"Siapa tahu tentang Dolly?" soal Cikgu.

"Oh, biri-biri yang terhasil dari pembentukan mitosis kan?" soal Jungkook.

"iya betul, ahli saintis ambil sel telur daripada seekor biri-biri dan dia keluarkan nukleus dari sel terlur tu. Lepas tu, saintis tu ambil nukleus dari biri-biri yang lain dan masukkan ke dalam sel terlur biri-biri yang dia dah buang nukleus tadi" kata Cikgu Dekisugi.

"Jadi, maksudnya kromosom biri-biri tu bertukar? maksud saya, sel telur (ovum) tu biri-biri betina punya dan nukleus yang ada kromosom tu biri-biri jantan punya?" soal Park Jimin.

"Iya betul, jadi tak ada persenyawaan berlaku, dan kromosom penuh semua biri-biri jantan punya, cuma berada dalam sel telur" balas Cikgu Dekisugi.

"Ohh saya faham kenapa dia panggil mitosis dan bukan meiosis, sebab dia cuma buat pertukaran kromosom. Kalau meiosis tu dia akan campur kromosom kan? contohnya manusia 23 lelaki dan 23 perempuan" soal Jaehyun.

"Iya betul" balas cikgu Dekisugi.

"Cikgu, saya tak faham" kata Eunwoo.

"Saya dah pening dah ni, cikgu" balas Chanyeol pula.

"cikgu kromosom tu apa?" soal Nayeon pula

"Eh, tu kamu sepatutnya dah tahu sebab dah belajar tahun sebelum ni" balas Cikgu Dekisugi.

"Err, kami tak ingat" balas Taehyung.

"Baiklah, nanti saya akan buat kelas tambahan malam untuk ulang kaji balik topik kromosom" balas Cikgu Dekisugi.

Aduhai, tak sangka pula sampai tahap nak buat kelas tambahan malam. Menyesal pula mereka tanya macam-macam.

"Bila cikgu nak buat kelas tu? saya nak kena bagitahu mak saya dulu" soal Jeon Jungkook.

"Nanti saya bagi tarikh ya" balas cikgu Dekisugi.

"Baiklah, sekarang semua buka muka surat 65" arah cikgu Dekisugi.

☆☆☆☆

Kim Minjung berjalan menuju ke arah pintu pagar utama sekolah. Ah, setalah menghabiskan masa di sekolah sejak pagi hingga petang, akhirnya dia dapat pulang ke rumah.

Langkahnya terhenti apabila begnya ditarik dari arah belakang. Segera gadis itu berpaling ke belakang akibat terkejut.

"Janganlah buat muka terkejut sangat, ni aku lah, Jeon Jungkook" kata lelaki itu.

"Ei, aku mencarut kang haa" balas Minjung sambil membetulkan kolar bajunya.

"Nak balik dah ke?" soal Jungkook

"Ehh, tak, mana ada, aku nak bertapak terus dekat sekolah" balas gadis itu.

"Oh, patut muka pun dah macam orang merempat" balas jejaka itu.

"Eii dia ni" itu sahaja Minjung mampu katakan akibat dia mahu cepat-cepat pulang, dia tidak mahu melengahkan masa bergaduh dengan lelaki itu.

"Teman aku sekejap" kata Jungkook.

"Pergi mana?" soal Minjung.

Golden Brain vs Golden PhysicalUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum