BAB 1

559 85 45
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

































23 januari 2020

"Baiklah sampai sini je kisah seram yang aku dapat kongsikan pada korang. Jangan lupa untuk like video ni dan subscribe channel TheHwangStories untuk dapatkan lebih banyak kisah-kisah seram. Assalamualaikum and goodbye!" Seorang lelaki bersurai hitam tersenyum nipis sambil melambaikan tangan di hadapan kamera yang sedang merakam dirinya sekarang.

Tut!

Rakaman video dihentikan, helaan nafas lega terpacul keluar dari belah bibirnya. Lebih satu jam dia duduk di situ tanpa bergerak dan sekarang kerjanya hampir selesai. Sekarang dia hanya perlu mengedit video sebelum memuat naik ke dalam saluran YouTube.

"Finally, habis pun kerja aku." Hwang Hyunjin berbisik pada dirinya sendiri. Menjadi seorang youtuber yang menceritakan kisah seram bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ramai peminatnya menanti-nanti video yang selalunya akan Hyunjin muat naik setiap hujung minggu.

"Awal kau tamatkan video kau." tegur rakan serumahnya. Mungkin ia hairan kerana Hyunjin kebiasaannya akan mengambil masa selama tiga jam untuk membuat video.

"Aku kongsi cerita seram pendek je." Hyunjin tersengih. "Idea terbang wei, hehehe.."

"Kenapa tak cari cerita seram kat Google je?" tanya kawannya yang bernama Seungmin itu. Hyunjin pantas menggelengkan kepala.

"Tak naklah, nanti tersama dengan youtuber lain." ucap Hyunjin. Seungmin membalas dengan anggukan kecil, dia duduk di kerusi belajar dan mula membuat assignmentnya yang masih belum disiapkan. Hyunjin mendekati pemuda Virgo itu dengan senyuman tersirat.

"Min."

"Hm?" sahut Seungmin.

"Kau ada cerita seram tak? Share lah dengan aku " tanya Hyunjin.

"Tak ada, aku tak pernah kena ganggu." Seungmin menjawab tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptop, jari-jemari Seungmin menaip pantas. Segala info yang berada di dalam kepala dipindahkan ke dalam gajet berbentuk persegi itu.

"Seriuslah? Takkan sekali pun tak pernah?" tanya Hyunjin.

Tak!

Seungmin berhenti menaip, wajahnya merenung pantulan wajahnya di skrin laptop tanpa apa-apa reaksi. Dia cuba mengingat kisah seram yang pernah dialaminya sebelum ini. "Tak pernah, mungkin sebab aku ni anak soleh jadi hantu pun takut nak ganggu."

Jawapan Seungmin membuat Hyunjin merengus. Anak soleh konon!

"Soleh lah sangat, hari tu kau yang ajak aku cabut kelas. Soleh apa benda!" balas Hyunjin. Seungmin tergelak dan melanjutkan kerjanya. Suasana menjadi hening selama beberapa minit.

"Lepas ni kau nak suruh Chan hyung edit video kau?" soal Seungmin sekadar ingin melenyapkan keheningan di dalam bilik itu. Hyunjin yang sedang sibuk bermain telefon dijeling dengan hujung mata.

"Haah, tapi esok kot aku suruh. Sekarang dah lewat malam." Hyunjin berdiri, telefonnya tadi diletakkan di atas meja. "Min, kau tak nak tidur ke? Dah pukul 2 pagi ni."

"Kau tidur jelah dulu. Aku nak siapkan assignment aku."

...

Keesokan harinya, Hyunjin menghampiri sekumpulan lelaki yang sedang bersarapan di salah satu kafe yang terdapat di dalam kawasan universiti.

"Assalamualaikum!" ucap Hyunjin, ceria.

"Waalaikummusalam. Dah pukul 9 pagi baru nampak batang hidung kau, terlajak bangun lagi ke?" soal Jisung, pipinya yang tembam jadi semakin membulat kerana mulut disumbat dengan roti sehingga penuh.

"Haah, aku bangun-bangun je dah pukul 8.30 pagi. Nasib madam Yew cancel kelas pagi ni." jawab Hyunjin. Dia meminum sedikit jus oren milik Jeongin untuk menghilangkan dahaga.

"Seungmin hyung tak kejut kau ke?" Lelaki bermata rubah itu bertanyakan soalan.

"Entah, aku bangun-bangun je dia dah ghaib"

Tatapan Hyunjin teralih kepada Chan.

"Chan hyung, nanti tolong editkan video baru aku eh? Macam biasa." pinta Hyunjin.

"Kenapa kau tak edit sendiri je?" tanya Chan. Bukannya dia tidak mahu membantu tetapi kalau dilihat-lihat editan Hyunjin juga tidak terlalu buruk, walaupun masih jauh jika hendak dibandingkan dengan Chan yang merupakan seorang mahasiswa teknologi.

"Malas."

"Tsk, aku dah agak dah!"

"Kali ni kau cerita fasal apa?" tanya Minho.

"Aku cerita fasal pengalaman mak cik aku kena kacau masa dia balik kampung guna jalan lama. Oh! Aku baru teringat, korang ada tak cerita seram yang nak share kat channel YouTube aku?" tanya Hyunjin. Chan, Minho, Jisung dan Jeongin saling bertatapan sebelum mereka serentak memandang Hyunjin.

"Kalau ada pun tak gempak. Biasa-biasa je." balas Jeongin. Raut wajah Hyunjin tampak sedikit kecewa, dia kekurangan cerita untuk dijadikan konten. Cerita seram yang dikongsikan oleh subscribers Hyunjin pun tidak ada yang menarik minatnya.

"Apa kata kau pergi tempat-tempat berhantu macam youtuber lain buat?" cadang Jeongin.

"Betul tu, sekurang-kurangnya channel kau ada konten baru." sokong Minho. Hyunjin berfikir sejenak, dia tidak pernah terfikir hendak melakukan perkara itu.

"Tapi... tak rasa macam dah ramai yang buat ke?" soal Hyunjin. Minho berdecit kesal.

"Memanglah ramai yang dah buat, tapi tak salah kalau sekali sekala kau buat konten macam tu juga. Mana tahu kau ada tangkap something dekat kamera kau." balas Minho membuat Hyunjin bungkam.

"Tapi kalau kau tak berani jangan paksakan diri." pesan Chan, khuatir jika Hyunjin nekad melakukan sesuatu yang bahaya demi konten.

Hyunjin menghela nafas pendek. Tiada cara lain yang ia boleh pilih, hanya ini satu-satunya cara untuk dia dapat terus membuat video.

"Okeylah, aku rasa aku nak ikut cadangan Jeongin. Tapi korang kena teman aku tahu!"

"Eyy, takut pergi sorang-sorang ke?" usik Jisung. Hyunjin memukul bahu kawannya sebagai tanda tersinggung.

"Of course lah takut! Kalau kau pun takut juga, kan." Jisung ketawa besar melihat wajah masam mencuka Hyunjin.

"Aku boleh je teman tapi kau kena set tarikh awal-awal. Semester ni aku sibuk sikit." ujar Chan pula. Hyunjin mengangguk faham. Chan sudah berada di semester terakhir, jadi kerja kuliahnya jadi lebih banyak berbanding mereka semua.

"Seungmin dengan Changbin ikut?" tanya Minho.

"Kalau diaorang tak nak ikut, aku akan paksa diaorang ikut!"

Teddy FunfairWhere stories live. Discover now