8

70 3 0
                                    

"Akak nak pinang Umay untuk Abang Farish."

Sumayyah tergamam. Lidahnya kelu tidak terkata. Permintaan yang tiba-tiba dari Aisyah. "Umay, akak serius. Akak memang nak Umay jadi isteri kedua abang Farish. Madu Akak. Akak ikhlas." Tangannya masih lagi erat menggenggam tangan Sumayyah. Sejak pertama kali akak terpandangkan Umay, akak tahu yang Allah dah hadirkan Umay untuk menjadi sebahagian dalam jalan cerita hidup kami." Sumayyah masih lagi terkedu. Tidak tahu respon apa yang seharusnya dia beri.

"Umay, akak tak paksa, cuma akak yakin yang kehadiran Umay dalam hidup akak adalah takdir dari Allah. Sekurang-kurangnya bila akak dah tak ada nanti, Umay akan akan ada di sisi abang Farish sebagai pengganti akak."

"Akak, kenapa cakap macam tu? Umay yakin yang akak akan sihat macam biasa dan tak ada sesiapa yang akan gantikan akak untuk abang Farish." Ujar Sumayyah. Dia masih belum tahu yang Aisyah menghidap kanser. "Umay sendiri suka tengok korang berdua. Manis sangat,  jadi kenapa akak nak orang lain ambik tempat akak? " Soal Sumayyah tidak faham dengan kehendak Aisyah.

Aisyah melepaskan keluhan. Tangannya menggenggam tangan Sumayyah. Matanya tepat memandang kedalam mata Sumayyah. "Akak ada kanser dan kemungkinan akak tak akan hidup lama lagi. Akak akan tinggalkan Farish, dan Sumayyah suatu hari nanti." Perlahan airmata mengalir di pipi Aisyah. Sumayyah sekali lagi terkedu. Sungguh dia tidak menyangka Aisyah yang dia kenal selama ini,  seorang yang sentiasa mengukirkan senyuman,  sentiasa membantu orang yang memerlukan, seorang yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya meneruskan hidup rupa-rupanya sedang diuji dengan ujian yang sangat berat. Sumayyah pantas memeluk erat Aisyah.

"Umay sayangkan akak" Ucap Sumayyah.

Disebalik pintu, Farish mendengar semua perbualan antara Aisyah dan Sumayyah. Sedari awal lagi Aisyah sudah memberitahu hasratnya kepada Farish iaitu untuk meminang Sumayyah. Pada awalnya Farish menolak kerana cintanya hanyalah untuk Aisyah. Tapi setelah berkali-kali dipujuk Aisyah, Farish akhirnya akur dengan kehendak Aisyah dengan syarat Sumayyah sendiri bersetuju dengan permintaan Aisyah itu.

"Abang janji, cinta abang pada Aisyah tak akan pernah berubah walaupun abang kahwin dengan orang lain."

*************////***********************

Dengan sekali lafaz Farish dan Sumayyah sudah bergelar suami isteri. Aisyah sudah keluar dari hospital dengan izin doktor. Aisyah lah orang yang paling gembira sekali bila Farish dan Sumayyah setuju untuk disatukan. Tidak putus-putus dia mengucapkan rasa syukurnya terhadap Allah S.W.T.

Hari-hari yang dilalui mereka seperti biasa. Farish sudah perlahan-lahan membuka hatinya untuk Sumayyah. Sumayyah juga sentiasa menjaga keperluan Farish dengan selengkapnya. Hubungannya dengan Aisyah juga tidak berubah malah bertambah erat. Mereka sentiasa ada cerita untuk dikongsi. Sumayyah sentiasa mengucapkan syukur kerana Allah hadirkan Aisyah dalam hidupnya.

"Akak,  Umay ada buat cekodok dengan air kopi ni." Ujar Sumayyah sambil meletakkan dulang berisi makanan diatas meja. "Sedap." Puji Aisyah  membuatkan Sumayyah tersipu malu. "Umay, nanti bila akak dah tak ada,  Umay jaga abang Farish baik-baik tau." Pesan Aisyah. "Akak..." Belum sempat Sumayyah menyambung ayatnya, Aisyah menarik tangan Sumayyah lalu digenggam erat tangannya. "Jaga Farish, sayang dia sebagaimana Umay sayang diri Umay. Akak nak Umay tahu yang akak sayang Umay dan abang Farish sangat-sangat. Akak sentiasa bersyukur sebab Allah hadirkan Umay dalam hidup akak." Sumayyah hanya diam dan mendengar.

"Akak minta maaf dekat Umay sebab akak tak mampu untuk jadi seorang madu yang sempurna untuk Umay. Akak kesal sebab akak tak mampu untuk bagi zuriat untuk Farish." Ujar Aisyah. "Akak,  kenapa akak cakap macam ni? Bagi Umay akak adalah akak yang terbaik untuk Umay malah Umay bersyukur sangat bila Allah ketemukan Kak Aisyah dengan Umay. Apa yang Kak Aisyah bagi pada Umay ni dah lebih dari cukup." Aisyah hanya tersenyum kecil mendengar apa yang dikatakan oleh Sumayyah.

"Dah,  tak nak sedih-sedih. Makan cekodok ni. Penat Umay goreng. Kesian dia tunggu kita nak makan dia." Gurau Sumayyah membuatkan Aisyah tergelak kecil.

*Bersambung

Aisyah KhaliesaWhere stories live. Discover now