bab 11

4.5K 272 52
                                    


"Abang, macamana ni bang? Apa kita nak buat bang?" Kata Puan Nurain apabila melihat suaminya hanya terkaku setelah membaca nota berkenaan.

Suaminya masih lagi termenung sambil melihat nota itu. Matanya ditutup perlahan-lahan menahan gelodak hati. Keluhan kasar dihembus.

"Abang, abang jangan macam ni bang. Kita kena lakukan sesuatu bang. Kesian anak kita bang," puan nurain menggoyangkan tangan suaminya perlahan.

"Abang ni memang ayah tak guna kan sayang. Abang langsung tak dapat lindung satu satunya anak kita. Abang menyesal ikut cakap datin tu. Abang menyesal," encik taufiq menangis teresak esak.

Encik taufiq memegang tangan anaknya erat. Dia merasakan dirinya gagal menjadi seorang ayah yang baik. Dia gagal menjadi seorang hero dan pelindung kepada anak perempuannya itu.

"Abang," air mata puan nurain mengalir lebih deras apabila mendengar keluhan dari suaminya itu. Dia juga merasakan yang dia bukannya ibu yang baik untuk anaknya.

Dengan lemah lembut puan membuang tudung anaknya itu sambil menangis. Terduduk puan apabila melihat dengan jelas lebam di leher anaknya. Seperti seseorang sengaja berbuat demikian.

"Abangg! ," tangisan puan nurain semakin kuat. Encik taufiq yang sedari tadi menunduk segera melihat kearah leher anaknya.

"Ya allah, sofeaa. Apa dah jadi ni nak," lekas encik taufiq memeluk sofea. Dia tidak tegar melihat anaknya dalam keadaan yang sedemikian. Terdapat kesan cekikan di leher anaknya.  Berwarna ungu terang.

"Abang, saya rasa lebih baik kita telefon datin mirda. Adam makin lama makin teruk bang. Nasib baik anak kita masih bernyawa walaupun keadaan teruk sebegini. Saya tak tahu apa akan jadi kalau kita terus biarkan adam tu bang,"

"Abang tak tahu ain, abang tak tahu apa yang abang perlu buat," encik taufiq mengeluh berat. Sesungguhnya dia kasihan akan anak perempuannya itu, namun dia juga tidak berani untuk mengadu kepada datin mirda. Dia takut dia sekeluarga akan disalahkan walaupun itu bukan salah mereka.

"Abanggg, sampai hati abang. Abang tak nampak ke keadaan anak kita ni bang," puan nurain memukul bahu suaminya seakan kesal dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Seperti berputus asa untuk berjuang demi anaknya sendiri.

"Abang tak mampu sayang. Diorang berkuasa, abang tak mampu," semakin kuat esakan puan nurain kedengaran.

"Kalau abang tak sayangkan anak, tak perlu la abang telefon dia. Saya sayangkan anak saya, saya kandungkan dia dab saya yang besarkan dia. Saya tak sanggup tengok dia macam ni. Kalau abang tak mahu, biar saya sahaja yang telefon," kata puan nurain marah.

Telefon jenama oppo segera diambil. Nama datin mirda dicari di kenalan telefonnya namun encik taufiq segera menghentikan tindakannya. Encik taufiq menggeleng, tidak membenarkan.

"Lepass, biar saya je telefon dia. Biar saya tanggung semuanya. Lepass saya cakap," puan nurain segera meronto ronta apabila suaminya memeluknya erat serta menjauhkan telefon tersebut daripadanya.

"Abang jahat. Abang tak sayangkan sofea! Tak sayangkan saya!" puan nurain menjerit lantang beremosi.

"Abang sayangkan kamu berdua. Percayalah sayang. Nanti kalau keadaan makin teruk. Abang janji abang akan telefon datin mirda. Abang janji sayang," encik taufiq mengucup dahi isterinya berulang kali, mahu meredakan marah yang dirasakan isterinya ketika ini.

"Nak tunggu keadaan teruk macam mana lagi bang. Anak kita hampir mati bang. Mati!"

"Sayang, dah lah. Abang janji sayang. Abang janji," tangisan puan nurain makin reda setelah mendengar suaminya berulang-ulang menjanjikan benda yang sama. Dia percayakan suaminya. Suaminya ini tidak pernah mungkir janji dengannya. Semoga semua masalah ini diselesaikan dengan baik.

King Control Boy (Dibukukan)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang