Bab 1

129 20 1
                                    

Thank you for reading! 💗
.
.
.
.
.
.

"Umi, abi..." panggilku sendu.

Aku terjaga daripada mimpi aku. Tangan diletakkan di dahi. Berpeluh-peluh dahi aku.

Hrm...

Aku rindu...

Telefon terus aku capai dan mendail nombor orang yang paling aku sayang.

"Kakak..."

Aku bersuara dengan lemah. Mimpi itu bermain di fikiran aku.

"Yusuf? Kenapa ni?"

"Yusuf mimpi umi dan abi..."

Jeda.

"Yusuf rindukan umi dan abi, kak."

Aku berkata perlahan. Sejurus itu, aku mengalirkan air mata.

"Yusuf...sabar okay? Umi dan abi kan dah tenang kat sana. Yusuf tak boleh macam ni. Kakak jadi sedih kalau Yusuf macam ni. Dahlah Yusuf jauh daripada kakak."

Aku tersenyum pahit.

"Yusuf rindu kakak, rindu adik-adik. Kakak, abang dengan adik-adik sihat ke?"

"Sihat je kami kat sini. Rindu jugak dekat Yusuf. Kalau Yusuf rindu, pastikan lulus exam akhir ni dan balik sebagai seorang pilot. Itu kan cita-cita Yusuf. Yumna dengan Yazid mesti gembira kalau nampak Yusuf balik dengan pakai baju pilot tu nanti."

Aku tertawa kecil dengan kenyataan kakak.

"Okay, kak. Sorry sebab Yusuf kacau kakak malam-malam macam ni."

"Takpelah. Kakak okay je. Lagipun sini tengah hari. Yusuf jaga diri tau kat sana. Apa-apa terus call kakak. Selamat malam."

"Selamat malam, kak."

Aku mematikan panggilan. Lega hati aku selepas dengar suara kakak.

Aku tak tahulah kenapa tapi kewujudan kakak sendiri terlalu ajaib bagi aku. Setiap kali aku dengar suara kakak, hati aku yang resah jadi tenang. Aku terlalu sayangkan kakak. Tak pernah aku bayangkan bagaimana hidup aku tanpa kakak dan adik-adik.

Aku tengok jam telefon. Baru pukul lima pagi. Sempat lagi nak solat tahajjud ni.

Aku pun bangun daripada katil untuk solat.

***

Aku melihat diri aku di pantulan cermin.

"Betul ke aku boleh buat?"

Ketika ini, aku mula meragui diri sendiri.

"Ya Allah, Yusuf! Kau dah habiskan masa tujuh tahun untuk dapatkan cita-cita ni. Kau tak boleh hampakan kakak dan adik-adik."

Aku meraup wajahku sendiri. Beristighfar berkali-kali untuk menghilangkan debaran ini.

Sebelum aku keluar daripada bilik, telefon aku berdering menandakan ada pesanan whatsapp masuk.

Keluarga sayang

Yumna :
Abang Yusufku sayang!
All the best ujian akhir harini!
Pasti lulus punya!

Yazid :
Adik yakin abang boleh!
Fighting!

Terima kasih
adik-adik abang sebab
doakan abang! Hilang nervous.

Yumna :
Sama-sama pilot hensem!

Yazid
Most welcome bro
Yusufku sayang!

Aku tersenyum sendiri dengan kata-kata daripada adik-adikku. Yazid ni sejak banyak habiskan masa dengan Abang Faaeq, duk panggil aku bro aje kerjanya.

"Rindunya abang kat kau orang."

Dalam pada itu, aku tersedar sesuatu.

"Mana kakak? Tak nak ucap apa-apa ke kat aku?"

Aku melihat skrin telefon. Kut-kutlah kakak nak cakap apa-apa sebelum ujian akhir aku.

Takde pun. Hrm...

"Yusuf! Dah lewat ni. Jomlah gerak. Bas dah nak sampai tu."

Rakan sebilikku, Johan dah siap pakai kasut dah. Aku pun simpan telefon bimbit aku di dalam kocek dan keluar daripada bilik.

Kakak memang tak ingat ke?

***

Ya tuhan. Nervous betul aku tunggu kat luar ni. Dahlah kakak diam je.

"Kakak betul-betul lupa ke harini aku test akhir?"

Hati aku tak tenang bila aku tidak dapat apa-apa pesanan daripada kakak. Selalunya, kakak orang pertama yang akan ucap kata-kata semangat pada aku.

Tapi kali ni...

Sunyi sepi...

Telefon aku tiba-tiba bergetar. Aku melihat skrin telefon dan laju sahaja menjawab panggilan video itu.

"Assalamualaikum adik kakak yang paling hensem sejagat dunia!"

Aku tersenyum apabila mendengar suara kakak.

"Waalaikumusalam, kakakku sayang. Yusuf ingat kakak lupa harini Yusuf nak ambik test akhir."

"Ish! Mana boleh kakak lupa. Harini kan hari penting Yusuf, kakak dan adik-adik."

"Habistu, kenapa tadi diam je dalam group whatsapp?"

Suara aku dah berubah seperti nada merajuk. Tak kesahlah orang nak kata aku gedik ke apa. Kakak je tempat yang aku ada untuk bermanja.

"Ouh. Tadi tu kakak bagi susu dekat Fateh dengan Fatihah tadi. Paham-paham jelah si kembar tu bila mengantuk. Nak memerap aje kerjanya."

Aku tertawa kecil dengan celoteh kakak. Siapa sangka kakak yang paling aku sayang ni dah jadi ibu kepada anak kembar? Sekarang, dia sedang mengandungkan anak ketiganya.

"Kakak doakan Yusuf tau. Yusuf berdebarlah, kak."

"Berdebar tu biasalah. Cuma jangan sampai hilang fokus okay? Kakak yakin Yusuf boleh. Baca bismillah banyak-banyak. Kakak yakin captain Yusuf akan berjaya."

Debar aku terus hilang apabila mendengar kata-kata daripada kakak. Ketika itu, seluruh wajah yang aku rindu memenuhi skrin telefon itu.

"All the best, abang Yusuf! Buat elok-elok!"

Yumna dan Yazid menjerit dan melambai. Aku juga melambai kembali. Kemudian, dapat aku lihat wajah abang Faaeq yang sedang mendukung Fatah.

"Chaiyok, adik lelaki abang yang gagah perkasa!"

"Terima kasih semuanya. Next week kita jumpa, okay?"

"Okay. Bye!"

Panggilan dimatikan. Selang beberapa minit, nama aku dipanggil.

Ya allah, permudahkanlah urusanku.

***

"Yusuf bin Ahmad."

"Ya, saya."

Ya allah, berdebar sungguh aku nak dengar jawapan ujian aku.

"Anda lulus dan layak untuk mendapatkan lesen penerbangan."

Senyuman lebar terus terukir di bibir aku.

"Alhamdulillah!"

Ya allah, aku terlalu bahagia!

Umi, abi, kakak, adik. Yusuf dah berjaya!


XXX

Hanya Dengan Dia Aku Jatuh Cinta, start!❣

Hanya Dengan Dia Aku Jatuh Cinta [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora