Bab 8

815 35 0
                                    

Malam itu Yusuf datang bertandang ke rumah. Erhan berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen. Mata tertancap di depan televisyen tetapi minda dan jiwanya menerawang teringatkan perkara lain.

Seumur hidup, dia tidak pernah berkasar dengan perempuan walaupun kadang-kadang ada juga sorang dua menyindir kulitnya yang dark metalik terutama ketika dia berhempas-pulas berlatih di padang. Semua perempuan gamaknya sukakan jantan yang cerah-cerah jambu macam lelaki Korea kut. Tangan kanannya diurut perlahan. Tapak tangan itulah yang singgah di muka Hilani pagi tadi. Dia pun tak terjangka nak bertindak demikian tetapi hatinya sakit bila tahu hanya dia digantung persekolahan. Hilani sampai sudah selamat kerana cerita menipu dan air mata poyo itu.

Erhan cuma mahu bersemuka meminta Hilani membersihkan namanya, tetapi lain pula yang terjadi bila budak perempuan itu keluarkan wang dari poket baju kurungnya yang berjumlah tiga puluh ringgit.

Hoi! Jumlah itu disamakan untuk tebus maruahnya. Bullshit. Memang patut kena tampar dan dia memang tak patut kena buang sekolah! Lagipun bukan kuat sangat tamparan tadi. Ini semua gara-gara mulut Johana yang mencanangkan peristiwa itu merata. Memang siot betul budak perempuan perasan diri ala-ala jantan itu. Patutnya Erhan bagi penampar juga kepada kawan Hilani itu.

"E, jom ikut uncle." Yusuf mencuit bahu Erhan yang dilihat dari tadi ralit memandang ke arah lain. Nampak sangat budak tu tengah stres. Erhan bingkas bangun menegakkan badannya. Seluar pendek yang sedikit terangkat ditarik pelan-pelan menutup lutut yang berkerak akibat luka lama jatuh motor. Pelik bin ajaib, Yusuf nak ajak dia ke mana pula? Dia kalih pandang kepada uminya yang masih berkain batik dan baju T.

Agaknya selepas perbincangan petang tadi, uminya mesti sambung pula perbincangan dengan Yusuf. Jadi tak hairanlah Yusuf terpacul di depan rumah mereka malam-malam. Para ibu memang suka memperbesarkan sesuatu perkara itu, kan? Reda sajalah.

"Hurm, kan E dah cakap, E izinkan umi kahwin," tuturnya dalam nada lembut. Ah, mesti umi dah cancel kahwin sebab syarat dia tadi. Hurm, patutlah Yusuf pun kalut datang ke mari. Alahai, Erhan menggaru belakang kepala. Umi suka perbesarkan perkara yang kecil.

"Bukan pasal tu. Jom ikut uncle, kejap saja. Malam ni kita sembang man to man talk!" jawab Yusuf sambil tersenyum. Erhan makin pelik. No, no! Dia tak perlukan sesi kaunseling daripada sesiapa. Man to man talk konon. Kalau dia perlukan teman bersembang, lebih baik dia cari Tok Wan Nawi, Hazreal atau Amir Dunhill!

"Jom, duduk termenung pun dapat apa? Ikut uncle lagi bagus. Kita pekena Char Kuetiau kat depan tu." Yusuf menarik tangan Erhan memaksa untuk ikut. Mahu tak mahu, dia gagahkan diri juga bila umi bagaikan merayu-rayu melalui kerdipan matanya. Umi ni. Saja aje, kan!

"Okey-okey. Tunggu sat." Erhan berjalan masuk ke dalam bilik. Sesaat kemudian, dia keluar bersama hoodie bercorak ala tentera yang tersarung menutup singlet dipakainya. Sempat Yusuf kenyit mata kepada Hazura sebelum keluar. Ah, jangan risau dia akan cuba menasihati Erhan sebagai seorang bapa. Budak lelaki itu perlukan seseorang untuk dia meluah. Kali ini berilah peluang untuk dia tunjukan bakat sebagai bakal bapa tiri.

Bukan Dark MetalikWhere stories live. Discover now