Prolog

1 0 0
                                    


📍lagu diatas tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Author hanya rasa lagu tu best dan patut dikongsi hehe

p/s another experiment je cerita ni

PROLOG

Dapat dibau bauan lazat datang dari dapur. Dewi bawa sudu ke bibir, kuah ayam masak merah dirasa menggunakan hujung lidah. Dia bersenandung tanda puas dengan rasanya. Api dapur akhirnya dapat dimatikan setelah sekian lama dihidupkan. Ayam masak merah itu lalu dihidangkan di atas meja bersama lauk-pauk sampingan lain.

Dewi menuju ke ruang tamu. Dicarinya kelibat anak asuhannya di hadapan tv, disangkakan dia masih berada disitu kerana sebelum memasak tadi dilihatnya ia sedang bermain di kawasan tersebut. Peliknya, sekarang sudah tiada.

"Mariam?" wanita itu memanggil dengan harapan akan mendengar sahutan anak majikannya itu di belakang rumah. Tetapi hanya angin yang menyapa.

Rumah yang didiami dua, disedari kehilangan seorang.

"Mariam!"

Puas dicari tubuh kecil itu satu rumah, namun kelibatnya masih tidak dijumpai. Hatinya menjadi gusar menyedari Mariam tiada di rumah. Maghrib bakal menyinsing.

Akhirnya, Dewi mengambil keputusan untuk mencari Mariam di luar rumah. Dia melepaskan pandangan memandang segenap persekitaran tersebut. Dewi memicingkan mata ke arah taman permainan yang berada tak jauh dari situ. Duduk di atas buaian keseorangan, dia melihat seorang budak. Dari belakang, sepertinya itu Mariam.

Mariam setia di buaian. Ada kawan yang dia sedang menunggu untuk kembali. Dipandang permandangan dihadapannya itu untuk sekian lama, apabila kemudian dia mendengar derapan kasut dari belakang mematahkan renungannya itu. Mariam tersenyum suka melihat kakak kesayangannya.  Akhirnya dia berganjak dari buaian.

"Kak Dewi." lembut Mariam memanggil, membuat hati Dewi yang tadi resah kini tenang.

Dewi merendahkan badan supaya separas Mariam. "Kenapa adik keluar rumah tidak memberitahu Kak Dewi dulu?" soal Dewi, meraih kedua tangan Mariam. "Siapa yang mengajari Mariam pergi keluar saat senja? Sendirian pula. Bagaimana jika adik hilang?"

Mariam tarik muka apabila terasa dirinya dimarahi.

"Maaf, kak. Lala yang ajak bermain tadi. Katanya dia bosan, sebab tu dia ajak Mariam bermain. Lagipun Mariam dah pesan tak boleh lama-lama, takut Kak Dewi marah Lala pula."

Lala.

Nama itu sering disebut si kecil sejak dulu lagi. Walaupun Dewi masih baru bekerja sebagai pengasuh kepada anak keluarga itu, beberapa kali sudah Mariam berkongsi dengannya tentang Lala. Mengikut kata Mariam, Lala merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya, bergaun putih separa lutut dan terdapat satu sepit rambut berbentuk reben biru yang terselit di rambutnya. Beritahu Mariam lagi, Lala mahu berkawan dengannya kerana sunyi tiada teman berbual.

Sepasang anak mata bundar milik Mariam ditenung lama, kemudian melirik memandang permandangan seberang;  sebuah tanah perkuburan. Dua dunia yang hanya ditambak dengan pagar berdawai yang tinggi bagi membahagikan kawasan bagi kanak-kanak bermain dan mereka yang sudah kembali ke Rahmatullah. Dewi kembali memandang wajah Mariam, cuba menenangkan hati yang terasa seram.

"Mana dia?"

Mariam menjongket bahu. "Entah. Tiba-tiba hilang ke kubur. Dia melawat saudara meninggal ke?"

Dewi senyum segaris. Anak yang polos, dibelai kepalanya.

"Kita pulang, yuk? Kamu mandi, makan, solat... kemudian kita mengaji sama-sama. Kakak ada masakkan ayam masak merah kesukaan kamu. Enak banget."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siulan KuntumWhere stories live. Discover now