Bab 11 - Space

11.2K 763 65
                                    

Bab 11

                   "GIRLFRIEND?" Aku buat wajah terkejut. Aku memandang mereka silih ganti dalam diam. Seorang kacak dan seorang lagi cantik sahaja. Kalau masukkan nama mereka dalam Best Couple Award, pasti mereka yang dapat namun si lelaki nampak tidak gembira. Tak tahu kenapa dan sebabnya.

"Kenapa? Awak tak suka ke?" Soal Rose mengendur. Dia macam tiada keyakinan untuk bersuara.

Aku tersenyum nipis.

"Bukan... Status girlfriend tak sesuai," ujarku berhenti seketika. Sengaja dilambatkan ayatnya, nak buat suspen.

Rose terkejut dengan apa yang aku katakan. Stuart seakan tenang. Sangat tenang. Baru sahaja Rose mahu membuka suara, aku lebih pantas memotong percakapannya sebelum timbul salah faham. Bahaya kalau tidak menjelaskan kata-kataku, mahu menangis orang itu apabila orang luar sepertiku juga tidak bersependapat dengan dia.

"Cik Rose sesuai dengan status 'fiancee' ataupun 'wife' sebab cik Rose dan bos memang sepadan. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua gitu," usikku seraya tersenyum lebar. Mereka nampak sweet apabila bersama.

Pipi Rose mula kemerahan dan mula tersenyum sumbing manakala Stuart berdecit geram.

"In her dream," bantah Stuart secara tiba tiba. Terselit nada dingin pada suaranya.

Serta merta senyuman Rose mati mukanya seperti menahan malu dengan apa yang dikomen oleh Stuart. Aku terkelu. Sampai hati dia cakap macam itu dekat teman wanita dia. Tak berhati perut. Aku tak sangka yang ayat itu akan meniti keluar dari bibir lelaki itu. Aku ingat dia akan menyokong.

Sangkaanku meleset.

"Encik tak baik cakap macam tu," tegurku.

Aku layak untuk menegurnya kerana dia telah mehancurkan hati seorang wanita yang tidak bersalah. Aku layak menegur kerana aku seorang wanita. Seorang yang memahami isi hati wanita lain.

"None of your business," putusnya keras.

Aku menelan air liur saat melihat wajahnya daripada pantulan cermin depan itu, ekspresi garang dan marah jelas terpancar diwajahnya.

"Encik tahu tak? Dalam agama saya membuat seorang kaum hawa menangis iaitu kaum wanita, hukumnya berdosa." Aku menerangkan kepadanya dengan ilmu yang aku dapat semasa menghadiri ceramah selepas solat isyak di masjid berdekatan rumah aku.

"She's not even crying and that is your religion not mine so shut up. You just annoying like her noisy," kritiknya sambil mata fokus memandang jalan raya.

Mata aku membulat.

Annoying?

Hati panas!

"How do you know she's not crying? Are you a magician? Are you that special can read people's mind?" Tembak aku. Suka hati cakap dia Cik Rose tak nangis.

"Look at her. Do you see she is crying?" Aku memandang Rose yang diam tak terkutik. Dia seakan mahu menangis, nak sahaja aku lastik kepala batu teman lelaki dia yang suka membuat keputusan dan andaian sendiri.

Aku menggeleng.

"So obviously, she's not crying," balasnya mendatar.

"No! You are wrong. It's true that she's not crying but she must crying inside, badly. You too fast on judging someone. I give you one moral, don't judge a book by it's cover. Your predict is wrong. You know nothing about woman," dekatku geram.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now