"Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap!"
"No! Abang yang kena dengar dulu sepatutnya! Abang dah buat kepercayaan Hani terhadap abang hilang! Abang sedar tak apa yang abang buat selama ni?!"
Fateh mengeluh. Ya, dia memang sedar apa yang dilakukan olehnya. Dia tahu perkara itu dosa. Namun, dek kerana geram dan marah menguasai dirinya, dia mengambil tindakan drastik itu.
Air mata Hani pula masih setia mengalir di pipinya. Tidak dia sangka, insan yang paling dia sayang selama ini, insan yang dia hormat sebagai suami telah membuatkan kepercayaan terhadapnya terus hilang. Kini, hanya kesedihan yang menguasai dirinya.
"Jadi kau nak kata apa yang mak dengan bapak kau buat tu betul..."
Sebelum Fateh menghabiskan ayatnya, Hani sudah menyampuk.
"Saya tak kata apa yang diorang buat tu betul. Ya mereka salah tapi abang tak sepatutnya..."
"Jadi kau nak kata aku salah? Eh apa masalah kau sebenarnya?!"
Kecil sahaja Hani memandang Fateh kini. Terus kolar baju suaminya ditarik rapat dengan menggunakan kedua-dua tangannya.
"Abang tanya apa masalah Hani? Masalah Hani sekarang ni..abang! Abang yang tak faham Hani sekarang ni..."
Suaranya mula berubah menjadi sayu. Terus dia terduduk dalam lantai dengan air mata berjuraian di pipinya. Fateh pula hanya tercegat di situ, melihat perlakuan isterinya dengan pandangan sedih.
"Hani tak kata apa yang diorang buat tu betul. Dan Hani tak akan cakap apa yang abang buat tu betul. Sepatutnya, abang harus bagitau Hani tentang hal ni. Kalau ya pun abang nak balas dendam..abang boleh je bunuh Hani..bukan keluarga Hani! Walau apapun, abang tak sepatutnya buat macam tu! Mereka satu-satu keluarga yang Hani ada selama ni!"
Esakan Hani semakin kuat. Apabila teringatkan keluarganya, hatinya mula terasa sebak. Dia rindukan keluarganya. Dan kini dia hanya berseorangan. Tanpa sesiapa.
"Abang tau tak..sekarang ni Hani dah sebatang kara. Dah takde siapa-siapa untuk Hani..."
Fateh tersenyum sinis. Entah apa yang rasuknya, tiba-tiba, rambut isterinya dicengkam sehinggalah Hani terbangun dan meraung kesakitan.
"Kau rasa sakit? Kau rasa perit? Bagus. Baru puas hati aku! Kalau kau nak tau..selama ni AKU pun rasa macam tu. Dah takde siapa-siapa untuk AKU masa tu! Kau tak tak?!"
Terus rambutnya dilepaskan sehingga Hani terjatuh ke arah katil. Mujurlah jatuh di katil, kalau tidak lagi satu rahsia akan terbongkar.
Fateh meraup wajahnya. Entah kenapa, tiba-tiba perasaan marahnya mula memuncak. Entah bagaimana dia cederakan isterinya padahal dia tidak bersalah dalam hal ini. Hani yang duduk atas katil didekati. Hatinya mula menjadi sayu apabila melihat isterinya yang menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak. Tempat kosong di sebelah Hani dijadikan tempat untuk dia duduk.
"A..aku minta maaf..Aira. Aku..tak sengaja. Pandang aku.."
Kedua-dua tangannya diletakkan di pipi Hani dan ditarik ke arahnya untuk menghadapnya. Fateh berasa pelik apabila kedua-dua pipi Hani terasa panas.
Baru sahaja ingin membuka mulut, tiba-tiba, Hani terjatuh dalam pangkuannya. Fateh sudah cemas. Pipi isterinya ditepuk berkali-kali. Tangannya turun ke leher Hani. Matanya membulat apabila suhu badan Hani sudah panas.
Terus dia mencempung tubuh isterinya yang lemah dan keluar dari bilik itu. Kunci kereta dicapai sebelum dia keluar dari rumahnya, untuk menuju ke hospital.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Tercipta Satu Takdir [HIATUS]
RomanceJebat Fateh Iskandar❤️Nurul Hani Umairah Siapa sangka, pertemuan yang tidak menyenangkan adalah titik permulaan kisah mereka? "Lain kali..jalan tu berhati-hati, bukan main langgar je!" "Encik..saya minta maaf sangat. Saya tau saya yang bersalah dala...
![Kerana Tercipta Satu Takdir [HIATUS]](https://img.wattpad.com/cover/246651298-64-k140592.jpg)