BAB 3

17 0 1
                                    

Sebuah kereta Mc Laren meluncur masuk laju ke halaman rumah agam. Hayyan datang ke rumah ibu bapanya kerana mummynya sering menanyakan kepulangan dia ke rumah orang tuanya.

"Eh Rian, bila masa kamu datang nie? Tahu2 je kan mummy kamu tengah bebel ke kamu sekarang

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

"Eh Rian, bila masa kamu datang nie? Tahu2 je kan mummy kamu tengah bebel ke kamu sekarang." Sapa Tuan Hakim yang baru keluar dari lift rumah. Terserempak dengan Hayyan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Alamak! Salah timing lah rian balik nie daddy? Aduhh" balas Hayyan sambil menepuk dahi sendiri.

"Tak payah nak aduh sangat lah! Kamu yang jarang balik rumah, daddy yang kena dengar bebelan mummy kamu tu." Kata Tuan Hakim sambil menjeling anaknya. Tuan Hakim mengambil tempat duduk dan Hayyan segera duduk di sebelah daddy.

"Hehe, daddy jangan lah marah2. Daddy dah tua, nanti makin tua pulak" pujuk Hayyan sambil membuat muka comel. Nak termuntah Tuan Hakim melihatnya. Nasib baik laa anak sendiri. Kalau tak.. Haihhh

"Daddy makin tua pun, daddy dah ada isteri dah, dah laku dah. Kamu tu yang tak laku2 lagi. Tak dee bini." Perli Tuan Hakim sambil membuka ipad nya untuk melihat profit syarikatnya.

"Hehe, nie laa satu sebabnya rian takut nak balik rumah daddy. Satu, kena bebel pasal jarang lawat mummy. Satu lagi, calon bini tak dicari2 lagi." Balas Hayyan sambil buat muka sedih. Tadi buat muka acah comel, nie buat muka acah sedih. Dah tahu diri tua tak nak cari calon lagi.

"Hurmmm.. Tu laa kamu. Malas daddy nak layan kamu. Pergi naik atas tu, jumpa mummy kamu. Klau tak nampak muka kamu tu, tak berhenti lah bebelan mummy kamu tu. Nasiblah daddy sayang." Balas Tuan Hakim dengan malas sambil dia menghalau anak terunanya untuk melawat mummynya di atas. Yee laa. Kat rumah nie anak-anak lelaki semua tinggal berasingan dengan mereka. Yang tinggal dengan mereka pun anak perempuannya seorang, Tuan Haziqah Hani aka Iqa.

"Hehe, okeyy daddy. Sayang daddy. Bye daddy sayang." Hayyan peluk sekejap daddynya dan berlari ke lift untuk berjumpa dengan mummynya di tingkat atas. Hayyan tahu bahawa dia perlu bersiap sedia dengan peluru pandu yang disediakan oleh Puan Qasidah.

Sayang Untuk Cik NuyinDär berättelser lever. Upptäck nu