap terpaksa ke tak keluarkan ayat ni. Haih...

" Betul ke ni?"

Bila Yana mengangguk, terus Aryan keluar dari biliknya. Ceria muka lelaki itu. Pasrah Yana bila hujung bajunya diheret oleh Aryan turun ke tingkat bawah. Macam biasa, Aryan senyum saja sejak turun dengannya ke dapur. Nasib badan bila dah terlalu sayang. Senyum manis je mampu terbit di raut muka kacaknya. Terlalu sayang. Haih...

His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer ) Where stories live. Discover now