❦︎☾︎ CHAP 13 ☽︎❦︎

1.1K 112 10
                                    

                  FARHAN merenung kosong jalan dihadapannya. Hanya mata yang tertumpu disitu tetapi fikirannya sudah jauh menerawang mengingatkan si dia.

"Kenapa la kita kenal eh Dian?" Tanyanya sendiri dengan nada perlahan.

Bagaimana dia mahu hidup jika hati ini sudah mulai merindui kenakalan dan kedegilan gadis itu?

"Kalau kita tak kenal.. tak mungkin saya merasai benda ni sekarang" ujarnya lagi dengan suara yang mula berubah nada.

Bulan.. sampaikan rasa rindu ini pada dia.. Tengku Diandra Natasia..

Ujarnya sendiri dengan nada yang cukup syahdu. Ahh! Kenapa susah sangat nak hilangkan bayangan gadis itu dalam fikirannya?!

"Ya Allah..bantuilah hambamu ini ya Allah" doanya dengan nada yang berharap.

"Ahh! Daripada fikir pasal dia baik aku balik tengok umi" kata Farhan sambil bangun dari duduknya.

Langkah diatur perlahan menuju  kerumah usang miliknya.

"Assalamualaikum.." salam diberi terlebih dahulu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Han dari mana nak?" Tanya Umi Hasmah dengan senyuman manis.

"Dari depan tu je Umi.." jawab Farhan serba salah kerana dia berbohong.

"Ouh.. umi ada goreng ikan.. kalau nak makan ada kat bawah saji" kata Umi Hasmah lagi.

"Susah-susah je umi buat tu. Han boleh masak sendiri la Umi" kata Farhan dengan nada perlahan.

"Takde susah mana pun" jawab Umi Hasmah dengan senyuman manis.

"Terima kasih Umi" kata Farhan sambil membalas senyuman manis uminya.

"Pergilah makan.. nanti perut masuk angin lagi" kata Umi Hasmah.

"Baik umi" kata Farhan sambil melangkah ke arah dapur dengan langkah longlai.

Tudung saji dibuka dengan perlahan-lahan.. sebelum pinggan diambil.

Dia menyantap makanan itu dengan penuh berselera walaupun hanyalah nasi kosong bersama ikan goreng.







                DIANDRA berteleku diatas tikar sejadah.. matanya masih tak lepas memandang ke arah pintu. Dia mengharap kan ada sosok tubuh yang dia rindui hadir disitu namun hampa..

"Dia takkan datang Dian.. berhentilah berharap" kata Diandra sendiri.

"Ya Allah.. kuatkanlah hambamu ini" doa dipanjat kepada Allah yang maha mendengar..

"Walau hati ini terlalu merinduimu.. akan ku cuba sedaya upaya untuk terus bertahan dari mencarimu" katanya dengan linangan air mata.

Nafas ditarik sedalam mungkin untuk menstabilkan dadanya yang kencang bagaikan ingin tercabut.

"Sabarlah duhai hati.. andai benar dia pemilikmu yang sejati.. aku pasti.. dia akan datang cuma belum waktunya lagi" dia terus berkata sendiri.

Ego yang selama ini dia julang kini sudah hancur disebabkan kehadiran seorang Farhan Izrain. Lelaki itu mengajarnya erti kehidupan yang sebenarnya..

"Tasia.." panggilan Daddynya hanya dibalas dengan pandangan kosong.

"Daddy nak Tasia balik rumah kita" kata Tengku Izzumuddin membuatkan Diandra mengangkat keningnya.

"Rumah kita? Perbetulkan balik ayat daddy tu" kata Diandra dengan senyuman tawar.

"Tasia.. dengar cakap daddy kalini please" rayu Tengku Izzumuddin.

Suri Hati Encik Pengemis [C]Where stories live. Discover now