Prolog - Knowledge

44.1K 1.2K 81
                                    

First time reader?

***Saya cuma nak bagitahu permulaan cerita ini agak mengarut, cliche dan cringe sebab saya start buat cerita ni mase budak ii kentang dulu. I'm sorry for that. Maaf segala tatabahasa and grammar mistake. I could say belakang ii bab penulisannya okay sikit. If you can't stand my story line, there's the 'back' button. Now, you may go. Terima kasih kepada sudi baca.***

Prolog

Prolog

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.


Tut...

"Robin hantarkan fail yang Azika beri kepada kamu ke pejabat saya. Sekarang." Suara majikannya, Dato Ahmad Said Bin Sajid terdengar melalui auto voicemail. Auto voicemail ini mudah digunakan agar dapat berkomunikasi atau berhubung dengan cepat.

"Baik, dato." jawabku.

Fail berwarna ungu kehitaman yang berada di hujung meja dicapai lalu dibawa peluk erat ke dada. Tudung yang terasa agak senget, dibetulkan agar memenuhi etika pakaian yang kemas dihadapan majikanku.

Kerja yang bertimbun di atas meja tak hairanlah kalau sudah berkerja di sini melebihi dua tahun kerana dia diajar untuk membuat kerja yang agak sukar dan memerlukan otak yang geliga dalam hal ini. Dirinya sudah lali dengan fail-fail kerja yang diberi setiap minggu atau hari.

Rasanya kerja macam ini tak akan pernah habis melainkan sesuatu yang menghalangnya.

Langkahku segera diaturkan menuju ke pejabat Dato Ahmad yang berdekatan dengan mejaku dan beberapa pekerja yang lain. Hanya beberapa pekerja sahaja yang terpilih di aras tingkat ini.

Pembantu peribadi tidak boleh duduk berjauhan dengan Chief Executive Officer kerana akan menyukarkan keadaan.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk pejabat milik majikanku, aku mengetuk beberapa kali untuk memaklumkan bahawa seseorang mahu berjumpa dengannya berserta dengan adab. Tombol pintu dipulas tatkala telinganya menangkap suara Dato membenarkannya masuk.

Kakinya mendekati meja besar yang cantik itu.

"Ini, dato. Fail yang dato minta." Fail-fail yang dipegang erat ke dada, dijauhkan lalu tangan menghulur tiga buah fail tentang plan holding ke arah dato.

Senyuman profesionalku, dipamerkan.

"Awak dah siapkan semua maklumat dan data-data bagi ketiga-tiga fail ini?" Fail-fail tersebut bertukar tangan. Fail yang pertama diselak dengan teliti untuk memeriksa sama ada benar atau salah.

Ketika Dato bercakap, dia tak akan memandang muka pekerjanya termasuk aku melainkan orang penting dan keluarganya. Itulah benda paling rare sekali yang pernah aku perasan tentang tabiat buruk Dato.

MY IDEAL ITALIAN GUYحيث تعيش القصص. اكتشف الآن