🌹Bahagian 10🌹

Începe de la început
                                    

Faliq terkedu. Kunyahannya juga sudah terhenti. Nasib baik dia tak tercekik tulang ikan dengan kata-kata tok wannya itu. Terkejut. Aduhai Melati dan kejutan berpisah tiada.

"Yalah tok wannya. Dah budak berdua ni kemaruk bercinta memanglah makan pun berselera. Maklumlah makan masakan orang tercinta. Ye kan cu?" tambah Pak Daud pula. Sengaja memancing reaksi Faliq yang masih tertunduk merenung semangkuk asam pedas itu.

'Takkanlah budak mental tu boleh masak sesedap ni? Siap bagi aura dekat aku pula tu. Tak guna punya budak.' Sempat lagi tu Faliq lepaskan geram sebab termakan masakan Melati. Malulah dia tok wan dengan Pak Daudnya sudah mula membahan dia.

"Ha diam pula dah. Tak nak tambah lagi ke asam pedas tu? Ke nak suruh Mel datang sini tuangkan untuk kamu? Bukan dekat tau Mel datang dari KL pergi Bagan Serai ni. Tambahlah lagi, jangan segan..."

"Tok wan, Mel buat apa datang sini?"

Tok wan mati kata bila kata-katanya sudah dipintas oleh Faliq. Pemuda itu sudah memandang wajah tok wannya dan Pak Daudnya silih berganti. Sudah cukup sudah, dia tak nak kena bahan lagi. Sudahlah dia asyik kena bahan dengan Rian. Sesuka hati kenenkan dia dengan Melati. Cukup menambahkan teka teki dalam hati dia je.

"Kamu tanyalah dia sendiri. Tadinya tok wan nak panggil kamu tapi dia cakap tak nak ganggu kamu. Dia cuma bagi asam pedas ni aje," jelas tok wan senada.

"Lepas tu dia pergi macam tu je? Tak ada cakap apa-apa pasal Fal ke?"

Kali ini, hanya senyuman daripada tok wan saja sebagai jawapan. Sekali lagi, Melati timbulkan beberapa persoalan dalam benak fikiran Faliq. Kedatangan yang mengejut dan sebab yang hanya Melati seorang saja yang tahu.

RENUNGAN tajam orang sebelahnya mematikan lamunan panjang Melati. Mereka sudah saling berpandangan antara satu sama lain. Terus Melati pula yang pergi renung muka Faliq lama-lama sebelum Faliq percikan air sungai ke wajah Melati.

"Dah puas renung muka aku?"

"Siapa renung muka kau? Aku renung pokok tu hah. Dah berkurun pokok tu terpacak dekat situ. Pokok kenangan yang menghubungkan aku dengan sungai dekat depan ni."

Melati cebik. Ingat dia tak perasan Faliq renung muka dia serupa dia ni penjenayah? Faliq dan ego berpisah tiada.

"Mel..."

"Apa?"

"Terima kasih."

Seketika, mereka saling berpandangan lagi. Bila dia tengok reaksi Faliq yang serius, dia kembali larikan pandangannya. Nanti tak pasal-pasal dia kena tengking lagi oleh Faliq. Nanti yang jadi mangsanya kotak tisu Tina juga. Tak nak dia. Serik dah nak menangis macam orang putus cinta. Eh, tapi bukan dia pernah putus harapan dengan Faliq ke? Boleh pula Melati lupa.

"Aku cakap terima kasih ni, kau tak nak balas sama-sama ke?"

Melati akhirnya tersenyum juga. Hailah, boleh pula Faliq tiru ayat yang selalu dia bagi dekat Faliq dulu. Memanglah Faliq ni, selalu buat dia rasa tenang. Masalah pun rasanya berlalu macam angin aje bila Faliq ada di sisi.

"Terima kasih untuk apa pula? Aku tinggalkan kau sepuluh tahun sepatutnya kau sambung aje marah kau tu. Sampai kau puas hati. Rasanya aku..."

"Kalau kau tak ada mungkin aku dah mati kot. Mati kekurangan darah. Terima kasih Mel, selamatkan aku waktu tu. Aku hargai jasa kau. Aku nak minta maaf sebab aku berdingin dengan kau waktu tu. Aku bersalah sangat bila aku tahu kau tunggu aku bangun sepanjang aku tak sedarkan diri dulu. Terima kasih Melati Dahlia Melur," ujar Faliq dengan nada suara yang tenang. Tiada lagi kekasaran terbit daripada pemuda itu.

Melati tergamam buat seketika. Berkerut terus dahinya bila perkara itu sudah sampai ke pengetahuan Faliq. Rasa nak pergi tumbuk Rian pun ada juga pergi bongkarkan rahsia dia orang.

"Faliq... kau kena tikam sebab tolong aku. Aku yang sepatutnya ucap terima kasih sebab jadi hero aku lagi setelah sepuluh tahun berlalu. Kalau bukan sebab kau... mesti aku dah hilang punca kalau barang-barang penting dalam beg aku tu hilang. Aku buat semua tu sebagai tanda penghargaan aku untuk kau je Fal. Dahlah, aku tak nak ingat benda tu lagi. Sakit tau jiwa aku bila aku tengok kau cedera teruk macam tu," ujar Melati.

Tak semena-mena, kedengaran ada tawa halus daripada Faliq. Melati rasa nak tolak Faliq dekat sungai tu juga lepaskan rasa geram dia bila Faliq jadikan kata-katanya sebagai bahan ketawa. Ingat kelakar ke?

"Kenapa kau gelak? Aku serius ni!"

"Sayang juga kau dekat aku," jawab Faliq bersama segaris senyuman di bibir.

Melati tarik satu nafas panjang. Mereka sudah saling berbalas senyuman antara satu sama lain. Bahagia aje yang dirasakan saat ini.

"Sejak sepuluh tahun yang lalu lagi aku dah mula sayangkan kau Fal. Kau je yang tak sayang..."

"Siapa cakap aku tak sayangkan kau? Aku tak ada cakap kan?"

"So maksudnya kau pun sayangkan akulah? Ye Faliq?"

Diam.

Faliq kembali buang pandangannya dari terus menatap laman wajah Melati. Nasib dialah jatuh cinta dengan budak perempuan yang mental macam Melati ni. Tak ada rasa malu langsung dalam hati. Dia pula yang rasa malu lepas bagi hint dekat Melati. Macam manalah agaknya kalau dia orang menikah nanti ya? Jauh sangat pemikiran Faliq tika ini.

"Faliq. Jom kahwin dengan aku. Aku dah bagi tahu mama aku suruh datang meminang untuk kau. Kahwin dengan aku eh? Kau sudi kan jadi suami aku?" 

Tatkala itu, Faliq sudah tergamam dengan kata-kata spontan yang terbit daripada Melati. Dia kena lamar dengan Melati? Tak rasa nafas sendiri dibuatnya bila Melati yang mahu meminang dia. Tak pernah dia tengok lelaki kena pinang dengan perempuan. Rare punya Melati. Dipandangnya wajah Melati yang sudah tersenyum lebar itu. Duhai Melati, memanglah selalu berfikir di luar kotak.

Bersambung...

Thanks guys sudi baca 😊 harap korang enjoy cerita yang tak seberapa ini 😃

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum