PART 1

5 1 0
                                    


Telefon di tangan Atikah berbunyi menandakan ada chat dari wechat masuk, dalam keadaan mamai dia membuka chat tersebut. Secara automatik dia terkejut katak terus bangun daripada pembaringan dan menolog sendirian;

"Siapa mamat ni? Kenapa tiba-tiba chat aku? Kenapa pulak aku rasa berdebar? Sebelum ni tidak pernah pula rasa seperti ni kalau mamat lain chat. Tahu la aku ni famous dengan gambar-gambar aku. Biarlah, tidak perlu fikir dan layan, buang masa. Sambung tidur lagi baik."

Bunyi ketukan mengganggu tidur Atikah, ayahnya sudah melaungkan irama lagu pot pet pot pet menyuruh bangun. Atikah bangun dalam keadaan malas dan bersiap-siap untuk keluar. Keluar daripada pintu, bunyi suara ayahnya;

"Atikah, kenapa matahari dah meninggi baru nak bangun, solat entah ke mana, pakaian macam ni, bangun terus keluar, kamu tidak kasihan ma ayah ke? Bantulah kami. Bantu kami jadi anak solehah, ayah tidak mahu kamu ke Neraka nak, Allah."

Atikah hanya memekakkan telinga dan terus keluar. Bukan dia tidak terfikir nak berubah tapi nafsu dan hasutan syaitan buat dia ego. Dia nak rasai hidup zaman remaja dengan enjoy sebelum dia tua untuk berubah. Satu kebaikan yang ada pada Atikah dia tidak suka didekati lelaki. Walaupun wajahnya cantik, dengan putih, hidung mancung, bibir merah, mata yang coklat cair, siapa yang memandang pasti terpikat tapi hatinya susah untuk dicairkan. Itulah Atikah ❤❤

...

TASBIH CINTAWhere stories live. Discover now