؛٢٣؛

3.1K 638 374
                                    

[ In Your Eyes ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ In Your Eyes ]

_______

Keadaan didalam bilik mesyuarat itu hening, semua menahan nafas apabila dengan beraninya Elys memeluk Daniel dari arah belakang seakan lelaki itu tida baru saja mematahkan leher seseorang dan menghantuk muka seseorang dengan laptop.

"Selesaikan semua masalah. Esok pagi kalau masih tidak selesai, nasib korang akan jadi macam dua sampah ni."

Sudut bibir Daniel terangkat dan dia melepaskan pelukan Elys dengan kasar. Dia menjeling gadis itu lalu melangkah keluar.

Elys menghelakan nafas yang sedari tadi dia tahan tanpa sedar. Dia segera mengikuti langkah Daniel, diam - diam mengerling dua orang suruhan Daniel mengangkat tubuh tak bernyawa akibat perbuatan Daniel itu.

Langkah kaki Elys dibesarkan kerana Daniel yang begitu laju berjalan. Dia mengeluh kerana merasa kaki pendeknya sangat tidak berguna sekarang ini.

Namun,

BRUKK !

Elys pun jatuh terduduk dengan punggung menghempas lantai apabila Daniel tiba - tiba memusingkan tubuh dan berhenti berjalan.

Elys mengerang sakit kerana sesungguhnya sakit sengugut yang dia rasakan masih tidak pulih dan Daniel menambah rasa sakitnya pula.

Mata Elys sudah berkaca akibat rasa ngilu dan pedih yang dia rasakan dan dia merasa ingin bergerak seinci pun tidak mampu.

Daniel hanya memandang Elys dengan tatapan dinginnya, dalam diam turut terkejut kerana dia tidak sengaja membuat Elys terjatuh. Dia berdengus dan mahu menunduk, mengangkat tubuh Elys namun seseorang terlebih dahulu mendahuluinya.

"Hey ? Elys okay ?"

Rahang Daniel mengetat apabila sedar siapa yang tanpa tahu malu muncul dan membantu Elys untuk bangun ini. Mata setajam helangnya menatap bagaimana lelaki itu merengkuh pinggang Elys begitu erat.

"L..Lucas.."

Lucas memberikan seulas senyuman menyapa pada Elys namun apabila merasakan aura gelap milik Daniel, dia perlahan melepaskan rengkuhan dipinggang Elys hingga gadis itu terhuyung - hayang dan jatuh ke dalam dakapan Daniel yang sekelip mata sudah menyambut tubuhnya.

"Kau tahu aku benci tengok muka kau kan ?"

Lucas menahan nafas apabila Daniel berujar dingin. Dia bertentang mata dengan Elys yang turut sesak nafas kerana hawa yang tiba - tiba menjadi sangat panas dan kedap.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now