"Thanks."

"Sama-sama, bos." Gadis itu pun berlalu pergi.

Kini, Alisa hanya mampu menjatuhkan pandangannya ke bawah, sedang memikirkan apa nasibnya selepas itu. Dia dapat membayangkan lelaki di hadapannya itu sedang mentertawakannya. Huhu.

Kepalanya diangkat semula selepas lelaki itu berlalu pergi. Wajahnya yang terasa berbahang ditekup dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Apa aku dah buat ni?" Habislah dia hilang kerja lagi. Tahun ni dah banyak kali tau dia tukar tempat kerja.

.

"Alisa."

"Ya, Puan Kartini," sahutnya dengan sopan. Puan Kartini ialah 'manager'nya. Jadi sebagai pekerja bawahan, semestinya dia harus bersopan walaupun kadangkala dia rasa menyampah dengan sikap Puan Kartini yang suka merendahkan orang lain.

"Ikut saya," arah Puan Kartini, macam biasa dengan nada yang dingin.

"Err... Nak pergi ke mana?" soalnya, ragu-ragu mahu menurut perintah Puan Kartini.

Puan Kartini menyilangkan tangan dan memandang Alisa dengan wajah bengis. Itu tandanya dia sudah hilang sabar. Alisa terpaksa menurut tanpa banyak bicara.

Alisa menyimpan mop yang dipegangnya sebelum dia mengikut Puan Kartini masuk ke dalam lif yang membawa mereka naik ke tingkat lapan. Pada ketika itu, Alisa mulai berasa tidak sedap hati.

Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang tertulis 'CEO'. Mata Alisa membesar. Bilik CEO? Kenapa dia kena pergi sini?

"Masuklah," arah Puan Kartini.

"Puan Kartini tak masuk sekali ke?"

"Oh. Saya takde urusan dengan bos. You do so please..." Puan Kartini mengetuk pintu sebelum menguak daun pintu itu agar terbuka luas.

"She's here," ujar Puan Kartini kepada sesiapa saja yang berada di dalam bilik itu.

Alisa terpaksa memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam. Dari jauh dia dapat melihat seorang lelaki duduk di satu meja panjang yang dipenuhi kertas, fail dan barangan lain. Sekali pandang, meja itu memang penuh berselerak sehingga permukaan meja itu langsung tidak kelihatan.

Dia sempat menghela nafas berat apabila sedar lelaki yang sedang berada di dalam bilik CEO itu adalah lelaki yang sama berselisih faham dengannya semalam.

Huh. "Encik panggil saya ke?"

"Yes, you. Meja ni dah macam tempat pembuangan sampah. Aku nak kau kemas. Klien aku nak datang sini. Aku tak nak dia tengok pejabat aku macam ni. Kemas secepat yang mungkin. Jangan buang apa-apa yang ada kat atas meja ni. Kau kemas letak tepi elok-elok," lelaki itu berkata sebelum dia duduk di satu meja yang terletak di sudut lain pejabat itu.

Berkelip-kelip mata Alisa memandang meja yang berselerakan itu.

"Hello? Kau dah bertukar jadi batu ke?" perli lelaki itu.

Alisa menyedarkan diri sendiri. Terkulat-kulat dia memulakan kerja mengemas meja itu. Dalam hati dia menggerutu, macamlah takde pekerja lain selain dia. Mamat ni memang sengaja ke apa?

Dia mengumpulkan fail di satu tempat tapi entah kenapa fail itu sentiasa jatuh setiap kali dia meletakkan satu lagi fail di atasnya. Hesy. Nampak macam orang yang cuak betul dia ni.

"Kertas ni nak buang ke?" tanya Alisa kepada lelaki itu sambil mengangkat kertas yang panjang dan lebar itu. Di atas permukaan kertas itu ada beberapa lakaran daripada pensel yang tidak jelas di matanya.

"Apa aku cakap tadi?"

"Oh. Sorry. Lupa."

"Kertas-kertas macam tu kau masukkan dalam kotak silinder. Ada kat situ. Kau carilah sendiri," balas lelaki yang belum Alisa ketahui namanya itu.

Alisa melilaukan pandangan di atas meja itu namun kotak silinder yang dikatakan oleh lelaki itu tidak dilihatnya di mana-mana. Akhirnya, dia berjaya menjumpainya setelah berpusing mengelilingi meja itu.

Lelaki itu menggelengkan kepala melihat perilaku Alisa. "Dah berapa lama kau kerja kat sini?" tegurnya.

Alisa menoleh ke tepi. "Hah?"

Dia memutarkan bola matanya ke atas. "Huh. Susah betul nak cakap dengan orang pekak ni. Dah berapa lama kau kerja kat sini?"

Alisa mengecilkan matanya. Mamat tu cakap dia pekak? "Oh. Sorry. Saya fokus sangat buat kerja sampai tak dengar apa yang encik cakap. Saya baru seminggu... Eh, dua minggu macam tu kerja kat sini," balasnya.

"Fail tu kau bagi sini," pinta lelaki itu.

"Fail ni ke?" Alisa mengangkat fail yang dipegangnya tinggi sedikit.

"Yes. Fail tu."

"Okey." Alisa berjalan menghampiri meja lelaki itu. Barulah pada ketika itu dia ternampak satu nama yang terukir pada satu blok kayu. Ryan Andrean. Nama mamat ni kot. Takkanlah nama orang lain, gumamnya dalam hati.

"Nah." Fail itu diserahkan kepada lelaki yang bernama Ryan itu.

"Thanks. By the way, apa yang kau buat pagi tadi, aku tak suka. It's very childish and disrespectful. Aku nak kau minta maaf."

Alisa buat-buat blur. "Minta maaf? Tapi encik tahu saya buat semua tu sebab apa kan? Encik yang buat salah dengan saya dulu. Lagipun saya rasa saya tak buat salah apa-apa dengan encik," bidasnya. Dia bernekad tidak mahu meminta maaf selagi dia rasa semua tu bukan salah dia. Lagipun setakat benda tu apalah sangat sampai perlu nak minta maaf. Rasanya perbuatan dia itu tidak akan membawa kemudaratan pun. Jadi tidak perlu untuk meminta maaf.

Ryan yang sedikit terkejut dengan reaksi daripada Alisa itu menaikkan kening kirinya. "Tak buat salah apa-apa?" Rahangnya diraup. "Aku rasa kau perlu fikir balik kut apa yang kau buat. Kau dah disrespect aku. Tak pernah lagi pekerja bawahan aku disrespect aku sampai macam tu sekali. Kau tak sedar ke?"

"Saya buat apa yang saya rasa betul je. Lagipun bagus apa saya bagi peringatan encik supaya encik tak buat lagi. Tak kesahlah atas alasan apa sekalipun. Saya hampir kemalangan disebabkan encik tau."

"I can't see there's a big problem. It's just a small mistake. I was in hurry sebab aku ada meeting kat luar negeri. Cun masa tu fail penting tinggal kat pejabat," jelas Ryan, sedikit menyampah.

Alisa menghentakkan kakinya di atas lantai. "Fine. Salah saya. Orang yang bertaraf tinggi macam encik sentiasa betul. Orang yang bertaraf rendah macam saya ni sentiasa salah."

Ryan terpempam, tidak sangka Alisa akan berkata sedemikian. Dia membiarkan saja Alisa kembali semula ke meja tadi untuk mengemas sisa kertas yang tertinggal di atas meja itu.

Huh. Pandai betul minah ni membalas, getusnya dalam hati.

Dia berdehem. "Aku tak cakap pasal taraf pun. Cuma aku tak boleh terima kalau ada orang tak hormat aku," ujarnya dengan nada perlahan.

Senyap.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now