"Boleh eh bonda?" Soalan Nia dibalas anggukan berserta senyuman bonda.

_________

"Abang.." Tengku Amir yang sedang membaca berkalih. Memang habit sebelum tidur dia akan baca buku dulu.

"Ye sayang... kenapa?"

"Abang tak rasa pelik ke tengok Adam dengan Nia tu?" Tengku Husna mengambil tempat di sebelah suaminya di atas katil. Mereka bersandar pada kepala katil.

"Pelik apanye? Ada je hidung budak berdua tu?" Dan tepukan lembit hinggap di bahunya. Dia ketawa mengusik wajah masam isterinya. Usik sikit pun nak marah...

"Bukan tu maksud saya, saya tengok Adam tu macam nak marah je kerjanye. Tak boleh dekat dengan Nia sikit, ada je yang tak kena. Nia pulak saya tengok kat kaki dia ada lebam lebam tau abang? Pelik kan?..." Dia menerangkan maksud soalannya.

Tengku Amir menutup buku dan letakkan atas meja sebelah katil. Perhatian diberikan sepenuhnya pada Tengku Husna.

"Awak rasa kenapa? Sebab diorang ada masalah ke?"

Tengku Husna menggeleng. "Saya tak kisah kalau ada masalah, tapi gayanya macam bukan je? Yelah, selama ni marah macam mana pun Adam tu tak pernah pulak dia tunjuk sampai depan kita kan?"

"Awak kata apa tadi? Nia ada lebam? Mana dia dapat? Adam ke yang pukul?"

"Dia cakap lepas bangun tidur je terus ada"

Tengku Amir mengusap dahi berfikir.
"Tak logik la kalau asyik bangun pagi je ada lebam. Kalau Adam tak pukul, ada satu je cara abang boleh usahakan..."

"Cara ape?" Tengku Husna bertanya hairan. Tengku Amir menceritakan apa yang dia rasa terjadi. Mulut isterinya yang melopong ditutup dengan sebelah tangan, takut nyamuk masuk malam gini.

"Ish takkan kot abang?" Dia susah nak percaya.

"Abang agak je, entah betul ke tidak abang tak sure. Tapi abang nak mintak tolong kawan abang pasal ni. Kalau betul tu yang jadi, kita kena bertindak cepat sebelum melarat, sayang" bahu isterinya dipeluk mendekatinya. Ubun-ubun Tengku Husna dicium sayang. Walaupun dah lama kawin, kemesraan perlu dipupuk selamanya. Baru boleh hidup bahagia.

"Yelah, abang buat la apa yang patut.." kepala selesa bersandar pada dada bidang suaminya. Dia mula mengantuk.

Tengku Amir pula pelik selepas beberapa lama isterinya hanya diam saja. Bila dijenguk, lah..dah lena?

Mereka berdua berbaring selesa sambil Tengku Amir memaut erat isterinya. Lampu tidur ditutup menggunakan remote.

"Goodnight sayang..."

_________

Suasana tegang dalam kereta yang dipadu Adam terasa bahangnya. Masing-masing muka ketat pandang depan tanpa tegur satu sama lain.

"Kau mengadu apa kat bonda sampai kena panggil balik ni ha?" Soal Adam sedikit kasar. Nia menjeling marah.

"Cakap apa? Ingat saya kaki mengadu sangat ke?" Sakit hatinya bila Adam menuduh tanpa bukti.

Pedal minyak ditekan makin kuat bila Adam menahan marah. Dia dah tak pedulikan hon dari kereta lain sebab cara pemanduan bahayanya.

"Kalau bonda salahkan aku pasal apa apa pun, siap kau!" Dia sedikit mengugut.

"Kenapa awak ni? Nak cari salah saye je ni? Awak dah benci sangat ke kat saya?" Kalini Nia pula meninggikan suara. Lama sudah dia bersabar dengan perangai Adam.

"Memang! Memang aku benci dengan kau! Kau keluar dengan jantan belakang aku kan?"

Muka Nia berubah. Ya Allah...bila pulak?

"Kenapa? Kau terkejut tembelang kau pecah?" Sinis Adam menyindir bila Nia terdiam.

Nia cuba menyentuh tangan kiri Adam tapi ditepis kuat sampai tangannya terkena dashboard.

"Auchh..." Dia mengurut perlahan tangannya yang merah teruk. Sakit..

"Ni- Nia! Sorry aku tak sengaja!" Adam lekas nak berhentikan kereta kat bahu jalan. Tapi sebabkan dia mendadak tukar arah ke kiri, Nia yang tak bersedia terhantuk pula pada cermin tingkap.

"Sakit!!" Dia terjerit kecil sambil teresak. Adam nak bunuh dia ke apa?

"Gosh! Sorry, sorry" kelam kabut dia buka seatbelt mereka berdua sambi menggosok lembut kepala Nia yang terhantuk. Kuat juga bunyi terhantuk tadi.

"Nia aku tak sengaja...aku mintak maaf.." ucapnya sesal. Tangan tak berhenti gosok kepala Nia dengan harapan dapat hilangkan sakit.

"Sakit la Adam...bawak la kereta elok elok!" Marahnya. Muka dah memang basah dengan air mata dah.

"Aku mintak maaf...."


Tbc

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now