Bab 48 - Avoid Him

Start from the beginning
                                    

Bangku tersebut bertukar tuan.

"Kalau dah habis sapu mai smulo ke dapur, kak long tolong umi masak," Pesan Puan Khadijah. Bulu ayam dicabut dengan pantas. Robin yang menjadi penonton itu terus menggeliat geli.

"Baik permaisuriku, akan saya menurut perintah."

Robin berjalan naik ke atas rumah lalu menuju ke pintu utama. Tatkala matanya menjumpai kelibat yang dielak, dia pantas menyorok belakang pintu kayu. Dadanya yang berdebar dirasa lalu mengambil nafas beberapa kali. Menenangkan dirinya.

"I love you too, tesoro."

"I love you too, tesoro."

Ya Allah, macam mana suara itu boleh terngiang-ngiang ditelinganya? Argh! Stres! Dia suka tapi malu.

Robin memejamkan matanya.

"Tak apa, Robin. Kau cuma anggap dia tu pokok dan sapu sampai siap. Anggap dia pokok, pokok, pok-"

"Apa pokok?"

"Arghhh!"

Tindakan refleks atas sergahan itu, dia sendiri terkejut. Robin membuka matanya lalu memegang dadanya seraya berpaling ke kanan dengan nafas kencang. Barangkali efek dari kejutan tadi. Jantungnya pula mengepam laju melihat wajah yang sergahnya tadi.

"Stuart?"

"Why you look so surprised?"

Dia boleh pula tanya kenapa kita terkejut. Elok elok kita bermeditasi, dia senang aje serang dan hancurkan. Ni semua salah dirinya! Kepada jantung ini tidak berdetak normal setiap kali susuk tubuh itu mendekatinya?

"S-saya... S-saya..." Tergagap-gagap pula. Melarikan matanya dari bertembung dengan mata cantik si dia.

"Saya nak pergi sapu sekejap! B-bye!" Robin menolak perlahan lengan Stuart lalu berjalan melepasinya dengan laju. Laju dia turun tangga, nasib baik tak tergelincir.

Robin menyarung selipar entah siapa punya dia pun tak tahu lalu bergerak ke bawah rumah untuk mengambil penyapu daun kering. Sebaik sahaja dia menoleh, mahu terjerit dia melihat Stuart berdiri beberapa meter darinya.

Robin buat buat tak nampak. Kembali meneruskan tugasasan yang diamanahkan.

Sepanjang menyapu daun kering, dapat dirasakan gerak gerinya diperhatikan. Timbul rasa tidak selesa. Tudung dibetulkan sekejap dengan niat agar tidak nampak comot. Tipulah kalau gadis gadis diluar sana boleh berjumpa dengan lelaki yang mereka suka dengan pakaian comot.

Kalau ada memang tabik spring dia bagi.

Sambil menyapu sesekali dia menjeling ke arah rumah pondok, dimana tempat Stuart duduki. Saat mata mereka bertaut, semakin pantas pula dia menyapu daun kering.

Sekali lagi mata mereka bertaut sebelum dia melarikan anak matanya. Kenapa riak wajah Stuart nampak begitu serius. Renungannya pula dingin semacam.

Angin apa yang datang pula kali ni?

Tanpa menghiraukan renungan itu, akhirnya selesai juga menyapu daun kering. Penat dia tak usah di kata. Sudah lama dia meninggalkan kerja menyapu halaman luas ini. Semua tempat telah disapu bersih kecuali satu tempat. Hanya kawasan itu sahaja dia belum sapu.

Kawasan rumah pondok.

Badan diregangkan sekejap. Lenguh belakangnya kerana terpaksa membongkok menyapu bawah rumah.

Dia memandang semula ke arah rumah pokok. Elok Stuart baring sambil membiarkan kakinya terjuntai ke atas tanah. Siap mengalas kepala dengan lengannya. Kenapa dalam banyak banyak tempat, pondok itu juga dia pilih.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now