🌹Bahagian Akhir🌹

Start from the beginning
                                    

"Maafkan Mel ya sayang. Mel marah-marah Faliq sesuka hati Mel. Mel dah nusyuz dengan Faliq sebab tinggikan suara dekat suami tercinta Mel ni. Kalau Fal nak marah saya balik, awak marah ajelah."

Faliq tertawa halus. Alahai, comelnya Melati memujuk. Melati yang merajuk Melati jugalah yang nak pujuk dia balik. Ada-ada ajelah Melati ni. Dibantunya Melati bangun dan bersandar di belakang kepala katil. Faliq bangun dari duduk. Mahu mencapai segelas air buat Melati tapi tangkas, Melati tarik tangannya agar dia duduk di sisi perempuan itu. Terus saja dia dapat pelukan hangat daripada Melati.

"Sayang, saya tak marah dekat awak pun. Memang patut awak marah dengan saya sebab saya tuduh awak buat benda yang bukan-bukan. Saya cemburu sangat tengok awak dengan lelaki lain. Saya minta maaf ya sebab terbawa-bawa dengan masalah kerja lepas tu lepaskan dekat awak dengan anak kita ni." Sekali lagi tangan Faliq merayap di perut Melati. Perempuan itu hanya merenung anak mata bundar Faliq. Terus dicubitnya kuat pinggang Faliq sekuat hatinya, ingat dia punya marah tu dah hilang ke?

"Mel... apa ni main cubit-cubit. Janganlah marah-marah lagi ya sayang, nanti anak kita jadi panas baran awak nak?"

"Awaklah tuduh saya yang bukan-bukan. Buat saya menangis lagi. Lepastu entah dengan perempuan mana yang awak jumpa tu. Bukan main lagikan bergelak tawa dengan perempuan tu. Dahlah baju tak cukup kain. Saya tahulah dari zaman sekolah lagi saya ni yang terhegeh-hegeh dengan awak. Perigi mencari timba. Mungkin awak dah bosan ya hidup dengan saya? Sebab tu awak..." Melati mati kata bila Faliq letakkan jari telunjuk di depan bibirnya. Hanya pandangan mereka yang bersatu tika itu.

"Melati, perempuan tu bukan sesiapa pun sayang. Dia cuma klien saya je dan waktu tu saya berbincang dengan suami dia. Mungkin sebab tempat tu terlindung, awak tak nampak suami dia duduk sebelah dia. Awak cuma nampak saya dengan Puan Gina je. Saya tak pernah bosan hidup dengan awak. Sampai bila-bila pun hati saya ni cuma untuk Puan Melati Dahlia Melur seorang aje." Faliq genggam erat tangan Melati, dilekapkan tangan dingin isterinya itu di dadanya. Merah terus wajah Melati. Sebab cemburu tak bertempat dia orang berperang dingin.

"Ya eh?"

"Ya Mel. Tapi Mel, kenapa awak tak bagi tahu tak lama lagi orang baru akan hadir dalam hidup kita?"

Melati sengih. "Macam mana saya nak bagi tahu kalau awak marah-marah saya tak tentu pasal macam tu. Ingatkan nak kongsi masa tu juga tapi awak ni yang cari pasal. Kesian baby dalam ni. Terkejut bila abah dia tengking dia dengan mama dia macam tu. Dahlah sebelum tu abah dia macam nak tak nak aje layan mama dia. Kan baby. Baru padan muka awak bila saya dah merajuk. Siap bawa saya lari pergi Bali lagi."

Sekali lagi Faliq ketawa dengan kata-kata Melati yang mencuit hati itu. Dicubit-cubitnya pipi Melati yang sudah mengembung. Masih ada sisa rajuk rupanya isteri sengal dia ni.

"Ala, ok abah minta maaf ya baby. Baby dengan mama maafkan abah tak?"

Diam.

"Sayang..."

"Nak saya maafkan awak?" Melati peluk tubuh. Suka hatinya tengok Faliq manjakan dia macam budak kecil. Seronok sangat bila buat Faliq terseksa. Semua kemahuannya diturutkan sebab Faliq takut dia tambah merajuk. Ha tahu pun takut.

"Mestilah nak sayang. Kalau awak marah-marah lagi siapa yang nak buat perangai tiga suku lagi? Hurmm?" Diusap-usapnya pipi mulus Melati yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam. Garang.

"Awaklah pula yang buat tiga suku depan saya." Berkerut dahi Faliq dengan jawapan Melati itu. Hailah, memang sekali lagi Melati buat hal. Buat dia pening kepala.

"Kalau awak masih marah? Masih merajuk?"

"Awak pujuklah saya macam ni. Mesti saya tak marah-marah awak. Awak bawalah saya lari dari rumah tu. Hah, confirm hati saya terpujuk." Melati ketawa kecil.

"Amboi, kenakan saya lagi eh? Sampai hati awakkan kenakan saya macam ni. Saje nak putar belitkan keadaan. Siapa yang ajar ni Puan Melati?" Tambah galak tawa Melati bila pinggangnya sudah digeletek oleh Faliq. Mereka sudah sama-sama tertawa bahagia.

"Siapa lagi kalau bukan Faliq Ridhwan. Awakkan cinta hati saya yang ajar saya cara-cara nak buat hati orang terseksa. Ha padan muka, sekali lagi awak buat saya akan buat lebih teruk dari ni."

"Janganlah macam tu sayang, memang hati saya cukup terseksa bila awak layan saya macam tu. Ok, after this saya janji ni yang pertama dan yang terakhir saya tengking dan tuduh awak yang bukan-bukan. Tapi kita kena buang rasa curiga kita antara satu sama lain. Kurangkan rasa cemburu. Kalau tak... nilah jadinya," pesan Faliq.

Melati angguk. Dihulurkan jari kelingkingnya pada Faliq.

"Saya janji, saya tak akan cemburu dengan klien awak lagi."

Jari kelingking mereka akhirnya bertaut antara satu sama lain. Akhirnya, termeterailah janji indah di antara dua pasangan yang saling mencintai itu.

Diharapkan cinta mereka akan mekar sampai ke nafas yang terakhir. Betapa kuatnya jodoh di antara Melati dan Faliq. Ditakdirkan mereka bertemu dan saat pertemuan mereka itu mahu dilakarkan dengan keindahan mereka tiba-tiba terpisah sepuluh tahun lamanya. Namun dengan takdir Allah, jodoh yang sudah ditulis di Luh Mahfuzh akhirnya terikat dengan ikatan yang halal. Sesungguhnya, jalan cinta mereka begitu indah. Diwarnai dengan suka duka sebelum mengecapi alam kebahagiaan.

Tamat...

Berakhirlah sudah kisah santai, manis, pahit dan masam Faliq dan Melati 🌹

Terima kasih tau korang sudi baca karya lama Syaf ni ☺

Syaf nak tanya juga ni, karya ni ada elemen komedi tak bagi korang sebagai pembaca? Heroin dia menggatal sangat ke? 😆

Syaf tanya ni mana tahu Syaf tiba-tiba Syaf ada idea nak tulis karya baru bergenre komedi pula lepas ni 🤭

So nak tahulah juga Syaf ni jadi ke tak tulis genre komedi 😆 sebab kisah dalam karya ni ada elemen komedi melalui Melati yang tiga suku sebenarnya  ✌

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now