BAB 2

317 71 104
                                    

Hyunjin merenung ribuan patah perkataan yang tertulis di sebuah artikel. Waktu rehatnya dihabiskan dengan mencari tempat berhantu. Satu per satu artikel dibaca sehingga habis, Hyunjin belum menemui tempat yang sesuai untuknya membuat konten paranormal.

"Oit, Hyunjin. Fokus betul tengok laptop." Minho berdiri di hadapan Hyunjin sambil memegang makanan tengaharinya. Hyunjin menyuruh lelaki itu duduk di sebelah, artikel mengenai sebuah rumah usang ditunjukkan kepada Minho.

"Villa Nabila, huh?" Sudut bibir Minho ternaik. "Kau sanggup ke nak drive dari KL ke Johor? Kau tu dahlah pemalas."

"Aku tak cakap pun aku nak pergi sana." Hyunjin memutarkan bola matanya.

"Habis tu?"

"Aku rancang nak pergi satu tempat yang tak ada sesiapa pernah pergi lagi. Tapi rasa macam semua pernah pergi. Villa Nabila ramai dah pergi, Highlands Tower ramai dah pergi. Boring lah kalau buat konten kat situ." jelas Hyunjin. Minho bersandar di kerusi sembari melipat lengan ke dada.

"Betul juga tu." sokongnya. Dia memanggil seorang lelaki kebetulan ketika itu sedang berjalan melintasi mereka.

"Felix! Sini kejap!" panggil Minho. Felix menghampiri mereka dengan raut kebingungan. "Kau tahu tempat-tempat berhantu selain Villa Nabila dengan Highlands Tower?" tanya Minho, enggan berbasa-basi. Felix menggaru tengkuk yang tidak gatal.

"Er... Jalan Karak?" cadang Felix.

"Tu lagi ramai yang dah pergi." ujar Hyunjin, dia menjatuhkan kepala ke atas meja. Serabut otaknya memikirkan lokasi yang sesuai.

"Hyunjin, aku ada berita mantap ni! Sumpah kau pasti suka berita ni, babe!" Dari kejauhan mereka melihat Jisung berlari sambil berteriak memanggil nama Hyunjin. Beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi menoleh ke arah lelaki itu sejenak sebelum melanjutkan aktiviti masing-masing. Mereka tidak hairan lagi jika yang menjerit itu ialah Han Jisung.

Tiga sekawan itu menghela nafas. Jisung yang buat hal, mereka yang rasa malu.

"Oi, kau fikir ni hutan nak menjerit-jerit macam tu?" perli Minho apabila Jisung sudah berada di hadapan mata. Hyunjin mencelikkan mata kanan dan segera menutupnya kembali.

"Hyunjin tak ada kat sini. Dia kat jamban." ujar Hyunjin, dia malu hendak bercakap dengan lelaki yang tidak punya perasaan malu itu.

"Ish, aku betul-betul ada berita mantap ni. Nak dengar tak?"

"Tak." jawab Hyunjin.

"Okay, fine. Mu memang fucek!" Jisung hendak berlalu pergi namun cepat-cepat Hyunjin menahan pergelangan tangan lelaki itu.

"Gurau jelah. Berita apa yang kau nak cakap tu?" Hyunjin membetulkan posisi duduknya. Jisung menyerahkan sekeping amplop kepada Hyunjin.

"Aku dah jumpa lokasi yang sesuai untuk aktiviti paranormal kita." bisik Jisung. Tanpa disuruh, Hyunjin membuka amplop itu dan mengeluarkan surat yang menceritakan tentang sebuah taman tema yang sudah lama ditinggalkan.

Beberapa keping gambar turut disertakan sekali. Keadaan terkini taman tema itu membuat bulu roma mereka merinding.

"Teddy Funfair." Hyunjin menyebut nama taman tema itu dengan perlahan.

Teddy FunfairWhere stories live. Discover now