Bab 49 - His Intention

Mulai dari awal
                                    

Dia lelaki, aku perempuan.

Malu.

Kelibat Puan Khadijah dan Tok Su hilang disebalik pintu kayu yang berwarna hijau cair itu, tinggal lah Stuart dan Robin di ruang tamu luas itu. Hanya dihiasi latar belakang audio televisyen yang kuat sahaja.

Robin mengetuk jari jemari pada seluar tidur dibahagian lututnya. Kemudian, kakinya dijungkit beberapa kali. Atap zink rumahnya di pandang, mencari hobi baru.

Tenung atap zink.

"You okay?"

Tanpa menoleh,

"Yeah..."

"You sure?"

"Yes."

"Okay..."

Mereka kembali diam sunyi. Sekali sekala Robin mengambil cawan yang berisi air tuwinya lalu diteguk sedikit. Dengan sedikit kuat, cawan itu dihentak ke atas meja. Robin memejam mata lalu mengepam bibirnya saat cawan itu menghasilkan bunyi yang kuat.

"Awak ada nak cakap apa apa lagi ke?  Saya rasa ngantuklah," Kalih Robin.

"No! Stay!"

"Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak," Sambungnya perlahan.

Robin menelan air liur kemudian dia berpusing menghadap Stuart. Ditenangkan jantungnya yang berdegup kencang.

"Awak nak cakap apa?"

Stuart diam.

"Saya nak dengar cerita pasal hidup awak boleh?"

"Untuk apa?"

"Saja?"

Orang tanya, dia tak yakin pula.

"Belah mana nak cerita tu?"

"Belah mana mana aje." Robin tersenyum geli hati apabila Stuart melayankan sahaja autanya.

"Okay..."

"Ada orang datang meminang saya."

Dapat dilihat seketika tubuh Stuart mengeras.

Seakan tidak terduga, soalan itu yang akan dilontarkan. Robin, sudah lama dia mahu beritahu tentang hal ini pada Stuart walaupun pinangan itu sudah ditolak lama. Sebab-sebab kenapa dia perlu bagitahu Stuart, sebab paling utama ialah tak mahu timbul berita palsu. Sebagai misalan, kalau berita pinangan yang sudah ditolak kemudian diungkit dan Stuart baru tahu macam mana?

Pasti lelaki itu rasa terkilan kerana terasa dipinggirkan atau dirahsiakan dari pengetahuannya.

"Who?"

"Saya tak tahu tapi dia cakap dia suka sebab saya cantik dan baik. Lepastu, dia kata saya ni ada rupa Angelina Jolie," Cerita Robin lalu meletakkan perencah cerita sendiri. Sengaja dia berkata begitu, nak tengok juga apa reaksi lelaki itu.

"He sound like a pervert."

Robin tergelak kecil. Wajah serius Stuart dipandang.

"Maksud awak?"

"He said he want to marry you because you're kind but he really doesn't know about you yet. Plus, he said you look like Angelina Geli or whatever." Tergelak besar tatkala lelaki itu menutur nama pelakon orang putih itu salah.

Angelina Geli?

Geli pun gelilah...

"Saya bergurau ajelah Stuart," Terangnya bersama sisa tawa.

MY IDEAL ITALIAN GUYTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang