Troli dia dah separuh penuh dengan barang dan sekarang dia tengah merenung rak dipenuhi cereals.

Sedang dia membuat pilihan, Nia rasakan seperti ada orang di belakangnya. Mula dia ingatkan nak beli cereal macam dia jugak tapi nampaknya orang tu tak bergerak pun nak pilih. And bila Nia beralih sebab takut dia menghadang rak tu orang kat belakang pun ikut sekali.

Kemudian dia dengar bisikan halus di telinganya.

"Linda...."

________

Adam meraup wajah berkali-kali. Susah dia nak percaya tapi bukti ada depan mata. Lipatan kertas yang dibuka tu rupanya bertulis dan dia rasa tu tulisan Nia. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni?

Mulanya dia tertarik dan pelik tengok banyak betul origami perahu yang ada. And nampak comel pulak banyak gitu. Tapi dia ternampak seakan bekas tulisan kat dalam dia. Dia ambil keputusan nak buka dan tengok sendiri.

Origami yang asalnya berbentuk perahu dibaca tulisan di dalamnya.

Adam...

Nama yang aku takkan lupa selamanya. Nama yang buat aku kenal erti cinta monyet dan maksud terluka. Thanks for everything...

Aisya Dania

Apa semua ni? Cinta monyet? Terluka? Tangan yang menggeletar mencapai pula perahu berwarna hijau. Lipatan dibuka.

Aku tak sangka lepas beberapa tahun aku akan dengar lagi nama tu. Tengku Adam Fawwaz... And babah ada mention pasal kawin? Like seriously? Dengan Adam? My teen crush? Huwahh!!!

Aisya Dania


Jadi betul la apa yang Liam cakap selama ni? Dania tu... Aisya yang dia cari? Adam sumpah terkejut dengan apa yang dia baca. Kenapa Nia tak pernah bagitau dia? Kenapa dia tak perasan selama ni?

Update:
First day kawin, Adam layan aku cam enemy. Hahaha, sumpah comel! Even dia tak nampak aku, aku bersyukur sebab dia jodoh aku. And aku terima semua kekurangan dia. Aku harap dia pun boleh terima aku jugak.

Dia masih sama, mulut laser dan keras kepala. Takpe, dia belum kenal siapa Nia. Aku akan ngorat dia habis habisan sampai la dia dah tak mention pasal cerai.

Aisya Dania


Adam mengeluh lama. Nia...
Aisya aku?

Kenapa macam ni? Kenapa dia langsung tak percayakan aku? Ya Tuhan..dia tak tau ke aku sayangkan dia sangat? Aku takkan sesenang tu tukarkan Adam dengan Ziyad.

Adam makin bencikan aku, dia layan aku kasar sampai aku terfikir nak keluar dari rumah ni...


Adam tau ni masa dia tengah menggila pasal Nia dan Ziyad. Dia pukul Nia, sakitkan Nia...

Kertas di tangan dia sambung baca.


Mungkin berpisah jalan yang terbaik untuk kami... Mungkin aku dan Adam memang tak ditakdirkan bersama. Aku redha, at least masa bahagia yang aku luangkan dengan dia boleh aku ingat.

Mungkin Adam lebih tenang kalau aku pergi....

Aisya Dania

Kertas diletak atas meja. Adam confuse dengan apa dia rasa sekarang. Happy sebab jumpa Aisya sebenar? Sedih sebab dia pernah jahat kat Nia masa sekolah? Marah sebab Nia rahsiakan dari dia?

Entah la.. bercampur baur semuanya.
Semua perasaan tu buat dia pening sampai rasa hambar je.

Telefon di atas katil menjerit mintak diangkat.

Dania.

"Hello?"

"Adam?" Suara lelaki.

Darahnya berderau.

"Siapa ni? Kenapa kau ada phone isteri aku?" laju dia menyoal sebab risaukan Nia.

"Woo..rileks. ni aku la Liam. Isteri kau pengsan dekat supermarket ni. Aku on the way bawakkan pegi hospital."

"Pengsan?!!! Hospital mana?" Dia dari duduk terus berdiri. Gelisah dan risau.

"Kau datang nanti aku textkan alamat. Cepat tau" panggilan diputuskan. Selang beberapa saat alamat hospital diberikan. Adam bergegas dengan hati resah.

Dania...

_______

"Ziyad. Dia lari dari hospital mental and cari Nia balik. Aku dapat maklumat ni dua hari lepas and start follow dia senyap senyap. Nia pengsan sebab terkejut bila Ziyad approach dia kat pasaraya tadi." Liam menerangkan lepas tenangkan Adam.
Adam berlari cari bilik isteri dia macam ke kejar pelesit je gayanya. Kelam kabut.

"Habis tu? Kau call polis tak?"

Liam balas dengan anggukan. "Aku sempat karate dia sampai pengsan and panggil polis. Jangan risau, dia dah kena hantar pegi hospital balik"

Adam hembuskan nafas kelegaan. Pasal Ziyad settle. Sekarang Nia.

"Bila doktor nak keluar ni? Dah berapa lama Nia kat dalam?" Soalnya gusar. Ingatan dia kembali pada masa Nia sedang kritikal dulu. Masa tu pun dia menunggu di luar, dengan risau. Rasa yang sama...

"Ada lah dalam 40 minit. Kejap lagi keluar la kot. Ni, kau kenapa tak ikut dia pegi pasaraya tadi? Kau keje ke?" Pelik. Bukan Adam dengan Nia tu lovey dovey sangat ke? Biar pulak dia Nia keluar sorang?

"Hah?" Adam terkedu kejap.

"Aku...aku..."

"Ha...kau gaduh eh?" Liam mengejek.

"Sikit la..." Jawabnya perlahan.

"Kau orang ni pepelik je. Ikut suka kau la, tapi aku nasihatkan kau jangan la biar dia sorang. Kalau aku tak dapat info yang Ziyad cari dia, siapa la nak tolong bini kau tu? Trauma dia bukan tak elok lagi ke?"

Adam menunduk menyesal. Silap dia terbawa dengan perasaan sangat sampai abaikan Nia. Dia kena minta maaf...

"Suami puan Dania ke?" Doktor bertanya lepas buka pintu.

Adam segera bangun. "Ye saya"

Liam di sebelah mengikut bangun.
"Okaylah, kau pun dah sampai. Aku mintak diri dulu la eh.."

"Okay, thanks bro" Adam tepuk bahu Liam tanda terima kasih. Liam balas dengan senyuman.

"Takde hal la..."

Selepas Liam balik, Adam masuk ke dalam bilik rawatan.

Tbc

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now