Kawan Baru?

4 1 0
                                    

Krakkkk!! Aisya membuka penutup bekas makanannya yang berisi roti sandwich itu. Dia kemudiannya memandang ke sekeliling. "Haihh, semua orang makan dengan kawan-kawan. Aku seorang je yang yang sunyi." Aisya mengeluh sambil memandang makanannya. Tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang menggesel pada kakinya. Dia memandang ke bawah dan melihat seekor kucing yang bunting memandangnya dengan wajah kasihan. "Lapar ye? Meh, Aisya bagi roti sikit ye." Tercuit hati Aisya melihat kucing itu yang kelihatan sangat gembira kerana diberi makanan olehnya. "Awak suka kucing ya, Aisya?" Sapa satu suara yang tiba-tiba muncul dari belakang. "Ya Allah!" Terkejut Aisya dibuatnya. Dia melihat ke belakang dan ternyata Zara berada di situ. Zara tersenyum-senyum sambil memegang makanan yang penuh di tangannya. Aisya menarik nafas sambil memejam matanya. "Hehe, maaflah ya buat awak terkejut" Aisya hanya tersenyum senget. "Saya tengok awak makan sorang-sorang, jadi saya ingat nak teman awak. Lagipun saya pun tak ada kawan, hehehehe" Ujar Zara sambil menarik kerusi di sebelah Aisya. Dia lantas duduk kemudian meletakkan makanannya di atas meja.  Aisya mengangkat keningnya melihat jumlah makanan yang begitu banyak. Muat ke perut dia makan semua tu? Seakan dapat mengagak apa yang di fikiran Aisya, Zara tersenyum lebar. "Tak adalah, ni semua bukan untuk saya seorang. Ni semua saya nak kongsi dengan kawan saya." Aisya tersenyum malu. Eh, obvious sangat ke muka aku tadi? "Kawan?"  "Awak kata awak tak ada kawan?" Soalnya kembali. Soalan Aisya membuatkan Zara tertawa kecil. Alahai, lurus bendul la dia ni. "Memanglah saya tak ada kawan. Tapi sekarang saya ada. Ni haa, orang di depan saya ni." Kata Zara sambil menggelengkan kepalanya. Aisya terdiam seketika. "Sebelum ni awak mesti selalu berseorang kan? Jangan risau, sekarang ni awak dah ada kawan. " Ujar Zara lagi. Dia menunjukkan jari 'thumbs-up' nya kepada Aisya. Aisya hanya memilih untuk mendiamkan diri dan mengunyah makanannya dengan perlahan. Kawan?

Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Pelajar itu tersenyum sinis. "Aisya Humaira ya... Heh, menarik juga."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Yang Menemukan KitaWhere stories live. Discover now