Bᴀʙ 4

28 5 5
                                    

Sedang asyik berbual dengan Ania, Mawar terus terdiam lalu melihat Doktor Zila yang datang mendekati Mawar dengan senyuman lebar.

"Mawar, alhamdulillah awak akan discharged esok tau. Boleh dah buat persiapan kemas-kemas barang ye." Kata Doktor Zila

"Ye ke doktor? Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak doktor." Mawar tersenyum.

Doktor Zila hanya mengangguk dan tersenyum lalu berlalu keluar dari biliknya.

" Ania! Ania! Mawar dah boleh balik esok tau! " Mawar bersemangat memberitahu Ania tentang berita baik di terimanya tadi tetapi Ania hanya melihatnya dengan wajah sedih.

" Kenapa ni Ania? Ania macam tak suka je?" Mawar memerhati riak wajah Ania seperti ingin menangis.

Ania tertunduk kebawah.

" Nanti takkan ade lagi orang yang teman Ania main, yang nak cakap dengan Ania. Ania akan sorang-sorang lagi " Dia menangis teresak-esak

Mawar kasihan melihat temannya itu lalu memeluknya erat sambil memberitahu sesuatu.

" Ania jangan risau Mawar takkan tinggal Ania kat sini sorang-sorang lagi ye sayang" Lembut tangan mengusap rambut Ania sambil mengalirkan air mata

♡︎

Kereta yang berjenama honda di pandu laju meluncur di atas jalan raya membuatkan daun yang bertaburan akhirnya berterbangan.

Fizan memandu penuh berhati-hati di jalan raya yang tidak berlampu supaya dia tidak terlibat dalam sebarang kemalangan.

Sesekali matanya menjeling ke arah dashboard keretanya. Bungkusan berwarna kuning yang di jumpainya kelmarin ketika hendak mengambil pen yang jatuh di bawah katil Mawar.

Kelihatan bungkusan itu diikat tergantung menggunakan tali merah di hujung bahagian katil Mawar.

Dia tidak membuat keputusan yang terburu-buru untuk membuka bungkusan tersebut malah hatinya lebih terdetik untuk membawa bungkusan itu ke ustaz.

Dia ingin mengetahui apakah kegunaan disebalik bungkusan itu dan kesannya. Sememangnya dia tidak dapat tidur nyenyak malam semalam memikirkan hal yang terjadi pada Mawar.

" Eh kenapa kereta ni berat semacam je" getus hati kecilnya

" Astagfirullahalazim ni mesti ada benda yang tak kena ni"- Lantas matanya memandang side mirror

Ayat suci al-quran mula meniti di bibir. Surah al-kursi perlahan-lahan di baca.

*BUMP*

Kedengaran bunyi sesuatu yang merentap di atas bumbung keretanya. Kenderaan lain yang lalu lalang dengannya semua membuka tutup lampu kereta mereka untuk memberi
petunjuk bahawa ada sesuatu di atas keretanya.

Mulutnya masih tidak berhenti menuturkan ayat suci malah ditambahnya lagi dengan ayat pendinding.

Sesekali matanya melilau ke arah luar jendela dan memandang ke arah sekeliling hutan tetapi tiada apa-apa.

Tiba-tiba dia berasa seram sejuk. Bulu romanya nait berdiri. Matanya masih tertumpu ke luar.

"Kau cari aku ke?"

Dengan cepat, Fizan menoleh ke arah tempat duduk penumpang. Dia melihat perempuan yang sedang duduk mencangkung di tepinya lalu menyeringai.

Rambut yang panjang mengurai,mata yang terkeluar memang amat mengerikan. Kereta Fizan sudah pun bercampur bau darah dan bau bangkai yang teramat.

"KAU TAKKAN DAPAT HALANG AKU AHAHAHAHAH"

Kereta Fizan tidak dapat di kawal dan dia telah pun melanggar sebuah lori.

" Astagfirullahalazim ya allahh mimpi rupanya" Fizan meraup mukanya dan mengesat peluh yang membasahi dahinya.

" Eh aku kat mana ni?" Dia melihat persekitarannya

Nampaknya keretanya sekarang berada di hadapan sebuah rumah usang ditepi kawasan perkuburan.

" Aku nak kena cepat, aku mesti pergi rumah Ustaz Muiz malam ni jugak" tuturnya

Enjin kereta cuba untuk d ihidupkan. Percubaan yang pertama dan kedua tidak membuahkan hasil.

Dengan lafaz bismillah keretanya dapat dihidupkan. Dia bersyukur lalu membaca doa untuk keselamatan dirinya.

25 Minit berlalu dan destinasinya yang hendak di tuju telah pun sampai. Alhamdulillah perjalanan selamat.

" Assalamualaikum" Fizan memberi salam

"Waalaikumsalam, eh Fizan masuklah" Jemput Ustaz Muiz

"Ada apa ni malam-malam?" Tanya Ustaz Muiz

Fizan segera memberitahu Ustaz Muiz tetang bungkusan yang di jumpainya dan tentang kehidupan Mawar.

Bungkusan itu telahpun bertukar tangan di antara Ustaz Muiz dan Fizan lalu dibukanya ikatan yang melilit di badan bungkusan itu.

Terdapat rambut anak kecil, gigi, kulit ular berserta dengan sebuah pisau kecil yang masih berdarah.

" Nampaknya benda ni bukan di hantar orang tapi ianya datang untuk mendampingi Mawar. Benda ni dah pernah Mawar gunakan untuk membunuh sebab tu lah kalau Fizan perasaan dalam bungkusan ni ada pisau yang berdarah. Budak ni mangsa korban dan dah di jadikan sebagai roh jahat "

"Benda ni lah akan digunakan untuk tujuan santau-menyantau. Ular ni pulak di jadikan sebagai teman budak ni sebab ular ni adalah sebahagian daripada Mawar. Apa yang berlaku ataupun apa-apa yang terjadi ular ini ataupun ular yang lain akan datang memberitahu Mawar. Sekarang ni tuan yang di damping budak ni dah meninggal 5 bulan yang lalu dan inilah kenapa dia datang cari Mawar balik." Panjang lebar Ustaz Muiz menerangkannya sambil memegang pisau tadi.

" Patutlah Mawar selalu mengadu dengan saya yang dia selalu nampak ular berkeliaran."

" Wallahu a'lam saya tak dapat nak buat apa-apa sebab ni Mawar je yang dapat selesaikan. Fizan awak bimbinglah Mawar balik ke pangkalan jalan sebab pengaruh sekeliling dia ni kuat untuk jadikan dia macam dulu lagi" Pesan Ustaz Muiz.

" Ustaz, inilah yang saya risaukan selama ni. Saya takut Mawar tak boleh terima kisah silam dia." Fizan menundukkan muka kebawah.

" Tiada apa yang mustahil kat dunia ni Fizan. Insyallah dengan izin Allah Mawar boleh terima semuanya. Awak doa je banyak-banyak, usaha dan tawakal " Ustaz Muiz tersenyum lalu memegang bahu Faiz

Dream Your Fear Where stories live. Discover now