Bab 5

937 37 2
                                    

Dia duduk melunjur kaki sehingga ke hujung sofa. Tangannya mengusap lembut bahagian pipi yang masih sakit. Dia kemudian memandang ke arah Hazreal. Kerana seorang budak perempuan yang psiko, ramai yang terseret sekali menjadi mangsa. Ah, sama saja si anak dan si bapa. Kedua-dua mereka kepala angin!

"Sakit ka wei?" Amir tarik tangan Hazreal untuk melihat kesan di pipi kawannya itu. Soalan bodoh kut. Gila punya sakit kut kena penampar sulung. Mak bapak dia cubit pun tak pernah apatah lagi nak hadiahkan penampar acah-acah ninja macam tadi.

"Taklah. Best sangat, nak rasa ke?" Hazreal menjeling kepada Amir. Kemudian bibirnya sengaja dimuncung ke arah Erhan. Amir toleh memandang kepada Erhan yang masih diam membisu sejak tadi. Jatuh kesian pun ada. Dia kemudian cepat-cepat bangun menghampiri sahabatnya itu. Pipi dicekak dan dia mula membelek wajah itu. Lama dibelek pipi kiri Erhan.

Hurm... Taklah nampak sangat sebab kulit Erhan bukan putih melepak macam Hazreal. Tapi nanti mesti lebam warna hampir kebiruan akan timbul.

"Mak hang mesti nampak ni. Tuam lama-lama sikit," ujarnya seraya mencapai tuala suam lalu ditekan pada bahagian yang sakit.

"Sakit tak wei?" Amir bertanya lagi sambil menuam tuala kecil di pipi Erhan. Wajah mendung itu cuma menggeleng. Hujung lidahnya menolak-nolak bahagian dalam pipinya yang masih rasa sakit.

Ah, menipu lagi. Sakit tu memanglah sakit tapi hatinya lagi sakit. Tuduhan demi tuduhan dan kata cacian terpaksa ditelan semuanya.

"Hati aku lagi sakit. Tunggulah aku bagi pengajaran dekat budak perempuan tu." Penumbuk digenggam erat bagai meramas luka yang masih berdarah.

"Betoi. Aku setuju." Amir menyampuk. Hazreal angkat wajah memandang kepada kedua-dua sahabat itu.

"Oiii... Dah-dah! Jangan cari pasal dah. Bapa dia tu gila. Suka hati serang anak orang. Mentang-mentang bekas tentera, dia ingat dia boleh buat sesuka hati. Hang tak serik lagi ka, E? Aku rasa lagi sekali hang kena tumbuk dengan dia, mau bersepai gusi hang dari gigi. Silap-silap berlubang pipi hang kena tonyoh dengan cincin gajah dia tu."

"Hahaha. Weh... Silap kut. Berterabur gigi dari gusi," balas Amir. Erhan tersenyum hambar. Dia tahu Hazreal sengaja mahu mencuri perhatian ketika hatinya masih membungkam rasa marah.

"Hazreal, sorry ah. Disebabkan aku, hang pun kena sekali," tutur Erhan perlahan. Bahu Hazreal digosok perlahan. Hazreal hanya tersenyum. Hesy, janganlah cakap macam tu, depa kan kawan sejak tadika. Takkanlah time member kena teruk, depa pun nak lari sembunyikan diri!

"Bapak dia cenge, kan? Sebab tu dia pedajal hang hidup-hidup. Bayangkan kalau bapak dia tau cerita sebenar, memang teruk dia kena." Tiba-tiba Amir menyuarakan pendapat. Ada logik juga.

"Salah tetap salah, kan? Dia menipu! Hang nak kami jumpa Cikgu Kamran sekali lagi ka?" Hazreal menggaru bawah dagu. Kalau itu saja cara yang boleh bersihkan nama Erhan, dia sanggup lakukan. Erhan geleng kepala.

"Aku akan selesai sendiri dengan dia. Aku tak mau hangpa terlibat, nanti jadi lagi panjang kes ni," terang Erhan sejelas-jelasnya.

"Ni nanti kalau mak hang tanya, hang nak jawab apa?" Amir terus menyoal.

"Pandai-pandailah aku reka cerita nanti."

"Haip! Jangan menipu, tak berkat tau. Habaq ja benda yang betoi." Hazreal terus mencelah.

Pantang betul dia bab-bab menipu orang tua.

"Biarlah mak aku dengar dari mulut cikgu. Selagi cikgu tak call, aku takkan cerita apa pun," tegas Erhan.

Bukan Dark MetalikWhere stories live. Discover now