Part 5 : Jalan-jalan Cari Makan, Eh! Terjumpa Harta Karun!

6 1 0
                                    

"La~ La~ La~ La~ La~"

Seronok betul Prihana Attisha berjalan-jalan di bandar Kota Muhang tersebut. Hari ini dia berlegar-legar berdekatan pasar dan gerai yang menjual kuih-muih serta jus air yang sejuk dan manis.

"NYUM!!" Ayam sate bakar dimakannya satu-persatu di kerusi gerai ayam bakar tersebut.

Mulutnya tak henti-henti mengunyah sambil memuji rasa ayam sate bakar tersebut. Sos lada yang mantul atas meja di hadapannya dicicah kerap kali sebaik makanan masuk dimulutnya lalu dimakan lagi tanpa henti. Nampak lapar sangat tapi dah banyak yang dia makan sambil berjalan-jalan tadi. Seorang yang pelahap juga! 😂

"Sorang diri ka dik? Mana kawan?" Tanya penjaga gerai sambil mengelap tangannya.

"Kerja! Saya cuti!" Sambil mengunyah ayam panggang di tangannya kali ini.

"Waahhh.. banyak senang ohh.. macam ni baru syok kan jalan-jalan makan sedap-sedap. Tapi takda kawan itu yang kurang. Hm!" Ujar lelaki dewasa itu, kelihatan sama usia seperti ayahnya.

Gadis bertubuh kecil itu mengangguk-angguk dengan wajah yang gembira.

Hatinya sangat rasa bertuah dapat makan banyak-banyak macam tu. Mungkin memang mood dia sekarang nak makan banyak itu ini. Mungkin juga tanda craving sebelum bakal tiba 'bendera merah'. Atau dia sudah lama mahu makan semua ini tapi tak dapat-dapat. Hahah!

Dia sangat menikmati harinya kali ini.

"Haduh.. best2 makan ni, cukup ke duit saya nak tambah lagi?" Tanya dia sendiri sambil mengintip ke dalam isi dompet merah jambunya itu.

Ah... ada.. err, 50.. 20.. 20.. 10.. 5.. 1,1,1... sen sen.. 50 sen ada 4.. yang lain2 malas kira.. eh? Nak makan lagi ke tak? Atauuu...

Ah! Alamak! Sabun pencuci muka saya? Kertas minyak muka saya? Apa lagi? Itu ja kah?

Ehhh..🤔🤔 cek lah list dalam note hf saya ni. Takkan lah itu saja.

Periksa punya periksa, ya ada..

Untuk kawan-kawan dua ekor saya tu pun ada dalam senarai pembelian saya ni..

Memandaiiii saja dorang ni letak barang dorang dalam list saya. Mentang2 lah saya ni suka jalan waktu bekerja.

Eh..😆 hehehe.. saya ni tak boleh tak jalan2 walaupun bekerja. Harap duit dorang jer kalau boleh.. aduhh syukur tak kantoi. Cakap dalam hati, saya saja tahu pasal ni. Hahahaha 🤭

"Dik.. layan fon pun boleh tak ingat dunia kan. Ketawa pun ada,senyum pun ada.." tegur pakcik tu tadi sambil ikut tersenyum.

"Ehh! Alaa sorry tiba2 tak khusyuk makan kan.. Kejap lagi saya siap makan, takut kedai tutup, nak beli barang lagi. Hehehe.." ujarnya pantas sambil makan sisa makanannya.

Tidak lama lepas tu, dia menghirup air jus stroberi sejuknya.

Cepat dia bangun dari kerusi lalu membayar. Woww.. boleh tahan banyak. Hampir RM20 termasuk air..

"Thank you dek! Nanti datang lagi, bawa kawan2." Senyum pakcik itu lagi. Dia pun membalas senyuman pakcik itu lalu beredar dari situ.

*******

Langkahnya mengorak perlahan. Bakul kedai di tangannya sudah berisi barang-barang yang hendak dibelinya. Walaupun langkah kakinya gatal untuk bergerak laju, dia terus mencuba untuk tidak membuat bising.

Suasana kedai Watson itu sungguh sunyi. Ditemani lagu yang tak rancak, macam lagu nak tidurkan baby pun ada. Lullabies song kot.

Prihana Attisha melihat ke arah pewarna rambut. Kelihatan dalam gambar ada wajah maskulin dan juga wajah lelaki comel.

Muhang Sayang Kamu,Oppa Vampire!Where stories live. Discover now