-------🕊️🕊️🕊️🐅🐅🐅🌺🌺🌺------
Di hari yang hampir senja, seorang gadis duduk di halaman depan rumah. Gadis itu termenung sendirian dan kemudiannya si gadis itu melihat ke langit dengan wajah yang sayu seperti dia mempunyai masalah.
Beberapa minit kemudian gadis itu tiba-tiba tersedar dari lamunan nya apabila dia terdengar bunyi suara orang bercakap dan juga bunyi ranting kayu patah di kawasan semak yang berdekatan dengannya.
Gadis ini berasa sangat terkejut dengan apa yang berlaku dan bingung kerana ketika itu dia hanya berseorangan dan tidak ada orang disekelilingnya memandangkan hari dah semakin gelap.
Gadis itu berasa seram sejuk dan seperti ada sesuatu yang memerhati nya dari celahan pokok - pokok. Perasaan sedih telah bertukar kepada perasaan takut.
" Sebelum ini aq sudah banyak kali berasa seperti diperhatikan oleh seseorang sama ada di rumah atau di kawasan sekolah , perkara ini menyebabkan aq berasa tidak selesa walaupun aq cuba untuk tidak menghiraukannya" katanya
- - - Gadis itu kemudian pergi ke arah semak Tersebut untuk melihat siapa yang sedang memerhatinya, tetapi apabila dia sampai sahaja di situ dan melihat sekeliling, dia tidak pula melihat sesiapa pun disekitar kawasan itu.
Gadis itu mula berasa tidak sedap hati akan hal itu, tetapi dia cuba juga untuk bertenang dan melihat jam di tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 7 : 00 malam , dan tiba tiba ada sesuatu melintas di hadapannya dan gadis itu cuba untuk memandang sekeliling mencari kelibat itu , tetapi tidak ada apa pun yang kelihatan dan ketika tengah memikirkan tentang apa yang berlaku, secara tidak langsung dia terdengar bunyi cakaran pada pokok yang berada di sebelah kanan,
"Srakk... srakkk ... srkkk... srakk.........
Apabila dia menoleh ke arah bunyi itu, memang benar terdapat kesan cakaran yang jelas kelihatan. Ketika tengah mengamati cakaran itu , tiba - tiba terlihat dalam samar - samar satu sosok yang muncul disebalik pokok itu . Sosok itu berwarna kehitaman dengan kuku yang tajam dan wajahnya tidak dapat dilihat kerana terlalu gelap.
Gadis itu terkejut, jantungnya berdegup kencang dan tanpa berfikir panjang dia terus lari menuju ke pintu rumah dan apabila tiba di hadapan rumahnya , dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang serta menutup pintu dengan kuat dan mengunci pintu itu.
Nafasnya turun naik dengan laju dan peluh membasahi seluruh badannya. Adiknya yang sedang menyiapkan homework di ruang tamu itu terkejut dengan tindakan kakaknya .
"Alhamdulillah , selamat pun aku
Tiba tiba terdengar suara adiknya menyoal.
'' ya Allah Akak , kenapa akak macam dalam ketakutan je ni , akak ada jumpa sesuatu ke? - tanya adiknya ringkas
Terkejut gadis yang baru menginjak usia 12 th itu apabila terdengar suara kakak nya seperti dalam ketakutan , hampir sahaja air Milo yang diminum nya tumpah ke atas kertas homeworknya.
" Nasib baik tak tumpah tadi, hurrm...
Katanya di dalam hati , Kalau tertumpah habis lah, mesti dia akan dimarahi teruk oleh gurunya di sekolah.
Dia turut terkejut melihat muka kakakya yang jelas menampakkan riak wajah yang ketakutan.
" Tak.. Takde takde.. apa pun dik , tadi akak dengar macam ada bunyi haiwan dalam semak tu , tu lah akak cepat- cepat masuk, hehehehe...
YOU ARE READING
GADIS PENDIAM
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan Batrisya seorang gadis yang agak pendiam dan selalu diganggu oleh sesuatu yang tidak diketahuinya . Batrisya tidak mempunyai ramai kawan dan hanya beberapa sahaja yang sudi berkawan dengannya. kemunculan Batrisya dan keluarga...
