bab 4

7.3K 302 6
                                    

Sesampainya aku dan marisa di restoran yang dijanjikan, mata kami disajikan dengan gerangan dua orang lelaki tampan yang sedari tadi menunggu kami. Marisa menarik tanganku kearah mereka. Senyuman paksa aku ukir kepada mereka berdua. Marisa duduk disebelah lelaki yang memakai baju berwarna maroon itu.

Mahu atau tidak, aku terpaksa duduk di sebelah lelaki yang aku tak kenal itu. mahu saja aku menjerit tak puas hati. 

"Sorry, kitaorang lewat sikit," kata marisa dengan sopan. Mahu saja aku muntah disitu. That's totally  bukan perangai kawanku. Mungkin dia sudah tertarik dengan lelaki disebelahnya itu, lalu ditunjukkan perangai fakenya itu.

"Owh,takpe. Kitorang pun baru je sampai ni." balas orang sebelahnya sambil tersenyum menggoda.

"Hehe, perkenalkan nama i marisa, and this is my friend,  sofea,"

"Beautiful name for beautiful lady," balas lelaki disebelahku sambil berpaling kearahku, namun cepat cepat aku berpaling ke arah marisa. Dapat kulihat marisa tersenyum segan. Agaknya dia suka apabila jejaka itu memujinya.

"Hahahhaha, okey. I pulak nak perkenalkan diri. Nama i  Muiz and budak mulut manis tu nama dia Putra" balas Muiz sambil menyambung gelak.

"Nice to meet you guys. ok before kita continue borak ni kan. I nak cakap yang, perempuan yang sepatutnya datang sini. Dia tak jadi datang sebab ade emergency " terang marisa sambil tersenyum manis.

"owhh, so, dia ni pengganti perempuan tu la kan?" tanya putra.

"malangnya tak, dia just teman i je. by the way, kawan i ni dah berpunya tau. So, korang takde peluang ye,ahahh" terang marisa lagi. Dia tergelak sebaik sahaja melihat muka kecewa putra.

Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya mereka tau status aku. Dari tadi aku tidak selesa dengan pandangan lelaki sebelahku ini. Bagaikan mahu mengayatku menjadi kekasihnya.

"Alaa, baru ingat nak ngorat. Hehe" muiz dan marisa gelak tak hengat.

Pelayan datang ke arah kami untuk menghidangkan makanan yang dipesan oleh muiz dan putra sebentar tadi. Kami mula menjamu selera sambil berborak tentang pelbagai hal. kadang kadang aku turut menyampuk perbualan mereka. Ternyata mereka ni tidaklah membosankan sangat.

......................................................................................................................................................

Selepas makan, kami bercadang mahu berjalan sekitar 'mynana' mall . Muiz cadangkan yang kitorang berpecah kerana Muiz mahu membeli barangnya dan mahu marisa menemaninya. Tanpa berlengah lagi, marisa terus bersetuju tanpa berbincang denganku.

'Dasar perempuan gedikkk!' Aku teriak dalam hati. Kecik besar kecik besar je aku tengok marisa sekarang ni.

Mukaku sudah bertukar masam  kerana terpaksa berjalan bersama putra.  Aku hanya diam membisu memikirkan kemungkinan aku bertembung dengan rakan sekolah atau lebih malang dengan adam sendiri. Aku tak mampu memikirkannya lagi. Aku mengeluh perlahan.

"You tak suka eah keluar dengan I?" tanya putra.

"takdelaa" balasku sepatah.

'Dah tau tanye lagi,' bisik hatiku perlahan. Aku hanya pandangnya sekilas.

"Dari riak wajah you pun I tau laa. You memang tak suka jalan dengan I kan? Atau you takut boyfriend you nampak?" Tanya putra.

"Hurmm, dah tau kenapa tanya lagi," kataku malas mahu berselindung.

"Hurm, habis tu you tak sudi laa nk kawan dengan I?"

"Look, I bukan tak sudi tau. Tapi dari cara you pandang I, perlakuan you, nampak sangat you suka kat I . I tak nak bagi you harapan palsu," kataku lagi berterus terang.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now