Pertemuan

5 1 2
                                    

"Ehemmm!" Suasana kelas 4 Siddiq menjadi senyap sunyi secara serta-merta tatkala mendengar suara Puan Fatimah, guru kelas mereka yang terkenal dengan ketegasannya itu. Puan Fatimah menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam kelas sambil membawa rotan di tangannya. "Assalamualaikum, pelajar." Ucapnya sambil matanya melilau memandang ke setiap sisi kelas. "Waalaikumussalam, Cikgu Fatimah." Jawab seluruh pelajar kelas 4 Ihsan. "Hari ini kita ada kedatangan pelajar baru, jadi sila beri tumpuan. Pelajar, kamu boleh masuk sekarang." Suasana kelas 4 Ihsan kembali menjadi riuh apabila mendengar ucapan Puan Fatimah. Masing-masing sibuk berbisik antara satu sama lain. Pelajar lelaki di meja belakang sudah mula menghentak meja dan bersiul. Tidak lama kemudian, muncullah seorang pelajar perempuan yang bertudung labuh masuk ke dalam kelas sambil menundukkan kepalanya. "Perghh, macam ustazah baii" "Pewwwittt, awak comellah. Nak nombor boleh?" Melihat pelajar lelaki yang sudah mula membuat bising itu, Puan Fatimah memukul meja guru dengan rotannya. Pangggg!!! Bunyinya cukup membuat seisi kelas terdiam tidak terkutik. Fuh, mahu lebam sebulan kalau terkena libasan rotan itu. "Baiklah pelajar, sila perkenalkan diri kamu" Pelajar perempuan itu kelihatannya sangat gementar sehinggakan tangannya menggigil. Kemudian, dia mengambil nafas panjang dan mula berbisik pada dirinya. "You can do this, Aisya!". Dia kemudiannya mula mengangkat kepalanya dengan yakin. "Hai semua, nama saya Aisya Humaira, boleh panggil saya Aisya. Saya berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Setongkol, Pahang" Puan Fatimah mengangguk sambil tersenyum. "Bagus, Aisya. Baiklah kelas, mulai hari ini, sila beri tunjuk ajar kepada dia dengan baik. Aisya, awak boleh duduk di meja belakang yang kosong itu" Aisya memandang meja kosong yang dikatakan oleh gurunya itu. Meja kosong itu bersambung dengan meja seorang pelajar perempuan yang sedang ralit menyiapkan tugasan sekolah. Aisya berjalan secara laju menuju ke meja tanpa memandang kiri dan kanan. Apabila dia menarik kerusi untuk duduk, pelajar perempuan di sebelahnya berhenti menulis. Dia kemudiannya memandang wajah Aisya dengan muka terkejut. "Oh, awak pelajar baharu ke? Maaflah saya tak dengar apa yang cikgu cakapkan di depan tadi, hehe" Kata pelajar perempuan itu sambil tersenyum ke arahnya hingga menampakkan lesung pipitnya. "Err, ya. Nama saya Aisya. Nama awak?" Aisya menjawabnya dengan suara yang perlahan. "Haa, awak boleh panggil saya Zara. Nama penuh saya Zara Aaliyah!" Ujar Zara dengan riang. Aisya hanya mengangguk sambil tersenyum tipis. Dia kembali menghadapkan badannya ke arah papan putih dan mulai fokus. Tanpa diketahui Aisya, Zara memandangnya sambil menghembuskan nafas yang panjang. "Akhirnya kita berjumpa lagi, Aisya Humaira."

Takdir Yang Menemukan KitaWhere stories live. Discover now