❦︎☾︎ CHAP 3 ☽︎❦︎

1.9K 175 41
                                    

              

        MATA yang sudah kuyu itu cuba dipejamkan walaupun sukar benar ia ingin tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


        MATA yang sudah kuyu itu cuba dipejamkan walaupun sukar benar ia ingin tertutup.. otak masih ligat memutar memori semalam.. dimana buat pertama kali dia melihat orang hidup susah seperti itu dengan matanya.. Dia melilau melihat sekeliling biliknya yang berhias cantik..

"Aku tak pernah bersyukur pon dengan apa yang ada.. tapi diorang.. nasi sebutir pon dah besar nikmatnya" ujar Diandra sendiri..

Keluhan dilepaskan.. Nafas yang menyesakkan dadanya harus dibebaskan tapi bagaimana caranya? Dia bukan Tuhan untuk buat semua benda atas kehendaknya.. Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum dia berlalu pergi kearah pintu gelonsor.. cahaya bulan yang samar-samar kelihatan itu membuat kan dia mengeluh lagi..

"Kenapa dengan aku ni?! Asyik mengeluh je" katanya Sendiri lalu dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang terdapat disitu..

Cahaya bulan yang samar-samar kian menghilang.. digantikan dengan awan hitam yang menutupi keindahan nya..

"Kalau la mummy ada mesti Dian boleh bantu diorang.. kalau yang ada rumah memang nasib mereka baik.. tapi bagi yang tido dikaki lima? Hmm.." dia bercakap sendiri lagi..

"Keindahan sang bulan yang menyinari sudah pun menghilang.. hadir pula awan hitam menggantikannya.. kau tak rasa itu tanda tanda ada perkara buruk yang akan terjadi?"

Tiba tiba ada satu suara menampar gegendang telinga nya..

"Siapa kau?!" Jerit Diandra dengan suara tertahan..

"Tak perlu tahu.. aku cuma datang untuk memberi peringatan.. jangan biarkan sejarah mummy kau mati berulang!! HAHAHHAHAH"

Katanya lagi dengan hilaian tawa yang menyeramkan dan juga menjengkelkan..

"Pergi mati dengan kata kata kau!! Kau siapa hah nak suruh aku percayakan kau?!" Balas Diandra berani sambil dia melilau mencari kelibat pemilik suara itu..

Seusai ayat itu meniti ulas delima milik Diandra.. suara itu kembali senyap.. bagaikan apa yang berlaku tadi hanya mainan perasaannya sahaja..

"Kau tak kenal aku? Sedihnya.. kau tak ingat aku yang teman kau Masa kau tengah bersedih.. masa kau kecil lagi?"

Suara itu kembali kedengaran setelah lama menghilang..
Jika tadi hilaian tawa kini ia bertukar kepada tangisan yang amat menyeramkan..

"Kau?!" Mata Diandra membuntang apabila dia dapat memproses kata kata itu..

"Sampai hati kau.. mana janji kau? Mana sumpah setia kau?!"

Jerkahnya.. mereka bagaikan ada didalam dunia yang lain.. dunia yang diciptakan oleh sang pemilik suara itu!

Suri Hati Encik Pengemis [C]Where stories live. Discover now