"A..Aku cuma nak kau balik rumah.. Appa dengan Eomma dah sakit teruk.."

Daniel berdecih pelan, langsung tidak menyangka Lucas ingin berjumpa dengannya hanya kerana hal ini.

"Kau bodoh atau apa ? Dua makhluk tu yang kata dorang jijik dengan aku. Kata tak nak tengok muka aku sampai dorang mati. Sekarang ? Hajat dorang akan aku tunaikan dengan senang hati jadi berambuslah."

Daniel memusingkan tubuhnya, dengan malas mengendong Elys bak koala buat Elys mengedipkan matanya berkali - kali. Bahkan Lucas sudah mengerutkan dahi dan terkedu.

Daniel dengan perempuan ??

Elys dengan sopan menundukan kepala dan memberi senyuman selamat tinggal pada Lucas yang sudi membantunya bangun tadi. Sementara Lucas hanya mengangguk, masih bingung.

Abangnya dah buang tabiat ke apa ? Seumur hidupnya belum pernah lagi Lucas lihat Daniel bersentuhan atau berdekatan dengan perempuan.

Bukan ke abang tu gay dan alergik dengan perempuan ?

Daniel membaling tubuh Elys ke sofa bagai dia itu hanya seketul terung jiran sebelah apabila mereka tiba di bilik kerja milik Daniel.

Elys mengerang apabila wajahnya tersembam ke sofa akibat perbuatan tidak bermoral Daniel itu.

Dia memusingkan tubuh, ingin memaki Daniel namun lelaki itu terlebih dahulu menekan dahi Elys dengan jari telunjuknya, menahan kepala gadis itu agar tetap baring.

"Kau memang tak faham bahasa kan ? Aku suruh duduk diam tapi mulut kecil kau tu sepanjang masa ada saja nak menyampuk."

Iris Elys memerhatikan jari Daniel yang seakan sedang menunjal kepalanya itu, walaupun sebenarnya tidak.

"Jadi... cubalah diamkan mulut ni."

Kini iris biru milik Daniel bertentang dengan iris sekelam malam milik Elys. Begitu indah hingga buat Daniel sesak nafas.

Atau dia sesak nafas kerana iris itu mengingatkan dia pada seseorang yang dia seakan telah padam dari memori fikirannya ?

Daniel tersenyum sinis, jemarinya naik dan diletakkan dileher jenjang milik Elys,

Seakan mahu mencekik leher putih itu, meninggalkan kesan merah dan tubuh tak bernyawa.

Bibir merah itu kemudian menjalar dari kulit leher Elys, naik ke cuping telinganya dan berbisik dingin.

"Boleh. Tapi mungkin kau akan diam selama - lamanya."

Suara berat dan dingin itu buat sekujur tubuh Elys meremang dan dia tanpa sengaja menaikkan lututnya hingga terkena abdomen milik Daniel, buat lelaki itu sedikit senak dan terbatuk.

Daniel bangun dari menindih tubuh Elys, melepaskan cengkaman dileher gadis itu serta - merta. Wah, serangan lutut Elys bahaya betul, nasib tak kena yang bahagian bawah.

"P..Padan muka. Siapa suruh ganash sangat semua orang Daniel nak bunuh." ujar Elys gagap.

Daniel memutarkan matanya, tapak tangan mengusap perutnya yang masih sakit akibat tendangan Elys itu.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now