Bᴀʙ 1

47 6 2
                                    

    Jalan panjang yang di telusuri oleh sebuah kereta meluncur laju di malam hari. Jalan yang di laluinya kelihatan tenang sahaja tetapi semakin lama semakin Mawar hairan mengapa lebuh raya yang di laluinya itu tidak langsung berubah. Serasanya dia telah melalui jalan itu kali ketiga.

     Dia cuba menenangkan dirinya lalu  menyambung perjalanan.

Cemas!

Sekali sekala mulutnya di sibukkan terkumat kamit membaca ayat suci al-quran bagi cuba memfokuskan pemanduannya ke jalan raya.

      *PAPP*

  Dengan detik masa yang singkat dia merasakan bahawa dia terlanggar sesuatu.

Cuak!

Ya sekali lagi dia di amati rasa takut untuk menghadapi apa yang telah di lakukannya kali ini.

Dengan rasa resah dan gelisah dia keluar dari perut kereta dan memeriksa apa yang dilanggarnya tadi.

    "Aku rasa aku ada terlanggar sesuatu  tadi tapi kenapa takde" monolog hatinya

   Dia ingin kembali ke dalam kereta dengan kadar segera tetapi di kejutkan dengan kemunculan kelibat seorang kanak - kanak di belakangnya.

   "Akak buat apa kat sini?" Tanya kanak  kanak itu

   Dia terpaku buat seketika. Berderau darah nya dan mukanya berubah serta merta. Di pandangnya wajah yang pucat lesi itu.

  "Mana datangnya budak malam macam ni?" Getus hatinya

   Matanya tertumpu pada kepala budak itu yang mengalirkan darah secara tiba-tiba dan secara tidak langsung budak itu tadi ketawa kecil lalu mengelap darah itu lalu di jilat.

" Manislah kak, nak rasa tak?" Dia tersenyum lalu menghulurkan tangannya yang memanjang.

  Mawar terpana dengan perbuatan yang di lakukan budak itu tadi lalu terjatuh berhadapan keretanya. Satu demi satu perkara yang terjadi malam itu. Penglihatannya berpinar-pinar.

   Tidak lama kemudian, muncul lagi satu sosok perempuan di balik budak itu. Dia memegang kain yang berupa bayi di dalamnya. Suara tangisan bayi itu tadi kedengaran sungguh menyedihkan. Kedua-dua mereka berjalan ke arahnya.

    Mawar berundur perlahan-lahan dalam keadaan yang cemas. Tampak senyuman manis di balik kedua wajah yang tak dapat di terangkan yang semakin laju mendekatinya.

   "Nampaknya kita ada tetamu lah adik" Kata perempuan itu dengan wajah yang mengerikan.

  "KAU NAK APA!" Mawar Menjerit sekuat hatinya.

     "Kami cuma nak kau MATI! AHAHAH lupa kah kau apa yang telah kau lakukan wahai dukun?" Dia berkata sambil tertawa

   Kemudiannya, Mawar melihat ke sebelah kirinya ada sebuah lori yang membawa minyak datang dari arah bertentangan dengan keadaan laju seperti ingin merempuhnya.

   Dia melihat kembali ke arah keberadaan dua makhluk halus tadi malangnya kedua-duanya hilang dari pandangan mata. Tanpa dia sedari, lori minyak tadi sudah berada dekat dengannya.

  *BUMPP*

  "Huhh!! Astagfirullahalazim" Mawar mengucap panjang sambil mengurut dadanya sambil tercungap-cungap. Peluh sedikit demi sedikit membasahi tubuh badannya.

"Syukur ya allah mimpi rupanya." Dia
  mengesat air matanya yang membanjiri pipi.

 Jam menunjukkan pukul 4:10 minit pagi. Ruangan hospital yang sunyi dan dinding yang kosong ditatap penuh penyesalan. Dia meratapi nasibnya yang menghadapi mimpi ngeri hampir setiap hari.

Setiap perkara berlaku dan terjadi seolah-olah ingin dia untuk memperingatinya dan memaksanya untuk merungkai serta meneroka misteri tersebut.

♡︎


    Peristiwa yang dia ingati sebagai mimpi itu bukanlah mimpi tetapi ianya ialah insiden yang tragis semasa kemalangan yang menimpa dirinya.
Peristiwa itu menjengah setiap kali tidurnya, tetapi dia hairan apakah perkaitannya dengan seorang budak lelaki kecil dan seorang perempuan yang memegang kain yang mengusung bayi.

    Kain batik yang lusuh serta rabak di pegang perempuan tersebut kelihatan berlumuran dengan tanah dan darah. Bau hanyir dan bau busuk menusuk tajam ke dalam hidungnya masa itu.

Ya! Jelas sekali ianya bersamaan dengan bau mayat yang telah lama di biarkan.

Semakin lama dia berfikir, hari sudah
pun larut malam. Azan maghrib berkumandang di sekitar bahagian hospital.

Mawar masih lagi menatap dinding yang kosong yang berada di hadapannya. Sejak keberadaannya di hospital, pergerakkannya amat terhad.

Dream Your Fear Where stories live. Discover now