Epilog II - Hide And Seek

Start from the beginning
                                    

Buat sekali lagi dia memarahi dirinya. Suara yang dia keluarkan tadi boleh tahan kuat. Robin mengetuk kepalanya beberapa kali. Terasa dirinya sangat bebal kerana mudah sangat terhibur dan melanggar prinsipnya. Dia mengintai lagi.

Kini, wajah Stuart berubah serius memandang almari tersebut. Meremang bulu romanya walaupun panahan mata tajam itu tidak mengenanya.

Suaminya berdiri di sebelah pinggir katil. Semakin berdebar jantungnya setiap kali lelaki itu menapak mara kehadapan mendekati almari. Robin semakin mengecilkan dirinya lalu mengundur kebelakang sedikit. Rambut yang panjang itu ditolak kebelakang.

Rimas dan panas.

Nafasnya bertukar rentak, semakin laju. Takut dan risau. Kalau dirinya dijumpai, pasti dia kena marah teruk. Jadi, lebih baik dia diam diri dan sorok sahaja.

Krek...

Bunyi almari besar iaitu bahagian atasnya dibuka oleh Stuart. Berdebar dia macam kena rompak. Stuart seakan membelek almarinya yang pasti tiada baju sangat. Bahagian itu hanya ada t-shirt lengan panjang, baju kurung, tudung dan seluar jalan. Semuanya tergantung.

Kedengaran pintu almari tersebut ditutup. Kelihatan Stuart mengundur kebelakang beberapa tapak. Robin melepaskan hela nafas lega.

Stuart tidak bergerak dari tempatnya, iaitu menghadap almari ini. Berkerut dahinya melihat si suami masih tidak berganjak. Satu benda yang terlintas dikepalanya.

Jangan-jang-

"Argh!"

Robin menjerit kuat sambil memejam mata rapat apabila terasa laci persenyembunyiannya ditarik keluar.

"Gotcha." Stuart tersenyum sinis.

Kuat pulak dia nak tarik kita seberat gajah ni.

Perlahan-lahan dia membuka mata. Terpampang wajah kacak Stuart dihadapannya. Dadanya di pegang, menenangkan jantungnya yang makin menggila. Pipinya terasa hangat apabila ditenung sebegitu. Dia menayang sengihannya.

Wajah Stuart berubah riak. Dingin. Serius.

Kini Robin menelan air liur. Seram. Tahu dia kena marah selepas ini.

Stuart menghulurkan tangannya, Robin rela hati menyambutnya. Stuart perlahan-lahan menarik Robin bangun daripada laci kecil tersebut. Dia rasa lega apabila udara sejuk menyapa kulit mukanya dan tangannya.

Robin menggerakkan kakinya sedikit yang terasa lenguh. Kedua-dua tangannya digenggam lalu dibawa ke hadapan. Kepala tunduk memandang lantai. Persis kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan besar.

"Why did you do that?"

Robin meramas tangannya. Sah, Stuart marah akan dirinya. Dengan nadanya yang dingin itu.

"S-saya takut," Ujarnya jujur.

Stuart menapak selangkah mendekatinya. Jantungnya kembali berdebar. Terasa rama-rama mengepak riuh di dalam perutnya.
Robin semakin gelabah tak tentu arah.

"No need to feel scared, tesoro." Rasa serba salah menyerbu hatinya. Robin mengangkat mukanya memandang Stuart.

"Baby steps, sweetheart. Baby steps," Ujarnya lagi memberi semangat.

Dia hanya mengangguk perlahan.

Setelah itu, mereka berdua turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah yang dia dah buat. Melopong juga semua sedara mara termasuk Puan Khadijah melihat Robin turun dari tingkat atas dengan selamat. Teruk dia kena marah dengan Puan Khadijah lalu dia minta maaf tanpa henti.

Saudara mara yang tumpang tidur di rumahnya, turut risau dan memberi nasihat agar tidak mengulang perkara tersebut lagi. Dia setuju.

Mereka meluangkan masa bersama di ruang tamu sehingga satu persatu masuk ke dalam bilik. Tinggalah pasangan sejoli yang baru sahaja bina mahligai sendiri, di ruang tamu sunyi itu. Matanya pandang jam dinding digital.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now