"Tak salah aku dalam seratus ribu won untuk setiap kelas" balas Jungkook.

"Kalau jual makanan?" soal Eunwoo.

"Aku rasa kalau makanan untuk kuantiti yang banyak, duit kita ada tak akan cukup, melainkan kalau kita beli bahan je, dan kita buat sendiri makanan tu. Tapi kalau nak pesan dari kedai dan kita jual, tak cukup" balas Jungkook.

"Kita masaklah" balas Chanyeol.

"Baiklah, siapa dalam kelas ni yang pandai masak?" soal Jungkook.

Dan, tiada langsung yang berani mengangkat tangannya. Takut masakkannya tidak sedap lalu tak laku untuk dijual.

Jungkook mengeluh kecil lalu berkata "idea lain"

"kalau kita jual air? macam buka kafe?" Nayeon memberi cadangan.

"Ah, tak boleh. Dalam drama banyak sangat buat macam tu, aku pasti banyak kelas dari tahun lain akan jual benda yang sama. Jadi peratus penjualan kita akan terjejas" balas Jungkook bersama fakta.

"Memandangkan, kelas sky pandai, kita buka kelas sejam setiap sesi tu mereka bayar untuk belajar" cadang Eunwoo.

"Aku tak rasa ada orang nak belajar kalau datang karnival" balas Minjung lalu mendapat persetujuan daripada beberapa orang lagi.

"Eh kejap, aku rasa aku ada idea" kata Jisoo yang membuatkan seluruh kelas memandang ke arahnya.

"Perasan tak, dalam kelas kita semuanya muka comel-comel?" soal gadis itu.

Memang bunyinya seperti memuji diri sendiri, tetapi secara jujurnya iya, memang semuanya mempunyai wajah yang menarik hati.

Jung Jaehyun bersama lesung pipitnya, Park Jimin bersama eye-smile nya, Park Chanyeol bersama mata bulat comelnya, Kim Taehyung bersama senyuman kotak menawannya, Kim Jisoo bersama mata comelnya, Son Chaeyoung bersama mata cantiknya, Im Nayeon bersama wajah comelnya.

Jeon Jungkook bersama wajah kacaknya dan Kim Minjung bersama pipi comelnya.

"Jadi?" soal Jungkook.

"Kita buat dating service" balas Jisoo sambil mengukirkan senyuman.

"Ok, bunyi menakutkan tapi teruskan, aku rasa idea tu menarik" ujar Jimin.

"Ok macam ni, kita tahu ramai orang tak pernah ada teman lelaki atau wanita. Jadi kita buat servis 15 minit jadi teman lelaki atau wanita mereka setiap 15 minit tu, kita cas harga kepada mereka" kata Jisoo.

"Macam mana kalau dia nak sama jenis dengan dia? weh takut!" balas Nayeon.

"Kita buatlah syarat siap-siap, tak boleh sama jantina, tak boleh minta nombor telefon, tak boleh cium, peluk atau sentuh tanpa kebenaran kita" kata Jisoo.

Jungkook menarik nafas dalam sebelum bertanya

"Siapa setuju, angkat tangan" 

"Ah, kita semua dah tak ada masa dah, masak tak pandai, karnival pula lagi tiga hari" kata Minjung.

Perlahan-lahan seluruh kelas itu mengangkat tangan mereka ke atas.

"Baiklah, kita semua akan teruskan dengan dating-service, Kim Jisoo dan Park Chanyeol, siapkan project brief dengan policy brief nanti bagi dekat aku. Park Jimin buat tempahan bunga. Jung Jaehyun dan Kim Taehyung buat pelan perbelajaan, kumpul semua resit nanti dan buat pengiraan untuk pastikan kita tak rugi, tetapkan harga juga untuk setiap 15 minit" kata Jungkook.

"Im Nayeon buat tempahan coklat, design coklat tu tunjuk dulu dekat aku" katanya lagi.

"Habis tu aku buat apa?" soal Minjung.

"Kau ikut aku, kita akan pergi kedai elektronik untuk beli walkie-talkie, GPS, timer dan kad ucapan" balas Jungkook.

"Ah, kenapa aku kena ikut kau pula?" soal Minjung.

"Wae? ada sesiapa lagi ke tak puas hati dengan kerja korang?" soal Jungkook kepada seluruh kelas tetapi matanya hanya tertumpu kepada Minjung.

Tiada siapa membalas tandanya mereka ok sahaja.

"See? semua ok je, kau tu kenapa?" soal Jungkook sambil mengukir senyuman sinis.

"Ah! iya lah!" balas Minjung.

"Sambil-sambil tu kita berdua boleh berlatih cara untuk menjadi teman  lelaki dan wanita nanti"

"betul tak Minjung?" soalnya sambil memberikan senyuman  mengusik.


TBC

Boleh bayang tak next chap bertapa sawitnya mereka. Ah, maaflah cerita ni cliche aku harap korang ok. Ke tak ok?


Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now