4

57 2 0
                                    

Selesai solat Farish membaca doa. Entah kenapa tiba-tiba airmata Aisyah gugur. Entah kenapa hatinya terasa sayu saat mendengar Farish berdoa agar rumah tangga mereka dilindungi oleh Allah S.W.T. Selesai berdoa, Aisyah pantas menyeka airmatanya. Farish berpaling menghadap Aisyah. Mata Aisyah merah. Dia tahu Aisyah menangis. Sejujurnya dia kagum dengan Aisyah. Tetap kuat dan tabah walaupun diuji. Tidak sedikit pun dia mendengar Aisyah mengeluh. Farish mengusap lembut pipi Aisyah.

"Abang, Aisyah nak abang tahu yang Aisyah sayangkan abang sampai bila-bila. Aisyah redha andai ini sudah tertulis untuk kita berdua. Aisyah cuma minta satu je. Jangan pernah abang hilangkan rasa kasih dan sayang abang untuk Aisyah." Pinta Aisyah. Air jernih mengalir dipipinya. Dia redha andai itu yang terbaik buat mereka berdua.

Farish menggenggam erat tangan Aisyah. Dikucupnya lama tangan Aisyah. "Abang, tak akan pernah lupakan Aisyah. Saat abang jatuh, tidak ada apa-apa dan semua orang mula menjauh dari abang, Aisyah lah satu-satunya yang datang dan berada di sisi abang sampai abang berjaya bangkit. Kasih dan sayang abang tak akan pernah hilang." Janji Farish. Aisyah memandang sayu Farish. Dia tahu Farish seorang yang jujur. Dia tahu bagaimana sayangnya Farish terhadapnya. Cuma dia takut, dia takut akan kehilangan Farish suatu masa nanti.

*************************************************

Aisyah bersiap-siap untuk keluar. Sudah tiga hari dia tinggal seorang diri sejak Farish keluar negeri atas urusan kerja. Rindunya dia kepada Farish walaupun setiap malam mereka berhubung melalui telefon. Begitu dalam cinta mereka. Aisyah mencapai beg bimbit dan kunci kereta. Destinasinya adalah pasaraya. Esok Farish sudah pulang. Dia mahu masak makanan kegemaran Farish.

Ketika keluar dari pasaraya, matanya terpandang seorang gadis. Gadis yang hanya berpakaian biasa. T-shirt lengan panjang yang sudah lusuh warnanya dengan kain skirt panjang dan berkasut hitam. Bertudung biru dan tiada secalit mekap di wajah tetap membuatkan wajah gadis berseri. Apa yang menarik perhati Aisyah adalah apa yang dilakukan gadis itu. Aisyah segera meletakkan barang yang dibelinya di dalam but kereta. Selesai urusannya itu, dia menghampiri gadis itu.

Aisyah memberi salam dan kepada gadis itu.
"Saya Aisyah." Aisyah menghulurkan tangannya dan disambut gadis itu.

"Saya Sumayyah. Akak boleh panggil Umay je." Ujar gadis itu menyambut salam Aisyah sambil tersenyum manis. Aisyah tidak berkedip memandang gadis itu. Sungguh cantik. "Kak Aisyah?" Panggil Sumayyah bila Aisyah tidak berkedip.

"Maaf. Akak nak tanya Umay sikit boleh?" Soal Aisyah. "Boleh, kita duduk dekat sana ye." Ujar Sumayyah sambil menarik tangan Aisyah untuk duduk di bangku. "Akak nak tanya Umay apa?" Soal Sumayyah sebaik mereka duduk. "Umay dah lama ke buat kerja amal ni? Bagi orang gelandangan makan dekat sini?" Soal Aisyah. Sungguh dia tertarik dengan Sumayyah. Tak ramai gadis seperti Sumayyah pada zaman ini sanggup melakukan kerja amal seperti apa yang Sumayyah lakukan sekarang ini. Bagi gelandangan makan, berbual dengan mereka dan melayan mereka seperti keluarga sendiri.

Sumayyah tersenyum mendengar soalan Aisyah.
"Dah lama dah. Bila Umay datang sini, bagi diorang mereka, hati Umay tenang sangat. Bila Umay berbual dengan diorang, tengok diorang suka, gelak tawa diorang, itu semua sudah cukup buat Umay gembira. Mereka pun manusia biasa. Ada masalah. Ingin hidup macam orang lain. Apa yang boleh Umay tolong, Umay tolong setakat Umay mampu. Lebih rezeki Umay, lebih la rezeki diorang." Cerita Sumayyah. Aisyah ralit mendengar cerita Sumayyah. Sungguh cantik akhlaknya secantik wajahnya.

"Keluarga Umay? Diorang tak kisah Umay datang tempat macam ni?" Sumayyah tersenyum mendengar soalan Aisyah.

"Umay dah tak ada keluarga"

*Bersambung*

Aisyah KhaliesaWhere stories live. Discover now