bab 6

8.3K 303 27
                                    

Mataku dibuka perlahan-lahan. Rasa kantuk yang menjengah aku biarkan. Sebaik saja aku membuka mata, dapat ku lihat di luar tingkap, hari kian makin gelap.

Aku pegang rambutku perlahan. Kosong . Bibir diketap kuat. Sudah banyak kali aku memberi pesan pada adam, jangan sesekali membuka tudungku. Namun, ianya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sungguh degil.

Dia selalu menganggap yang aku miliknya yang kekal, jadi soal auratku langsung tidak dipedulikan.

Aku bangun dari katil lalu aku hampiri tudungku. Cepat cepat aku pakai, lalu tombol pintu aku pulas.

Namun, pintu tidak dapat dibuka. Aku mula gelisah. Beg tangan aku cari, namun tiada. Mataku mula berair memikirkan keadaanku ini.

"Adamm, adammm! .. bukak pintu ni adam!" Pintu ku ketuk berkali kali namun adam masih tidak menyahut.

"Adammmmmmmm! Bukakkkkkkkkkk. Adam tolong laa, saya janji takkan keluar dengan lelaki lain lagi. Adammmm!!!," aku menangis lebih kuat. Panggilanku tiada sahutan.

Setelah beberapa kali aku mengetuk pintu, aku mengalah. Aku yakin adam tidak akan membuka pintu ini.

Tapi, kemana adam pergi? Kenapa dia tidak menyahut ketika dipanggil? Dimana dia?

Aku segera pergi ke arah tingkap. Dapat kulihat di kanan kiri, dipenuhi dengan hutan tebal. Aku meneguk air liur kasar. Tiada kereta yang lalu lalang di kawasan itu. Kereta adam pun tiada di parking.

Aku terduduk. Memikirkan aku ditinggal keseorangan di dalam rumah ini. Lutut kupeluk lalu tangisan keluar tanpa henti. Aku menyesal, menyesal kerana meminta untuk memutuskan hubungan dengannya.

Sepatutnya aku tahu, yang adam tidak boleh dibantah langsung dan barannya tidak dapat dikawal. Aku kecewa. Kecewa dengan adam. Beginikah cara seorang lelaki menunjukkan rasa cintanya pada aku? Dengan memarahiku, lantas mengurungku?

Aku bencikan adam. Aku menyesal kenal dengannya. Tangisan ku masih lagi tidak berhenti mengenangkan adam.

"Jahat, adam jahatt, huahhh," aku meraung sekalian kalinya.

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Bunyi cengkerik yang kuat membangunkan aku yang sedari tadi penat menangis. Aku segera bangun lalu memetik suis lampu. Namun, tidak menyala. Keadaan yang gelap ini, menyukarkan pergerakanku.

Suis kipas pula ditekan, namun kipas juga tidak berpusing.

"Dasar lelaki kedekutt," kataku perlahan. Aku pasti yang adam sengaja mahu mengurungku disini. Semestinya bekalan suis utama sengaja ditutup, mahu memberikan ketidakselesaan kepadaku.

Mungkin baginya hukuman ini sesuai untukku. Walaupun agak takut dengan persekitaran sekarang, aku cekalkan diriku. Aku akan buktikan pada adam, macamana berat hukuman pun yang diberikan kepadaku tidak akan melunturkan semangat aku untuk berpisah dengannya. Tekadku.

Buat seketika, hati dijengah dengan perasaan benci pada adam. Aku tidak sukakan kehidupan sebegini.

Semua rutin harianku diatur oleh adam. Jarang sekali aku tidak bersamanya. Dia hanya akan menghantar aku ke rumah di malam hari. Di waktu siang, aku wajib menemani kemana sahaja dia pergi. Dia tidak pernah kisah dengan perasaan ibubapaku. Anaknya diusung kesana kemari tanpa diberikan keizinan.

Memikirkan ibu bapaku, air mataku kembali mengalir. Mesti mereka risau akan keberadaanku sekarang. Kalau laa aku boleh keluar dari rumah ini, sudah lama ku pulang ke rumah lantas mendakap ibubapaku. Ingin keluahkan segala keluh kesah yang kurasakan sekarang ini.

Mereka pasti faham tentang keadaanku ini.

"Mamaaaaaa, papaaaaa," air mataku mula mengalir lebih laju. Sungguh, perasaan takut makin lama makin menghantui tika ini.

"Krukkkk krukkkk," aku mengusap perutku perlahan. Aku mengetap bibir.

"Dah laa kene kurung, pastu lapar pulak. Dia memang nak aku mati kat sini ke apa?" Jerit ku tak puas hati. Aku mengelap air mataku perlahan.

Tangan mengusap perut untuk menghilangkan rasa lapar. Mataku dipejam, cuba meraih saki baki semangat yang aku punya. Mulutku sedari tadi berkumat kamit membaca pelbagai surah dan selawat untuk menenangkan hati yang tidak tenteram.

Tiba tiba pintu dari luar terbuka kuat membuatkan aku berdebar lagi hebat. Kehadiran seseorang yang tak dapat ku kenali. Hanya dapat melihat susuk tubuhnya yang seakan lelaki.

"Ss siapa tu? " tanya ku dalam keadaan takut. Kelibat lelaki itu semakin lama semakin menghampiri ku membuatku mengengsot ke dinding. Perasaan takut serta gemuruh benar benar membuatkan ku ingin pitam.

"Aaaaaa," jeritku kuat. Dapat kurasakan satu tangan menggenggam erat lenganku tika ini. Tangisan yang kuat kedengaran. Hanya nama allah je yang terlintas difikiranku sekarang.

"Heyy, kau pehal ni?"

"Adam?? Adam ke ni," tanyaku. Tanganku meraba mukanya. Memang itu adam. Dapat kurasakan matanya merenungku sayang. Hatiku mengeluh lega. Mahu sahaja aku memeluknya tika ini. Namun, dek kerana perasaan geram. Aku mengengsot kebelakang.

"Buat apa datang sini? " kataku seraya menjelingnya.

"Saja, lawat awek aku. Macamana? Seronok duduk sini?," tanya adam mengejek.

"Seronokkkkkkk sangatttt," balasku. Aku bangun dari dudukku lalu menuju ke arah pintu. Sempat aku langgar tubuh adam perlahan tanda geram.

Baru berapa langkah diambil, adam segera memegang tanganku erat. Aku cuba melepaskan tangan ku dari genggamannya. Namun, makin erat dia genggam tanganku.

Aku mengeluh perlahan. Dasar diktator.

Setibanya di kereta adam, aku segera melepaskan genggaman lalu menuju ke arah pintu belakang kereta . Belum sempat aku masuk, aku diheret ke pintu depan lalu adam memaksa ku masuk ke dalam kereta.

Pandangan matanya yang tajam membuatkanku akur. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan tanganku masih erat dalam genggaman tangan adam.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now