Kitorang bergegas ke bilik kuliah sebelum Cha mengeluarkan peluru pandu yang berganda-ganda. Lagipun, memang kelas dah nak bermula, jadi kami ni yang terhegeh hegeh nak masuk kelas ibarat anak-anak itik yang nak balik ke kandang masing2.. Eh..

Sebaik sahaja masuk ke kelas, terus kami duduk tempat di belakang skali tapi tak dee laa belakang sangat. Lokasi dia mcam tengah2 kelas, tak depan sangat, tak belakang sangat. Yee laa. Nak mengelak dari disoal jawab. Hahaha

"Weyh, nantikan jom gi kafe Lalinta kejap weyh.. Aku teringin laa nak beli air yang jual kat situ lagi2 coklat strawberi. Fuhhh.. Rasa dia terbaiklaa" ajak aku kepada sahabat sehanat aku yang manja2 singa belaka nie.

"Aku terpikir laa kan nuyin, asal lah kau tk beli air perisa oren?? Oren dan uyin kan bukan sama aje sebutannya?? Hahahahaa" gurau Q dengan kasar. Amboi.. Mentang2 laa nama aku nk dekat sama dengan oren. Dia tu acah2 Q tu untuk queen. Termuntah ak mendengarnya.

"Betul tu babe,, asal laa ko tk beli air oren.. Nnti senang laa kitorang nk order air kau tu.. Nama nk dekat sama dah.. Tak dee yang beza.. Kau pun dah sama macam oren.. Masam2 busuk.. hahahaha". Sokong Mia dari tepi. Budak nie memang nak kena dengan aku. Karang aku panggil dia meow2 nanti, nangis tak berlagu.

"Tak baik lah korang nie.. Walaupun apa yang korang kata tu betul sangat.. Hahahaha." Nasihat Cha walaupun nasihat dia agak kurang berkesan. Ye lah.. Sambil nasihat, kenakan kan orang juga minah tu.

Kan aku dah cakap. Sahabat sehanat aku nie kurang baik dan kurang jahat. Tapi tak pernah lagi lah aku rasa kejahatan dari diorang semua. Yang aku rasa nk pelempang dorang semua nie sekarang juga sebab dah menyelewengkan nama aku yang cantik berseri nie.

__________________________________

Di kafe Lalinta

"Selamat datang Tuan Hayyan. Terima kasih sudi datang untuk perbincangan projek baru kita." Ucap Jessi kepada Hayyan dengan sopan plus gedik. Ye lah, siapa tak nak kan dekat dengan jutawan yang hensem mcam Hayyan. Hayyan hanya menggangguk kepala dan terus mengadakan perbincangan tanpa membalas sapaan dari Jessi si perempuan gedik.

Apabila dia tak dapat terima balasan baik dari Hayyan, dia terus sahaja untuk meneruskan perbincangan agar projek ini diterima oleh syarikat Hayyan. Syarikat Hayyan boleh mewujudkan pulangan modal yang besar dan dapat meningkatkan pelaburan yang banyak daripada klien. Disebabkan itu Jessi perlu menunjukkan tingkah laku yang baik meskipun berasa ingin menggoda walaupun perangai Hayyan beku dan dingin.

Hayyan hanya mampu memendam rasa dan perasaan dengan tingkah laku Jessi yang ingin menggoda dengan cara pendekatan tubuh badan Jessi dan pemakaian Jessi yang menjolok mata itu.

"Jadi apa keputusan Tuan Hayyan untuk bekerjasama dengan syarikat kami? Adakah tuan bersetuju??" Tanya Jessi. Dia mengharapkan Tuan Hayyan untuk bersetuju dalam kerjasama projek ini untuk keuntungan syarikat mereka sekaligus untuk menggoda Hayyan. Peluang untuk mendapatkan Hayyan akan lebih cerah sekiranya mereka terus bekerjasama dalam projek dan dia akan berusaha untuk menggoda Hayyan.

Sayang Untuk Cik NuyinWhere stories live. Discover now