"Betul la kau mother chicken?!"

Malas cakap banyak, aku tarik tangan Peah. Pinggan aku letak atas meja dulu dan teruskan langkah pergi pintu utama dewan.

Empat orang remaja- ehh dah tua la, mana boleh panggil remaja. Ahh lantak lah. Aku menuju ke arah diorang. Peah yang ditarik masih tunjuk muka bendul.

"Farah!" Perempuan tu bersorak bila nampak aku. Baju kebaya purplenya elok tersarung di badan.

Lawa siot baju! Lagi lawa dari baju anak makcik Rogayah yang rempit tu.

Menggelegak air liur aku tengok dia usya Riyaz tadi. Macam nak pergi sepak motor ysuku yang dia bawak tu.

"Haa Peah. Female-female dan male-male yang kau tanya tadi tu, ni la geng highschool aku"

Dee, Lia, Danny dan Aril yang dah lama tak dengar khabar sampai author pun dah lupa nama tersenyum.

"So.. Diorang ni bukan chicken children la?"

"Heck no, Peah"

"Aisy.. Kau ni pun, pe barang Peah Peah kat sini. Panggil aku Nadine" Peah hulur tangan pada Dee.

HAHAHAHA FIRST TIME DIA SURUH ORANG PANGGIL DIA NADINE SIOT! MENGGIGIL BONTOT AKU DENGAR!

"Diana Johanson. You can call me Dee" Dee menyambut salam Peah. Lia di sebelah turut hulur tangan.

"Elya Durrisa Melyanie. Lia"

"Daniel Harrison Lew"

"Nik Aril Rafhan. Single ke?"

"Ehemm.. Aizat Amrin.Pakwe Shafira Nadine"

Jat yang tiba-tiba muncul macam hantu, mengejutkan kami. Siap bersalam dengan Aril lagi. Pandai-pandai je mamat tu tanya status Peah. Haa kan dah mendapat.

"Ohh . Hehe, sorry bro. Mencuba nasib katakan"

"Kau nak cuba nasib, pergi ambik anak makcik Rogayah tu. Dia baru break kelmarin" Aku tunjuk Saleha a.k.a Sherlly Auu yang tengah berselfie mulut itik dengan iPhonenya.

Mintak-mintak dia tak tangkap gambar Riyaz senyap-senyap atau aku akan lempar phone dia bawah tayar kereta pastu gilis.

"She's nice tho. Jap aku try" Aril berura-ura nak melangkah ke meja tu tapi disepak Lia dari belakang.

"Jangan nak menggatal kat sini. Aku tinggal kau jap lagi"

"Alohh"

Aku cuma garu kening dengan kehambaran cerita harini sebelum terpandang Riyaz yang cuma senyap kat meja makan.

"Dee. Riyaz ada bagitau aku tadi-"

"HAAA RIYAZ! ADEL DAH MATI KAN??"

Astaga Dee.. Pelannya kau jerit.. Nasib baik meja Riyaz jauh.

"Haa betul la tu"

"Kesian dia.. Mesti dia broken kan? Walaupun aku alah dengan dia, tapi aku faham la rasa kehilangan tu" Lia buat muka sayu.

Jangan cakap dia pun tak suka bakal bini Riyaz? Teruk sangat ke perempuan tu?

"Tapi kenapa dia tak balik je? Mesti la nanti orang nak tanam apa semua. Takkan dia taknak tengok untuk kali terakhir?" Kening aku berkerut. Malam nanti patutnya ada kenduri tahlil bagai kan?

"Takkan dia nak tinggal kau kat sini? Mau kena lepuk dengan abang-abang kau nanti"

Kata-kata Danny agak menghairankan aku. Takkan aku lagi penting dari bakal bini dia kot?

"Tapi.. Dia mati sebab apa?"

"Actually dia dah lama sakit. Sejak kena langgar depan rumah minggu lepas, dia tak boleh berjalan dah. Like.. Nyawa-nyawa ikan macam tu. Pergi klinik, doktor pun kata dah tak ada harapan"

"Pahal pergi klinik pulak? Dah kes berat macam tu pergi la hospital"

"Ada eh hospital haiwan? Aku taktau pun"

"Haiwan?"

"Yelah. Kau ingat Adel tu siapa? Jiran sebelah?"

"Bakal bini Riyaz"

"Masyaallah Farah!! Adel tu kucing la pandai!"



7 Oktober 2020  [ 6.24 P.M. ]

Sorry lambat hshshs..

Serious question. You guys baca ke tak book 1 before reading this? Waduhh waduhh anak muda..

Sila baca dan vote sebab Farah dah nak kena balik Kanada uhukk!

Home | HeavenWhere stories live. Discover now