33

842 122 17
                                    

Pagar yang tinggi sampai pencuri pro max nak panjat pun tak sanggup, dipandang. Lawa betholl kaler dia. Mesti pakai cat mahal. Nampak berkualiti. Kalau kena hujan pun nak rosak.

Terus aku menggeleng laju. Entah apa aku buat kat pagar ni sampai lima minit. Abang Syafie dalam kereta tu pun hairan tengok.

Baru nak melangkah pergi kat butang loceng, pagar tu tiba-tiba bergerak dan membuka jalan untuk aku masuk macam seorang ratu dari kerajaan yang megah.

Dia macam tiberr tapi tak mengapa.

Aku pandang abang Syafie kat belakang dan mengangguk tanda dia dah boleh blah dari sini sebab kerja dia hantar aku je. Balik karang aku kawtim la dengan abang Mika ke apa. Pandai pandai la aku. Dah besar kan?

Kaki terus melangkah ke pintu utama. Sempat aku usya halaman rumah maklong yang lawa nak mampos dan ada water fountain kecik dengan rumah burung bagai mak nenek lah.

Pandai menghias betul mak Riyaz ni ehek. Ruginya tak dapat kawin dengan anak dia jsjdhdhddh.

"Assalamualaikum" Aku bagi salam depan pintu lepas puas tengok halaman rumah orang.

Tak puas lagi sebenarnya tapi tak apa lah. Balik nanti kita usya lagi.

Bunyi lock dibuka mengalihkan pandangan aku. Pintu terbuka dari dalam dan di situ berdirinya mak Riyaz yang cantik yang mana jugak telah menghasilkan anak yang hensem.

Jangan kecam seya.

"Waalaikumsalam, Farah" Maklong tersenyum dan aku terus salam tangan dia, persis bakal menantu yang solehah.

Bunyi macam aku langsung tak boleh move on, kan? Haihh penat ah dapat author gini.

"Masuk la dulu. Maklong dah buatkan air" Dia terus pegang tangan aku dan masuk dalam rumah. Penuh kalut aku tanggalkan kasut dan ikut dia.

Aku taknak la cakap 'ehh tak apa lah susah susah je' sebab yaa.. Dia dah buat kot air tu. Kecik pulak hati dia karang kalau aku cakap tak payah. Dan mengaku jela kau pun dahaga sebenarnya kan? Tak payah talam dua muka sangat.

Sampai ruang tamu, kami duduk dan.. Aku tau aku tak patut buat macam ni tapi aku terus ambik gelas berisi air tu dan minum.

Emm dap air Ribena djfjjds maaf mak.

I mean, maklong.

Lepas minum tu, baru la kami memulakan agenda yang sebenarnya iaitu tolong dia tanda kertas exam BM budak form 4.

Ya, aku tau ianya sangat random tapi lantak la. Dah anak-anak dia kerja.. Kot. Apa salahnya aku nak tolong? Jadi la anak sedara yang berguna sikit. Tau mintak duit raya je.

Bila tengok timbunan kertas atas meja ni, terasa menyesal pulak datang sorang sorang. Aku patut ajak abang Fir tadi memandangkan dia ponteng kerja dengan alasan ada hal penting gila namampos yang dia kena uruskan harini.

Eh tapi dia mana ada kat rumah lol. Tak apa lah. Kita teruskan kerja kita.

"Semua paper ni ada 200 lebih tau. Satu kelas dalam 40 orang. Farah buat satu kelas dulu pastu rest pun boleh. Apa apa panggil maklong kat atas okey?"

Aku mengangguk dan tengok maklong naik tingkat atas sampai hilang dari pandangan.

Jangan kecam dia sebab tak tolong aku. Dia ada kelas online sekarang.

Lol siapa nak kecam orang tua, Farah. Mak Riyaz pulak tu.

Dan apa benda lah sia banyak namampos pelajar dalam satu batch. Aku dulu 90 lebih je. Satu kelas pun paling ramai 25 orang. Ni sekolah ke kelab malam?

Home | HeavenNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ