Bab 50 - Cold Shoulder

Start from the beginning
                                    

Robin tersenyum sedikit, kemudian dia meregangkan badannya. Dia perlu turun ke bawah mengambil pelan lakaran untuk diserahkan kepada Stuart. Kalau lambat hantar, mahu kena sound dengan lelaki itu. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk ini.

Robin mula melangkah longlai dengan hati yang berat mendekati lif. Setelah butang turun lif ditekan, pintu lif serta merta terbuka. Alangkah terkejutnya dia melihat kelibat yang sudah lama dia tidak jumpai.

"Cik Rose..."

Rose tersenyum lebar.

"Robin!" Tubuh Robin terus didakap erat.

"Saya dah lama tak jumpa awak," Luahnya. Kedengaran jujur ditelinganya. Robin hanya kaku, kerana tidak sangka dia akan berjumpa dengan wanita yang mempunyai perasaan terhadap Stuart.

Tak.

Tak salah kalau Rose menyimpan perasaan terhadap Stuart.

Masalahnya sekarang ini adalah dia.

She feel insecure.

"H-Hai..." Lambat-lambat Robin membalas pelukan itu. Bibir Robin mengukir senyuman nipis.

"Cik Rose bila sampai?"

Rose mengumpul semula jarak di antara mereka lalu dia memandang Robin dengan muka cemberut. Tangan kanan dicekak ke pinggang rampingnya.

"Drop the cik please?" Rayu Rose. Robin mengangguk bersama geli hati.

"Dan saya datang sini sebab Stuart call saya, katanya nak ajak pergi dinner."

Dinner?

Seperti tusukan tajam terkena di dadanya. Jantungnya dirobek kuat lalu dihempas ke lantai dan dipijak-pijak sehingga leper. Digagahkan bibirnya mengukir senyuman manis. Cuma senyuman itu semakin lama semakin pudar sehingga hilang.

"Oh..." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya setakat ni.

"Saya pergi dulu ya?" Rose menepuk perlahan bahu Robin. Dia hanya mengangguk perlahan sebagai respon.

"Bye!"

Rose melangkah pergi ke pintu pejabat Stuart.

"Bai..."

Robin cuba husnuzon. Pergi dinner? Sekarang baru tengah hari.

Dia benci perasaan ini!

Argh!






















FIRST attempt!

"Stuart!" Robin nampak sahaja kelibat Stuart keluar dari biliknya, terus dipanggil. Menjalankan misinya yang tertangguh. Stuart menoleh ke arahnya lalu menjungkit kening sekali. Gadis itu perlahan-lahan berjalan mendekati si lelaki dengan perasaan gugup dan gementar.

Tiba dihadapannya, tangan dimainkan antara satu sama lain.

Berdebar jantungnya, gembira pula dapat jumpa Stuart.

"Awak sibuk ke lepas ni?"

"Not sure," Jawabnya acuh tak acuh.

"Boleh awak teman saya pergi Cafe bawah?" Pintanya dengan lemah lembut.

Rasa macam nak tercabut jantung. Buat kali pertama dia mengajak seorang lelaki dengan selamba dan berani. Bukan mudah nak tebalkan muka dan mulakan perbualan dahulu. Apatah lagi dia yang jenis pemalu. Cakap sikit, tarik diri. Cakap sikit, minta diri.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now