013 ; decalcomania

Start from the beginning
                                    

Walaupun tempoh mereka bersama tidak terlalu lama, namun cukup untuk membuatkan Helena bahagia tak terkata.

Seperti bahagianya kucing boleh terbang. Bahagia di dalam fantasi ciptaan sendiri.

Kebahagian tak semestinya berterusan dan penderitaan tak semestinya derita. Penipuan berada di mana-mana tak kira tempat, masa dan keadaan. Boleh jadi penipuan itu bertukar kepada kebenaran suatu hari nanti. Tiada apa yang mustahil. Dan tidak semua penipuan dan penderitaan berakhir dengan sadis.

Ini semua suratan takdir.

Bunyi kicauan burung yang menghiasi suasana di luar restaurant itu menambah kan lagi rasa keseronokkan sewaktu menjamu sarapan pagi. Ramai juga pelancong yang bersarapan di restaurant tersebut.

Sempat si gadis itu merakam gambar tangannya bersama tangan Jimin yang sedang berpegangan. Helena tersenyum lebar melihat gambarnya dan juga Jimin pada hari-hari sebelum ini.

Entah mengapa sudah menjadi hobi kepada si gadis itu untuk merakam gambar suaminya. Jikalau perkara itu dapat membahagiakan Helena, Jimin tak kesah.

"Jimin-ah~"

"Emmm ?" Jimin mengangkat mukanya memandang Helena.

Hampir tersedak gadis itu apabila melihat muka Jimin yang masih lagi setia menatap dirinya. Pipi namja [ lelaki ] itu sedikit kembung tatkala mulutnya dipenuhi dengan roti cheese.

Jimin terus menerus menyumbat makanan kedalam mulutnya tanpa henti. Tidak cukup makanannya dia mengambil pula makanan milik Helena. Mulut Jimin amat besar ya.

"Geumanhae ! [ Enough ! ] Nanti awak gemuk saya tak tahu eh." Ujar Helena seraya memandang Jimin tidak percaya.

Namja [ lelaki ] itu memuncungkan bibirnya sedikit ke hadapan sebelum meneguk air Jus miliknya rakus. Licin sudah makanan mereka dek kerana kebuluran Jimin yang melanda.

Sejurus selepas itu mereka membuat keputusan untuk bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pampelonne Beach.

Air yang berwarna hijau ke biruan terbentang luas. Angin yang bertiup perlahan memberikan satu aura yang lain daripada yang lain kepada mereka berdua. Gadis yang bermata Hazel itu tersenyum gembira sambil melihat permandangan yang sungguh indah itu.

"Excuse me, are you Korean ?" Ujar seseorang dari arah belakang mereka.

"Yes, why ?"

"Ahh~daebak [ nice ] Okay , saya Jihye dari Korea–"

"Hah hahhh Jihye dari agency majalah ELLE tu kan ?!" Tanya Helena mencelah percakapan gadis itu tadi.

Jihye tergelak kecil tidak menyangka bahawa Helena mengenali dirinya. Manakala Jimin memandang Helena masih lagi cuba mencerna apa yang di katakan oleh gadis itu.

" Geunyeoleul moleuni ? [ Don't you know her ? ]" Tanya Helena kepada Jimin pula. Namja [ lelaki ] itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan sambil tangannya bersilang di dada.

"Lah...dia ni photographer terkenal untuk majalah ELLE tu. Aishh awak ni takkan tak kenal ?? Awakkan selalu masuk majalah-"

Jimin tetap menggelengkan kepalanya. Helena berdecit manja sebelum menggulingkan bebola matanya. Bibirnya juga turut memuncung ke hadapan.

"Eh tak apa lah dia tak kenal pun. Hah ni saya nak ambil gambar korang berdua boleh tak ?"

"Gambar ? Kitorang ?" Tanya Helena dengan terkejut.

Once Again • 박지민Where stories live. Discover now