Ayah

71 0 0
                                    

Ayahku selalu bertukar kerja, kadang2 jadi jaga, kadang kerja buruh, dan bermacam kerja ayah aku lakukan untuk memyara kami anak beranak.. ibuku pula bekerja di kilang.. kadang² balik pukul 5 pm dan kadang² hingga 10pm.

Aku tidak pernah merasa ia menjadi kekurangan buat kami..lantaran kehidupan aku yang masih kanak² membuat aku tidak pernah memikirkan ia sebagai masalah..

Namun begitu ,konflik keluargaku terus berlaku disebabkan perangai adik beradik aku yang pelbagai..

Abang² ku yang semakin meningkat dewasa dan pengaruh kawan yang ramai membuat kehidupan keluarga aku menjadi rumit.. abang ngah aku telah mula belajar hisap rokok. Satu hari, aku terdengar ayah memarahi abangku yang masih bersekolah pada waktu itu kerna kantoi merokok. Yang aku ingat aku menangis malam tu sebab ayah aku rotan abang aku guna getah paip.

Kehidupan kami terus diuji, abang sulongku telah mula belajar hidu gam, pernah beberapa kali kantoi bila aku tengah mandi dalam bilik air, abangku masuk bilik air untuk menggosok gigi.. bau gam dari mulut abang sulongku sangat kuat... Aku hanya membicarakan semua itu dengan kakaqku yang nombor 4.

Perjalanan takdir yang ditulis begitu berat bagiku. Satu persatu ujian kadang buat aku bertekad mahu keluar dari semua kepompongan ini.

Sewaktu aku masih kecil, arwah adikku masih ada... Tetapi sekali lagi ibuku diuji...adik dilahirkan tidak cukup bulan. Umur adik 7 bulan, adik terpaksa dikeluarkan dari rahim ibuku. Aku masih terlalu kecil untuk mengingati apa yang berlaku .Rasanya cukup lama adik berapa di hospital. Pada waktu tersebut kami ditinggalkan di rumah nenek . Nenek yang banyak menguruskan makan minum kami.

Pada waktu tersebut aku baru berumur 6 tahun. Aku sekolah di tadika yang tidak jauh dari rumah nenekku. Suatu hari, semasa di sekolah tadika, aku terjatuh semasa bermain main yang mengakibatkan daguku terluka dan menerima 3 jahitan. Cikgu membawa aku ke klinik untuk merawat lukaku.

Pada waktu itulah aku rasa moment terakhir yang aku masih ingat aku berjumpa dengan arwah adikku. Aku jumpa emak membawa adikku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Mak cakap, " adik sesak nafas, nafas adik berbunyi, dan waktu itulah adik dibawa ke hospital dan ditahan wad. Aku rasa hanya itu kenangan yang aku ingat saat aku bersama adik. Dan kenangan terakhir aku...bila mak cakap adik dah meninggal sebab paru-paru adik berkuman. Aku teringat saat ayah mengendong jenazah adik dalam kain batik...pada waktu tersebut aku hanya memerhati tanpa apa apa perasaan...Sungguh, Allah lebih menyayangi adik. Dan beruntungnya adik kerana syurga itu pasti menjadi milikmu.

Mia maisaraWhere stories live. Discover now