3

49 2 0
                                    

3.

"Ibu tak kira! Apa nak jadi, jadilah! Ibu tetap nak Ayish kahwin dengan Maya. Ibu bukannya suruh Ayish ceraikan Aisyah pun." Marah Puan Mel. Pagi-pagi lagi Puan Mel sudah datang ke rumah mereka. Berang bila Farish menolak permintaanya. Aisyah di dapur sedang membuat air hanya mendengar. Perasaannya bercampur baur. Dia sayangkan Farish dan dia hormatkan Puan Mel sebagai ibu mertuanya. Dia tidak mahu Farish menjadi seorang anak derhaka semata-mata kerana menolak permintaan ibunya untuk berkahwin dengan Maya.

"Ayish tetap dengan keputusan Ayish." Walaupun lembut tapi tegas. Dia tidak pernah meninggikan suara dengan mana-mana wanita lagi-lagi ibunya. Kerana dia punya prinsip sendiri. 'Wanita itu diciptakan untuk dihormati dan dicintai, bukan untuk disakiti dan dikhianati.' Prinsip yang akan dia pegang sampai bila-bila. Farish duduk lalu meraut wajahnya. "Ibu, kami bahagia walaupun berdua. Soal zuriat, kami serahkan pada Allah. Kami percaya ada yang terbaik buat kami berdua." Ujar Farish. Tapi Puan Mel masih lagi tidak berpuas hati. "Kenapa susah sangat kamu nak ikut cakap ibu? Lagi pun Aisyah dah bagi kebenaran kan? Apa yang susah sangat?" Soal Puan Mel tidak puas hati.

"Ibu nak cucu kan? Kami akan ambik anak angkat." Ujar Farish. Tiba-tiba datang idea untuk mengambil anak angkat. Puan Mel mengjengkil matanya. "Jangan mengarutlah. Ibu nak cucu darah daging kita. Ibu nak ada yang boleh menyambung keturunan kita. Kamu satu-satunya yang ibu ada. Ibu dah tak ada sesiapa lagi." Ujar Puan Mel. Aisyah yang dengar dari dapur terasa sayu mendengar luahan ibu mertuanya. Dia tahu Puan Mel sunyi. Suaminya sudah lama meninggal. Farish pula satu-satunya anak yang dia ada. Jadi tidak hairan lah kalau Puan Mel mahukan cucu. Darah dagingnya sendiri. Aisyah masuk ke ruang tamu dengan dulang berisi air kopi dengan kuih. Setelah selesai menuang air untuk ibu dan Farish dia duduk di sebelah Farish. Masing-masing diam buat seketika.

"Ibu, abang. Aisyah dah fikir masak-masak dan Aisyah dah buat keputusan. Aisyah izinkan abang untuk berkahwin lagi, tapi dengan bersyarat." Aisyah tiba-tiba bersuara. Farish terkejut dengan  keputusan Aisyah. Dia sendiri terkejut. "Abang Ayish boleh berkahwin tapi bukan dengan Maya." Ujar Aisyah. "Habis tu dengan siapa? Maya tu baik. Lagi pun Maya pun sukakan Farish." Ujar Puan Mel. Kalau bukan dengan Maya dengan siapa? "Ibu nak Abang Ayish ada anak sendiri kan? Darah daging sendiri. Jadi tiada masalah dengan siapa pun asalkan bukan dengan Maya." Ujar Aisyah. Farish memandang Aisyah. Tidak faham apa yang dirancang Aisyah sebenarnya.

"Apa Aisyah merepek ni? Jangan mengarutlah." Farish geram dengan Aisyah kerana keputusannya itu. Aisyah tidak mengendahkan Farish. Dia menyambung percakapannya. "Aisyah sedar Aisyah tak mampu untuk bagi zuriat untuk abang Ayish dan cucu untuk ibu. Aisyah izinkan abang kahwin lain tapi bukan dengan Maya. Aisyah sendiri akan carikan calon untuk abang. Aisyah nak seorang yang boleh hormat diri sendiri. Kalau dia mampu untuk hormat diri sendiri dia juga akan mampu untuk hormat orang lain. Aisyah sendiri yang akan cari seseorang yang boleh jaga abang Ayish. Ibu jangan risau." Farish terpinga-pinga. Dia kebingungan. Dia terasa seperti dalam mimpi. Isterinya sendiri akan carikan isteri baru untuknya. Madu dia sendiri. Mengarut. Sungguh mengarut semua ni.

"Kalau itu keputusan Aisyah, ibu hormat. Asalkan Ayish ada zuriat dia sendiri dan boleh bagi cucu untuk ibu." Puan Mel bersetuju dengan permintaan Aisyah. "Kalau tak ada apa lagi, Aisyah nak masuk bilik dulu, Aisyah nak solat." Ujar Aisyah lalu masuk kedalam bilik. "Aisyah..." Panggil Farish. "Puas ke hati ibu sekarang?" Soal Farish. Puan Mel hanya diam.

Di dalam bilik Aisyah menangis sepuas-puasnya. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk dia mencadang perkara itu. Dia redha andai itu sudah tertulis. Dia tidak kisah untuk bermadu. Cuma hanya satu saja yang dia takut. Takut akan kasih dan sayang Farish untuknya akan pudar suatu hari nanti. Dia belum bersedia untuk semua itu. Tapi dia tahu dia tidak boleh menarik balik kata-katanya. Dalam kepalanya hanya satu. Iaitu mencari calon isteri yang sesuai untuk Farish. Ya, dalam erti kata lain, mencari calon madu untuknya.

"Abang, maafkan Aisyah. Aisyah cuma berharap kasih dan sayang abang tak akan pernah hilang untuk Aisyah."

*Bersambung*

Aisyah KhaliesaWhere stories live. Discover now